Tahukah anda bahawa sakit belakang yang menjalar ke kaki mungkin bukan sekadar keletihan biasa atau salah urat? Ia boleh jadi tanda sciatica – satu keadaan yang berlaku apabila saraf di tulang belakang tertekan, biasanya disebabkan oleh slip disc. Baca lanjut untuk mengetahui info sciatica dan rawatan terbaik
Dalam kajian terkini oleh Journal of Physiotherapy, pakar mendapati bahawa rawatan fisioterapi berstruktur adalah pendekatan paling selamat dan berkesan untuk menangani masalah ini.
Apa Itu Sciatica?
Sciatica atau sakit saraf yang menjalar dari punggung ke kaki adalah antara penyebab utama sakit belakang kronik. Ramai yang tidak sedar bahawa rawatan sciatica tanpa pembedahan melalui fisioterapi mampu memberikan kelegaan berpanjangan. Di Physiomobile, kami pakar dalam membantu pesakit pulih dengan pendekatan berasaskan bukti dan disesuaikan secara individu.
Tanda-tanda utama sciatica termasuk:
- Sakit mencucuk dari punggung ke bawah kaki
- Kebas atau semut-semut di betis atau tapak kaki
- Sakit bertambah apabila batuk, bersin atau duduk lama
- Lemah otot kaki
Tanda-Tanda Anda Mungkin Alami Sciatica dan Perlukan Rawatan
✔️ Sakit dari punggung menjalar ke kaki
✔️ Rasa kebas atau mencucuk di betis
✔️ Sakit bertambah ketika batuk atau duduk lama
✔️ Kaki rasa lemah dan susah untuk berdiri tegak
Jika anda alami salah satu tanda ini, mungkin sudah tiba masa untuk dapatkan rawatan sciatica terbaik oleh profesional.
Perlukah Buat MRI?

Menurut garis panduan antarabangsa, MRI tidak digalakkan secara rutin, kecuali jika ada simptom serius seperti kehilangan kawalan kencing atau kebas di kawasan sulit. Kenapa?
👉 Kajian mendapati keputusan MRI boleh berbeza-beza antara pusat, dan kadangkala tidak selari dengan simptom sebenar.
👉 Ada juga kes di mana slip disc sembuh sendiri tanpa pembedahan.
Rawatan Sciatica: Kenapa Fisioterapi Adalah Pilihan Terbaik
1. Maklumat & Edukasi
Pesakit perlu faham punca sakit mereka dan kenapa berhenti aktif akan melambatkan pemulihan. Fisioterapi membantu memberi pemahaman serta membina keyakinan untuk kembali bergerak.
2. Nasihat untuk Kekal Aktif
Berbanding berehat atas katil, berjalan dan aktiviti ringan terbukti membantu mengurangkan sakit. Fisioterapis akan membimbing pesakit untuk bergerak dengan selamat dan beransur-ansur.
3. Senaman Terkawal & Terarah
Senaman khas seperti:
- Latihan kawalan otot
- Mobilisasi saraf
- Pengukuhan otot teras
akan disesuaikan dengan keadaan pesakit dan tahap kesakitan mereka.
Kajian juga menunjukkan senaman lebih berkesan apabila dilakukan secara konsisten selama 4–8 minggu di bawah pemantauan fisioterapis.
4. Terapi Manual untuk Spinal (SMT)
Teknik manipulasi dan mobilisasi sendi belakang boleh diberikan oleh fisioterapis terlatih untuk bantu mengurangkan ketegangan. Namun, kesannya bersifat jangka pendek dan perlu digabungkan dengan rawatan lain.
Bagaimana Dengan Ubat atau Pembedahan?

🔹 Ubat seperti NSAIDs atau steroid boleh membantu kesakitan sementara, tetapi kesannya tidak jauh berbeza dengan placebo dalam jangka panjang.
🔹 Pembedahan hanya disyorkan jika rawatan konservatif tidak berjaya selepas beberapa bulan. Bahkan, ramai pesakit masih alami sakit selepas 5 tahun walaupun telah jalani pembedahan.
Dapatkan Rawatan Sciatica Terbaik Hari Ini
Di Physiomobile, kami berpengalaman dalam merawat kes sciatica, slip disc dan sakit belakang kronik tanpa pembedahan.
Kami tawarkan:
✅ Penilaian menyeluruh dan diagnosis klinikal
✅ Senaman pemulihan dan terapi manual disesuaikan secara individu
✅ Rawatan ke rumah seluruh Malaysia
✅ Cawangan pusat rawatan di Shah Alam, Bangi, Melawati dan JB
Kami percaya, pergerakan yang betul adalah ubat paling mujarab.
Kelebihan Rawatan Sciatica di Physiomobile
✨ Penilaian menyeluruh oleh fisioterapis berpengalaman
✨ Program rawatan yang disesuaikan dengan gaya hidup anda
✨ Tiada ubat, tiada pembedahan — hanya solusi saintifik dan selamat
✨ Rawatan disediakan di pusat kami atau ke rumah anda di seluruh Malaysia
Jangan Tunggu Sampai Sakit Jadi Kronik
Jika anda alami sakit belakang yang menjalar ke kaki, hubungi kami segera untuk sesi penilaian dan rawatan pertama.
🌐 www.physiomobile.com
📞 Physiomobile – Enriching Quality of Life
FAQ Sciatica (Sakit Saraf Sciatica)
Soalan lazim yang ramai orang cari bila sakit pinggang tembak ke punggung/kaki, kebas, atau rasa mencucuk-cucuk.
Apa itu sciatica?
Sciatica ialah simptom sakit saraf yang biasanya bermula dari pinggang atau punggung dan “menembak” turun ke paha, betis atau kaki. Ia berlaku bila saraf sciatic terganggu/tertekan — bukan semestinya “urat tersimpul”, tetapi lebih kepada saraf yang sensitif.
Sciatica ni sama ke dengan slip disc?
Tidak semestinya. Slip disc (herniated disc) boleh jadi salah satu punca sciatica, tapi sciatica juga boleh berlaku disebabkan masalah lain seperti spinal stenosis, piriformis syndrome, ketegangan otot tertentu, atau iritasi saraf akibat postur/pergerakan berulang.
Apa simptom biasa sciatica?
- Sakit pinggang/punggung yang tembak turun ke kaki
- Kebas, semut-semut, mencucuk atau rasa “renjatan elektrik”
- Sakit bertambah bila duduk lama, membongkok, angkat barang, atau batuk/bersin
- Kaki terasa lemah atau cepat lenguh (sesetengah kes)
Berapa lama sciatica boleh pulih?
Tempoh pulih bergantung pada punca, tahap iritasi saraf, dan berapa lama simptom sudah berlaku. Ada kes yang reda dalam beberapa minggu dengan rawatan yang betul, tetapi ada juga kes yang perlukan pelan pemulihan lebih tersusun (manual therapy + latihan progresif + ubah tabiat/postur).
Bila perlu jumpa fisioterapi untuk sciatica?
Anda digalakkan dapatkan penilaian fisioterapi bila sakit sudah mengganggu tidur/kerja, makin kerap berulang, kebas makin jelas, atau anda rasa pergerakan makin terbatas. Fisioterapis akan buat assessment untuk cari punca utama dan bina pelan rawatan yang sesuai.
Apa “tanda bahaya” sciatica yang perlu rawatan segera?
Dapatkan pemeriksaan perubatan segera jika ada:
- Leher/punggung/ kaki tiba-tiba sangat lemah (jatuh kaki / susah angkat kaki)
- Kebas teruk di kawasan sulit (pelvis/perineum)
- Masalah kawal kencing atau membuang air besar
- Sakit yang terlalu teruk dan semakin cepat merosot
Rawatan fisioterapi untuk sciatica biasanya buat apa?
Fokus rawatan ialah kurangkan iritasi saraf, pulihkan pergerakan, dan bina semula kekuatan & daya tahan. Biasanya melibatkan:
- Assessment untuk tentukan punca & pola sakit
- Manual therapy (hands-on) untuk bantu kawal simptom
- Latihan khusus (core/hip/nerve mobility) ikut tahap anda
- Home Exercise Program supaya cepat stabil dan kurang berulang
Boleh rawat sciatica di rumah (home visit) atau perlu ke centre?
Boleh kedua-duanya. Jika anda susah bergerak, sakit bila memandu, atau nak jimat masa — Physiomobile boleh datang ke rumah/pejabat. Jika anda lebih selesa dengan fasiliti di pusat, anda juga boleh datang ke centre. Kami akan cadangkan pilihan paling praktikal ikut keadaan anda.
Nak kami assess sciatica anda?
Pilih lokasi rawatan (rumah / klinik) dan dapatkan pelan pemulihan yang jelas, step-by-step — bukan sekadar “urut”.
Kenapa pilih Physiomobile?
- Rawatan disesuaikan ikut keadaan pesakit – di rumah atau di klinik
- Fisioterapi berpengalaman sejak 2016
- Lebih 45,000 pesakit sudah dirawat
- Buka setiap hari & 100% oleh ahli fisioterapi bertauliah
- Panel TPA utama: PMCare, Compumed, MedKad, ASP, SelCare
- Rangkaian 170+ fisioterapi profesional seluruh Semenanjung Malaysia
- 80%+ pelanggan datang semula / rujukan keluarga