Search
Close this search box.

Atasi sakit belakang semasa memandu: 7 persedian ini boleh membantu pemanduan yang selesa.

Hari Raya Aidilfitri merupakan waktu yang dinantikan untuk mengeratkan silaturahim di antara saudara – mara terutama kepada mereka yang merantau jauh daripada kampung halaman dan jarang berjumpa.  Waktu inilah ahli keluarga berkumpul bersama, bergembira dan saling bermaafan.

Memandu dalam keadaan lama serta perjalanan yang panjang dapat memberi kesan kepada kesihatan terutama sekali kepada tulang belakang dan pinggang. Duduk dalam keadaan lama ketika memandu dan posisi yang tidak ergonomik memberi tekanan kepada tulang belakang sehingga menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang semasa memandu.

Individu yang pernah melakukan pembedahan slip disk dan sakit pinggang kronik memberi risiko yang tinggi kepada mereka jika tidak mempunyai perancangan yang betul.

Punca Sakit Belakang Semasa Memandu

  1. Posisi Duduk yang Tidak Ergonomik: Posisi duduk yang membongkok atau menunduk saat memandu dapat memberikan tekanan kepada tulang belakang di Kawasan pinggang.
  2. Otot Tegang: Posisi duduk yang statik semasa memandu dapat menyebabkan otot-otot di kawasan pinggang menjadi tegang dan kaku.
  3. Kurang rehat : Memandu dalam waktu lama tanpa berhenti tanpa istirahat dan meregangkan otot dapat meningkatkan risiko sakit pinggang.

Kesan Memandu Terlalu Lama Pada Pinggang

  • Rasa sakit dan tidak selesa di kawasan  pinggang serta dapat mengganggu konsentrasi individu semasa memandu.
  • Mudah kepenatan: Posisi duduk yang tidak ergonomik  mengakibatkan sakit pinggang dan menyebabkan rasa cepat penat ketika memandu kenderaan.
  • Memberi kesan buruk kepada pinggang: Memandu dalam keadaan yang tidak selesa akan menyebabkan rasa tidak selesa dan mengakibatkan sakit pinggang dan memberi risiko kepada individu yang mempunyai penyakit slip disk dan spondylosis.

Tips menghindari sakit belakang semasa memandu kenderaan daripada ahli fisioterapi.

Kami bahagikan kepada dua; semasa perjalanan dan sebelum perjalanan. Sekiranya seseorang dapat buat persediaan sebelum & semasa lebih baik.

3 Cara kurangkan sakit pinggang ketika dalam perjalanan dan pemanduan yang lama

  1. Rehat yang cukup. Anda disarankan untuk berhenti setiap 2- 3 jam selepas memandu bagi mendapatkan rehat yang cukup dan memberi ruang untuk melakukan senaman ringan.
  2. Lakukan senaman regangan sebelum kembali memulakan perjalanan. Senaman yang boleh dilakukan, rujuk gambar dibawah.
  3. Posisi Duduk yang ergonomic. Hindarkan diri daripada duduk dalam keadaan yang membongkok atau tunduk dan selaraskan kerusi mengikut keselesaan anda. Contoh cara memandu ergonomic, lihat gambar.
WhatsApp Image 2023-05-25 at 10.10.08 AM

Merancang perjalanan pulang ke kampung atau pemanduan yang jauh adalah penting. Tidak lupa juga dengan persediaan fizikal. Lakukan 3 Tips ini.

  1. Membuat persiapan fizikal adalah penting agar anda masih bertenaga untuk beraya dan berseronok setelah sampai ke destinasi. Lakukan senaman ringan secara rutin sekurangnya seminggu sebelum untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot. Anda juga boleh mendapatkan saringan kesihatan fizikal di Physiomobile dengan kos minima.
  2. Periksa kenderaan: Pastikan kerusi kenderaan dalam keadaan selesa dan posisi kerusi dalam keadaan ergonomik.
  3. Kelengkapan ketika memandu: Bawa bantal kecil untuk diletak di pinggang semasa memandu.

Persiapan kesihatan fizikal dengan rawatan fisioterapi

Jika anda mengalami masalah seperti sakit pinggang, sakit belakang, slipped disc, sakit leher, tangan & kaki kebas yang boleh mengganggu pemanduan, Physiomobile membantu anda untuk menyelesaikan masalah kesihatan ini dengan menggunakan keistimewaan kami iaitu fisioterapi teknik manual. Anda akan dibantu oleh ahli fisioterapi bertauliah dan terlatih. Keistimewaan rawatan fisioterapi di Physiomobile:

  • Membantu anda mendapatkan rawatan khusus masalah fizikal secara individu. 
  • Merancang program latihan dan terapi yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. 
  • Membantu anda mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan fungsi otot, tulang dan fizikal anda. 
  • Memberikan panduan  tentang cara mencegah sakit pinggang semasa memandu dan akan datang. 
Dapatkan konsultasi untuk saranan pelan rawatan yang sesuai untuk anda. Harga pakej istimewa disediakan untuk rawatan berkala. Info Lanjut Klik Sini

You Might Also Like

Osteoarthritis
Berkaitan dengan tisu di bahagian lutut dan ianya membuat individu berasa tidak selesa kerana bengkak di bahagian sendi.
Sakit Tumit Kaki
Sakit dibahagian tumit yang menyebabkan rasa tidak selesa dan sinonim menyerang golongan berusia
ACL
Ibarat seperti tali pengikat yang kuat untuk menjaga engsel menjadi stabil, biasa berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal.
Kaki Terseliuh
Berlaku disebabkan oleh ligamen di lutut bengkak dan membuat individu tersbeut menjadi tidak selesa dan terdapat beberapa punca perkara tersebut berlaku

Share This Post

Facebook
Twitter
LinkedIn