Bell’s Palsy sering menyerang secara mengejut yang boleh menyebabkan separuh wajah menjadi lemah atau lumpuh tanpa amaran. Bagi orang ramai, ia akan menimbulkan ketakutan dan kekeliruan kerana simptomnya seakan-akan strok. Walaupun ia biasanya bersifat sementara, kesan fizikal dan emosi boleh jadi besar jika tidak dirawat dengan betul. Dalam artikel ini, kita akan fokus kepada simptom Bell’s Palsy, apa puncanya, bagaimana fisioterapi membantu dalam proses penyembuhan, dan kenapa Physiomobile adalah antara pilihan terbaik untuk rawatan.
Simptom-Simptom Bell’s Palsy Yang Perlu Diambil Serius
Simptom Bell’s Palsy selalunya datang secara tiba-tiba, dan boleh menjadi teruk dalam masa 48–72 jam. Antara simptom paling biasa termasuk:
- Kelemahan atau lumpuh separuh muka – Sukar senyum, menaikkan kening atau menutup mata pada sebelah muka.
- Otot muka jatuh – Muka kelihatan ‘senget’ atau tidak simetri.
- Air liur meleleh – Susah untuk kawal otot mulut.
- Kesukaran mengunyah dan bercakap – Otot wajah tidak berfungsi seperti biasa.
- Mata tidak boleh tutup rapat – Risiko mata kering atau pedih.
- Sakit belakang telinga atau rahang – Biasanya pada bahagian yang terjejas.
- Deria rasa menurun – Terutamanya pada lidah.
- Bunyi jadi lebih kuat atau tidak selesa – Disebabkan gangguan pada saraf.
Penting: Jangan ambil mudah! Simptom Bell’s Palsy boleh menyerupai strok. Jika ia berlaku secara tiba-tiba, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Apa Punca Bell’s Palsy Terjadi?
Walaupun punca sebenar belum dipastikan 100%, ia sering dikaitkan dengan keradangan atau jangkitan virus yang menyerang saraf wajah.
Antara virus yang mungkin terlibat:
- Herpes simplex (ulser mulut)
- Varicella-zoster (cacar air/kayap)
- Epstein-Barr (demam kelenjar)
- Influenza (selesema)
Faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang terkena Bell’s Palsy termasuk:
- Wanita hamil (terutama di trimester akhir)
- Individu yang ada diabetes
- Mereka yang ada tekanan darah tinggi
- Sesiapa yang alami jangkitan saluran pernafasan atas
Bagaimana Fisioterapi Boleh Bantu Pulihkan Bell’s Palsy?
Ramai pesakit pulih secara semula jadi, tapi fisioterapi dapat mempercepatkan proses itu dan elak komplikasi jangka panjang. Bila rawatan dimulakan awal, peluang pulih sepenuhnya sangat tinggi.
Berikut antara teknik fisioterapi yang digunakan:
1. Latihan Otot Wajah
Fisioterapis akan ajar senaman yang bantu kuatkan semula otot wajah – seperti senyum, mengerutkan dahi, menutup mata.
2. Urutan Wajah
Urutan lembut bantu lancarkan darah, kurangkan ketegangan otot dan kurangkan kesakitan.
3. Terapi Cermin
Gunakan cermin semasa senaman untuk bantu pesakit lihat dan kawal pergerakan otot dengan lebih baik.
4. Latihan Mobiliti & Koordinasi
Latihan ini penting untuk elakkan otot jadi kaku dan bantu gerakan jadi semula jadi.
5. Sokongan Emosi & Psikologi
Perubahan rupa boleh jejaskan emosi. Fisioterapis juga beri sokongan dari segi penerimaan dan keyakinan diri.
Kenapa Physiomobile Adalah Pilihan Terbaik Untuk Fisioterapi Bell’s Palsy?
Kalau anda sedang mencari fisioterapi yang berkesan dan profesional, Physiomobile adalah jawapannya.
5 Sebab anda perlu mendapatkan rawatan bersama Physiomobile
- Mempunyai pengalaman yang luas dalam membantu pesakit strok sejak 2016
- Ahli fisioterapi kami merupakan mereka yang berkelayakan dan terlatih
- Kami telah menerima ribuan feedack positive terhadap kualiti rawatan dan khidmat pelanggan
- Terdapat rawatan ke rumah untuk pesakit yang terlantar ataupun sukar untuk bergerak ke centre kami
- Physiomobile buka setiap hari bagi memenuhi permintaan yang tinggi setiap hari
Senarai kawasan yang Physiomobile cover seperti:
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Johor Bahru
- Melaka
- Pulau Pinang
- Perak
- Kedah
- Pahang
- Negeri Sembilan
- Kelantan
- Terengganu
- Sabah
- Sarawak
Penutup
Bell’s Palsy mungkin menakutkan pada awalnya, tapi dengan rawatan yang betul dan sokongan yang sesuai, pemulihan sepenuhnya adalah sesuatu yang sangat boleh dicapai. Fisioterapi berperanan besar dalam bantu pulihkan semula kekuatan dan keyakinan diri. Jangan Tangguh!
jika anda atau orang tersayang mula alami simptom Bell’s Palsy, dapatkan bantuan profesional segera. Dan pastikan anda dapatkan rawatan dengan pihak yang berpengalaman seperti Physiomobile untuk hasil yang lebih cepat dan Kesemua Ahli Fisioterapi di Physiomobile merupakan ahli terapi berkelulusan dan bertauliah dari pelbagai universiti tempatan dengan pengetahuan yang luas dan terkini. Hubungi kami jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan dan jangan lupa untuk dapatkan Tarikh sesi Bersama kami!