Sakit lutut bahagian depan, atau lebih dikenali sebagai anterior knee pain, merupakan antara masalah yang paling kerap dialami oleh mereka yang aktif bersukan, pelajar, pekerja fizikal, mahupun ibu-ibu yang kembali bersenam selepas bersalin.
Simptomnya mungkin bermula dengan rasa ngilu semasa turun tangga, rasa tak selesa semasa duduk lama, atau sakit apabila cuba squat. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan gaya hidup, prestasi kerja, dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mental.
⸻
Apa Punca Anterior Knee Pain?
Masalah ini sering berlaku akibat gabungan beberapa faktor biomekanik seperti:
• Kelemahan otot punggung (gluteus medius dan deep glute max)
• Kawalan pinggul yang lemah
• Ketegangan pada quadriceps dan iliotibial band (ITB)
• Corak pergerakan yang tidak efisien seperti squat yang tidak stabil
• Aktiviti fizikal berulang tanpa kawalan
Apa yang ramai tak tahu, masalah pinggul dan postur badan sangat mempengaruhi keadaan lutut. Oleh itu, rawatan yang hanya fokus pada lutut sahaja tidak mencukupi.

⸻
Rawatan Fisioterapi untuk Anterior Knee Pain di Physiomobile
Di Physiomobile, kami menggunakan pendekatan fisioterapi berasaskan bukti untuk membantu pesakit pulih tanpa pembedahan, dengan menggabungkan teknik seperti:
1. Dry Needling
Melegakan ketegangan otot dan mengurangkan sensitiviti kesakitan, terutamanya pada quadriceps dan ITB.
2. Kinesiotaping
Menyokong pergerakan lutut, mengurangkan tekanan pada tempurung lutut dan meningkatkan kesedaran postur.
3. Symptom Modification & Kinetic Control
Teknik seperti push finger squat digunakan untuk mengaktifkan gluteus medius dan mengawal alignment lutut secara efektif.
4. Hip & Knee Desensitization
Latihan ringan untuk mengurangkan sensitiviti kawasan terlibat sebelum memulakan latihan kekuatan.
5. Latihan Endurance Bertahap
Kami tidak kejar jumlah ulangan semata-mata, tapi bina ketahanan otot secara progresif berdasarkan toleransi pesakit.

⸻
Siapa Yang Sesuai Dapatkan Rawatan Sakit Lutut bahagian depan Ini?
• Individu yang alami sakit lutut semasa naik/turun tangga
• Atlet sekolah dan remaja aktif yang kerap bersukan
• Ibu lepas bersalin yang kembali bersenam
• Mereka yang duduk lama di tempat kerja
• Pesakit pasca kecederaan lutut yang belum pulih sepenuhnya
⸻
Kami Sedia Bantu Anda Pulih, Tanpa Tekanan
Rawatan kami fleksibel — anda boleh datang ke pusat Physiomobile di Shah Alam, Wangsa Melawati, Bangi, dan Adda Heights JB. Dan jika anda lebih selesa dirawat di rumah, kami juga sediakan rawatan ke rumah di seluruh Malaysia melalui team mobile kami.
Yang paling penting, kami bukan sekadar merawat simptom — kami ajar anda cara untuk kawal pergerakan, jaga postur, dan elakkan sakit lutut datang semula.
⸻
Jangan Biarkan Sakit Lutut Halang Anda Bergerak Aktif
Sakit lutut bukan lagi alasan untuk duduk diam. Dapatkan rawatan yang betul, selamat dan profesional bersama team fisioterapi kami di Physiomobile.
Tempah sesi rawatan anda hari ini:
📞 WhatsApp kami di hujung kanan skrin anda —>>
🌐 Layari www.physiomobile.com
📍 Lokasi: Shah Alam, Wangsa Melawati, Bangi, Adda Heights JB + Rawatan Rumah Seluruh Malaysia
Physiomobile – Enriching Quality of Life