Penyakit Radang Sendi Lutut Dan Kesannya

Penyakit Radang Sendi Lutut Yang Sering Menyerang Orang Dewasa. 

Penyakit radang sendi lutut banyak terjadi pada golongan yang berumur 45 dan ke atas.

Berdasarkan Physiopedia menjejaskan hampir 6% daripada semua orang dewasa.

Punca utama penyakit ini adalah tulang rawan di lutut haus menyebabkan berlaku geseran antara permukaan tulang sendi. 

Radang sendi lutut hanya boleh berlaku dalam dua artikulasi utama lutut, iaitu

  • sendi “tibiofemoral” 
  • sendi “patellofemoral”;

kerana mereka perlu mengekalkan lebih banyak gerakan.

\"Penyakit

Faktor Penyebab Diserang Radang Sendi Lutut

  • Umur
  • Obesiti
  • Beban impak yang tinggi ketika bersukan
  • Mengangkat beban yang berat
  • Neuropati periferal
  • Kecederaan pada sendi
  • Sejarah sakit yang tidak boleh bergerak
  • Sejarah keluarga

Kesan Radang Sendi Lutut

  • Tulang rawan berkurangan ketebalan dan kualiti,
  • Keretakan boleh berlaku dan akhirnya akan hancur.
  • Rawan yang rosak, tidak boleh sembuh.
  • Permukaan tulang juga boleh terjejas. 
  • Tulang akan berkembang dan serpihan tulang (“osteophytes”) akan terbentuk.

Tanda-Tanda Radang Sendi Lutut

  • Sakit pada permulaan pergerakan,
  • Sakit semasa bergerak.
  • Akhirnya kesakitan kekal.
  • Kehilangan fungsi seperti :
    • Kekakuan,
    • Penurunan pergerakan (ROM)  
    • Penurunan dalam aktiviti harian.
  • Lutut lebih sensitif kepada sejuk atau lembap.

Peringkat Radang Lutut

 

\"Peringkat

Radang lutut terbahagi kepada 5 peringkat

Peringkat 0: Lutut “normal”, tanpa kesakitan dalam fungsi sendi.

Peringkat 1: Tidak mengalami rasa sakit atau ketidakselesaan.

Peringkat 2:

  • Rasa sakit selepas lama berjalan kaki.
  • Sendi terasa kaku
  • Sinaran X menunjukkan pertumbuhan serpihan tulang yang lebih besar.
  • Rawannya mungkin akan kekal pada saiz yang sihat.

Peringkat 3:

  • Tahap 3 dianggap sebagai “osteoarthritis” sederhana.
  • Kerap merasa sakit semasa bergerak.
  • Sendi menjadi kaku selepas duduk untuk jangka masa yang lama.
  • Rawan makin nipis, dan ruang antara tulang semakin kecil.

Peringkat 4:

  • Ini adalah peringkat “osteoarthritis” yang paling teruk.
  • Ruang sendi antara tulang akan berkurang.
  • Tulang rawan hampir hilang sepenuhnya.
  • Cecair sinovial akan berkurang.
  • Pesakit akan rasa sakit dan tidak selesa semasa berjalan.

Untuk baca tentang cara rawatan radang sendi lutut, sila baca disini

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional