Kepala Sering Berputar? Ketahui 3 Punca Vertigo Ini!

Vertigo ialah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil. Pesakit akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling kita berpusing.

Punca-punca vertigo

Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga. Antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

[1] BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo)

BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak. Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

[2] Meniere’s disease

Penyakit Meniere’s ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.

[3] Vestibular neuritis or labyrinthitis

Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:

  1. Kecederaan leher atau otak.
  2. Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok.
  3. Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga.

Simptom-simptom vertigo


Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:

  1. Rasa seperti berpusing
  2. Rasa seperti senget
  3. Rasa terawang-awangan.
  4. Rasa tidak seimbang/ mudah jatuh.
  5. Rasa seperti ditarik ke satu arah

Simptom-simptom lain termasuk:

  1. Rasa loya.
  2. Muntah.
  3. Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus)
  4. Sakit kepala.
  5. Berpeluh tanpa sebab.
  6. Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran

Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

You Might Also Like

Rawatan Vertigo:
Vertigo boleh dirawat dan pelbagai rawatan yang boleh digunakan contoh melalui ubat - ubatan dan lain lain lagi.
Sakit Leher :
Berlaku disebabkan ketika melakukan aktiviti fizikal atau posisi tidur yang salah. Boleh dirawat dengan melakukan senaman yang bersesuai. Jom senaman leher.
Kesan Strok:
Strok atau angin ahmar sering terjadi kepada mereka yang mempunyai berkaitan dengan saluran darah ke otak dan memberi kesan buruk
Tisu Lembut :
Tisu lembut dalam tubuh manusia memerlukan masa bagi proses penyembuhan supaya tisu dalam otot badan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Share this post

Update fisioterapi: penilaian individu lebih penting daripada rawatan umum

Dikemaskini berdasarkan prinsip umum rehabilitasi dan preskripsi senaman yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.

  • Setiap keadaan pesakit berbeza, jadi cadangan latihan atau rawatan perlu disesuaikan dengan pemeriksaan dan matlamat fungsi.
  • Pantau perubahan sakit, pergerakan, kekuatan dan keupayaan aktiviti harian, bukan hanya satu simptom sahaja.
  • Dapatkan penilaian profesional jika simptom semakin teruk, berulang atau mengganggu kerja, tidur dan aktiviti harian.
Gambar rawatan fisioterapi oleh Physiomobile

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.

WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan

Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.

Kemas Kini Klinikal

  • Rawatan bergantung pada punca vertigo; manuver posisi hanya sesuai untuk jenis tertentu selepas penilaian.
  • Latihan vestibular boleh melibatkan adaptasi pandangan, keseimbangan dan pergerakan yang disesuaikan.
  • Vertigo bersama kelemahan muka atau anggota, pertuturan pelo atau sakit kepala luar biasa memerlukan rawatan kecemasan.

Rujukan: Physiopedia