Sciatica ialah keadaan di mana rasa sakit, kebas, mencucuk atau lemah boleh bergerak dari bahagian pinggang ke punggung, paha, betis sehingga ke kaki.
Masalah ini biasanya berlaku apabila saraf sciatic mengalami tekanan, iritasi atau keradangan. Dengan rawatan fisioterapi yang sesuai, pesakit boleh dibantu untuk mengurangkan sakit, memperbaiki pergerakan dan kembali melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa.
6 Panduan Rawatan Sciatica Yang Anda Perlu Tahu
Rawatan sciatica perlu dibuat secara berperingkat. Fokus utama bukan sekadar hilangkan sakit sementara, tetapi mencari punca masalah dan bantu badan bergerak dengan lebih baik.
1 Kenal Pasti Punca Sakit Sciatica
Sciatica bukan semata-mata sakit pinggang biasa. Ia boleh berpunca daripada tekanan pada saraf, masalah disc, otot yang terlalu tegang, postur yang tidak baik atau pergerakan harian yang membebankan pinggang.
Sebab itu, pemeriksaan awal sangat penting untuk memahami sama ada sakit datang daripada saraf, otot, sendi atau gabungan beberapa faktor.
- Adakah sakit turun ke kaki?
- Adakah rasa kebas atau mencucuk?
- Adakah sakit bertambah bila duduk lama?
- Adakah sakit berkurang bila berjalan atau baring?
- Adakah kaki rasa lemah atau berat?
2 Kurangkan Aktiviti Yang Memburukkan Sakit
Dalam fasa sakit yang kuat, pesakit perlu mengenal pasti aktiviti yang menyebabkan sakit bertambah. Ini bukan bermaksud perlu baring sepanjang hari, tetapi perlu mengubah cara bergerak supaya saraf tidak semakin tertekan.
- Elakkan duduk terlalu lama tanpa rehat.
- Elakkan membongkok berulang kali.
- Elakkan angkat barang berat secara mengejut.
- Elakkan posisi tidur yang menyebabkan sakit bertambah.
- Ambil rehat aktif dengan berjalan perlahan jika sesuai.
3 Mulakan Senaman Ringan Secara Berperingkat
Senaman untuk sciatica tidak boleh dibuat secara paksa. Senaman yang sesuai bergantung pada simptom, tahap sakit dan punca masalah. Matlamat awal ialah mengurangkan tekanan pada saraf dan membantu badan bergerak dengan lebih selesa.
- Latihan pernafasan dan relaksasi otot.
- Pergerakan lembut pinggang mengikut toleransi sakit.
- Regangan ringan untuk punggung dan belakang paha.
- Latihan mobiliti pinggul.
- Latihan berjalan secara terkawal.
Jika senaman menyebabkan sakit semakin turun ke kaki, kebas bertambah atau rasa mencucuk semakin kuat, hentikan dahulu dan dapatkan pemeriksaan fisioterapi.
4 Kuatkan Otot Core, Pinggul Dan Kaki
Selepas sakit mula berkurang, latihan penguatan sangat penting untuk mengurangkan risiko sakit berulang. Otot core, pinggul dan kaki membantu menyokong tulang belakang semasa berjalan, duduk, berdiri dan mengangkat barang.
- Latihan aktivasi otot perut dalam.
- Latihan glute atau otot punggung.
- Latihan kawalan pinggul.
- Latihan kekuatan paha dan kaki.
- Latihan postur ketika berdiri dan berjalan.
Penguatan perlu dibuat secara konsisten dan progresif. Terlalu cepat menambah beban boleh menyebabkan sakit datang semula.
5 Betulkan Cara Duduk, Tidur Dan Angkat Barang
Sciatica boleh menjadi lebih teruk jika pesakit kerap berada dalam posisi yang memberi tekanan kepada pinggang dan saraf. Perubahan kecil dalam rutin harian boleh memberi kesan besar kepada proses pemulihan.
- Gunakan sokongan pada bahagian pinggang ketika duduk.
- Pastikan kaki mencecah lantai ketika duduk.
- Elakkan duduk membongkok terlalu lama.
- Tidur dalam posisi yang mengurangkan tekanan pada pinggang.
- Ketika angkat barang, rapatkan barang ke badan dan gunakan kekuatan kaki.
6 Dapatkan Rawatan Fisioterapi Jika Sakit Berpanjangan
Jika sakit sciatica tidak berkurang, kerap berulang atau mengganggu aktiviti harian, rawatan fisioterapi boleh membantu melalui pemeriksaan, manual therapy, senaman khusus dan nasihat penjagaan diri.
- Pemeriksaan untuk kenal pasti punca sakit.
- Rawatan manual therapy untuk bantu kurangkan ketegangan dan kekakuan.
- Senaman khusus mengikut tahap sakit dan kemampuan pesakit.
- Pendidikan postur dan ergonomik.
- Program pemulihan untuk kembali aktif dengan lebih selamat.
Rawatan yang baik bukan hanya fokus pada tempat yang sakit, tetapi melihat cara badan bergerak secara keseluruhan.
Bila Perlu Dapatkan Pemeriksaan Segera?
Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengalami tanda-tanda berikut:
- Kaki semakin lemah secara tiba-tiba.
- Kebas yang semakin teruk atau merebak.
- Susah mengawal kencing atau buang air besar.
- Kebas pada kawasan celah paha atau bahagian sulit.
- Sakit yang terlalu kuat selepas jatuh atau kemalangan.
- Demam, penurunan berat badan mendadak atau sakit malam yang luar biasa.
Tanda-tanda ini mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius dan perlu dinilai oleh doktor.
Kenapa Rawatan Sciatica Tidak Boleh Sekadar Urut?
Ramai pesakit menganggap sciatica boleh selesai dengan urutan sahaja. Urutan mungkin membantu mengurangkan ketegangan otot untuk sementara waktu, tetapi jika punca sebenar melibatkan saraf, disc, postur atau kelemahan otot, sakit boleh datang semula.
Sebab itu, rawatan fisioterapi lebih menyeluruh kerana ia melibatkan pemeriksaan, rawatan tangan, senaman pemulihan dan strategi pencegahan supaya pesakit boleh kembali bergerak dengan lebih yakin.
Perlukan Rawatan Sciatica?
Pasukan fisioterapis Physiomobile boleh membantu anda memahami punca sakit, mengurangkan simptom dan membina pelan pemulihan yang sesuai dengan keadaan anda.
Book rawatan melalui aplikasi Physiomobile hari ini.
Book Rawatan Sekarang
![]()


