Sesak Nafas : Lakukan 5 langkah ini untuk atasi sesak nafas.

sesak nafas

Masalah sesak nafas bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana masalah sesak nafas ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan anda.

Hal ini kerana setiap sel dalam badan kita memerlukan oksigen dan masalah  pernafasan seperti sesak nafas boleh mengganggu aliran oksigen dalam badan.

Kondisi tersebut boleh menyebabkan pelbagai permasalahan kesihatan.

Namun, sesak nafas boleh dicegah dengan awal jika melakukan senaman pernafasan yang sesuai. 

Teruskan membaca untuk mengetahui gejala sesak nafas dan perkara yang boleh mengatasi kondisi sesak nafas.

Apa Itu Sesak Nafas?

 
Sesak nafas merupakan sesuatu keadaan di mana seseorang sukar bernafas atau semput dan perkara tersebut menyebabkan pernafasan menjadi terbatas.

Hal ini boleh terjadi dalam pelbagai keadaan dan berubah mengikut situasi yang dihadapi oleh individu tersebut.

Sesak nafas menjadi petanda individu tersebut mungkin mengalami penyakit seperti kekurangan darah merah (anaemia), kegelisahan (anxiety) dan seseorang itu juga berpontesi untuk mempunyai penyakit melibatkan sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.

 

Gejala ramai terlepas pandang.

 

Gejala sesak nafas disebabkan oleh pelbagai faktor dan mengikut individu itu sendiri. Antara gejala yang dihadapi oleh individu adalah seperti:

1. Rasa tercekik atau tekanan di dada.
Situasi dimana anda merasa ada sesuatu benda tersekat di bahagian pernafasan atau sesak nafas dan disertai dengan sakit di bahagian dada.

2. Bunyi ketika bernafas.
Ketika anda bernafas ianya mengeluarkan bunyi wisel (wheezing) , terutama sekali ketika menarik nafas

3. Berasa cepat letih.
Cepat letih, pucat dan sesak nafas terutamanya semasa melakukan aktiviti fizikal

 

Sebab Sesak Nafas Sering Terjadi

 

Punca utama ia terjadi adalah kerosakan pada saluran darah kecil pada paru-paru anda yang menyebabkan cecair saluran darah masuk ke dalam kantung udara dalam paru-paru anda.
Apabila cecair masuk ke dalam kantung udara, oksigen akan kurang dan cecair akan menyerap masuk ke dalam darah anda.
Perkara biasa yang boleh mengakibatkan paru – paru rosak adalah:

  1. Menyedut atau menghidu bahan toksik seperti air garam, bahan kimia, asap dan muntah.
  2. Menghidu bahan toksik seperti air garam, bahan kimia, asap dan muntah.
  3. Jangkitan darah yang teruk, jangkitan paru-paru seperti pneumonia, kecederaan pada dada atau kepala.
  4. Terlebih dos pada sedatif atau antidepresan trisiklik juga boleh jadi puncanya.

Lihat Video di bawah untuk mengetahui cara untuk mengelak sesak nafas

Lakukan Ini Untuk Atasi Sesak Nafas.

Terdapat beberapa latihan pernafasan yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko sesak nafas.

 

1. Bernafas dalam-dalam (Deep breathing)

Latihan ini dapat mengelakkan udara daripada terperangkap dalam paru-paru anda yang boleh menyebabkan nafas anda berasa pendek.

 Anda perlu duduk atau berdiri dengan siku anda sedikit ke belakang untuk membolehkan dada anda mengembang dengan lebih baik. 

  Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda dan lepaskan nafas dengan perlahan melalui hidung hingga anda merasakan semua udara yang dihirup telah dikeluarkan. 

 

2. Pernafasan diafragma (Diaphragmatic breathing)

Pernafasan diafragma membantu melatih otot ini berfungsi dengan lebih berkesan. 

Semasa duduk atau baring, letakkan satu tangan di dada dan lagi satu di atas perut lalu bernafas melalui hidung selama 2 saat dan rasakan perut anda bergerak ke luar.

Jika anda lakukan dengan betul, anda akan merasakan perut anda bergerak melebihi dada. 

Semasa menghembuskan nafas, muncungkan bibir dan menekan ringan pada perut anda untuk bantu peningkatan keupayaan diafragma melepaskan udara. 

 

3. Batuk huff (Huff cough) 

Senaman batuk huff adalah untuk membantu batuk lendir dengan berkesan tanpa membuatkan anda berasa terlalu letih. 

Duduk dengan selesa dan tarik nafas melalui mulut sedikit mendalam daripada nafas normal anda.

Aktifkan otot perut untuk meniup udara keluar dalam tiga kali sambil membuat bunyi “ha, ha, ha”.

Bayangkan anda ingin membuat wap pada cermin dengan hembusan nafas tersebut. 

 

4. Pernafasan diselaraskan (Coordinated breathing)

Senaman ini adalah bagi mengelakkan anda daripada merasakan nafas pendek dan menahan nafas.

Tarik nafas melalui hidung, muncungkan mulut dan lepaskan nafas tersebut dengan perlahan dan selaras. 

 

5. Pernafasan memuncungkan bibir (Pursed lip breathing)

Teknik pernafasan ini membantu anda mengurangkan kesukaran bernafas, melepaskan udara terperangkap dalam paru-paru, mengurangkan kekejangan dan sesak nafas.

Duduk dan relaks kan otot leher dan bahu.2

Tarik nafas  perlahan – lahan melalui hidung selama dua saat dan pastikan keadaan mulut tertutup.

Hembus nafas secara perlahan dengan keadaan mulut seakan bersiul selama 4 saat.

Terdapat pelbagai lagi senaman dan teknik pernafasan yang boleh membantu anda mengurangkan masalah sesak nafas. 

Jika anda telah melakukan senaman yang disyorkan di atas dan masih lagi mempunyai masalah pernafasan, anda mungkin boleh mendapatkan rawatan fisioterapi.

 

Rawatan fisioterapi untuk sesak nafas

Dengan mendapatkan rawatan fisioterapi, anda akan dibimbing dengan baik bagi menyelesaikan masalah sesak nafas anda.

Jika anda ingin mencuba fisioterapi, kami cadangkan anda untuk mendapatkan rawatan di Physiomobile.

Physiomobile memberikan rawatan fisioterapi yang berkesan dan sesuai berdasarkan keperluan masalah anda.

Hal ini adalah kerana Physiomobile menggunakan rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan senaman berstruktur lagi berfokus kepada permasalahan anda.

Ahli fisioterapi kami yang berkelayakan akan membuat pemeriksaan dengan bertanyakan tentang sejarah kesihatan bagi memastikan rawatan yang diberikan sesuai dengan anda. 

Anda boleh dapatkan sesi konsultasi daripada ahli terapi supaya kami boleh menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Physiomobile bukan sahaja merawat sesak nafas malah sakit lutut, bahu, otot badan dan strok.

Jangan tunggu lagi hingga sesak nafas menjadi lebih parah dan dapatkan rawatan dengan Physiomobile.

 

You Might Also Like

Strok
Selalu dialami oleh golongan tua dan penyakit ini sering menyerang bahagian otak manusia
Sakit Kepala Sakit kepala terjadi berdasarkan kepada beberapa faktor dan ia menyebabkan rasa tidak selesa kepada individu tersebut.
Scoliosis
Tulang belakang melengkung secara tidak normal. Individu yang tidak merawat akan menyebabkan komplikasi kepada diri sendiri.
Sakit Lutut
Kecederaan lutut boleh berlaku disebabkan melakukan aktiviti sukan atau mempunyai sakit yang berkaitan

Share This Post

Facebook
Twitter
LinkedIn