Apa itu Cervical Spondylosis dan Rawatan yang Sesuai

neck stiffness

Cervical spondylosis adalah keadaan yang sering berkait dengan usia yang boleh menyebabkan kekakuan, ketidakselesaan, sakit kepala yang berpunca daripada rasa sakit pada leher.

Cervical spondylosis sering memberi kesan pada sendi dan cakera tulang leher anda. Ia juga dikenali sebagai cervical osteoarthritis.

Ia terjadi disebabkan oleh tulang rawan dan tulang anda menjadi haus dengan peningkatan usia.

Berdasarkan Mayo Clinic, lebih kurang 85% individu yang berusia 60 tahun keatas mengalami masalah ini, walaupun sebahagian daripada mereka yang mengalami cervical spondylosis tidak pernah merasai symptom-simptomnya.

Cervical spondylosis boleh menjadi kronik, sakit yang teruk dan kekakuan leher. walau bagaimanapun, mereka yang menghidapinya masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Risiko utama cervical spondylosis adalah penuaan. Cervical spondylosis sering terjadi disebabkan perubahan yang berlaku pada sendi leher anda seiring dengan peningkatan usia.

Hernia cakera tulang rawan, dehidrasi dan pertumbuhan tulang lebih (bone spurs) adalah hasil daripada penuaan.


cervical spondy

PENYEBAB CERVICAL SPONDYLOSIS

Tulang dan tulang rawan pada leher anda cenderung menjadi haus menyebabkan berlakunya cervical spondylosis. Keadaan yang boleh menyebabkan ia terjadi termasuklah:

Tulang Lebih

Tulang berlebihan (bone spurs)

Tulang berlebihan yang tumbuh pada tulang leher terhasil apabila tubuh anda cuba menghasilkan tulang berlebihan bagi menguatkan tulang leher anda. Bagaimanapun, tulang berlebihan ini memberi tekanan pada kawasan yang sensitif seperti saraf tunjang dan saraf-saraf lain dan menyebabkan anda merasa sakit.

lumbar degenerative

Cakera (tulang rawan) tulang leher menjadi kering atau haus

Tulang leher anda mempuyai tulang rawan yang berbentuk cakera (disc) diantaranya, ia berfungsi menyerap hentakan (shock) daripada aktiviti mengangkat, memusingkan kepala dan sebagainya. Tulang rawan ini mengandungi bahan seperti gel yang boleh menjadi kering dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan tulang anda bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan anda merasa sakit. Berdasarkan Mayo Clinic, proses ini boleh bermula pada usia 40 tahun.

hernia disc

Hernia tulang rawan (cakera)

Cakera (discs) tulang rawan anda boleh menjadi retak menyebabkan kandungan didalamnya terkeluar. Isi kandungan cakera (disc) tulang rawan ini boleh memberi tekanan pada saraf tunjang dan saraf-saraf, menghasilkan simptom seperti kebas-kebas dan sakit yang menjalar sampai ke lengan atau jari anda.

Apa itu Cervical Spondylosis dan Rawatan yang Sesuai

Kecederaan lama

Jika anda pernah mengalami kecederaan pada leher, seperti jatuh atau kemalangan jalan raya, ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

spine ligament

Kekakuan ligamen

Ligamen adalah tisu penghubung yang menghubungkan tulang leher anda antara satu sama lain. Ia boleh menjadi bertambah kaku dari masa ke semasa, di mana ia boleh memberi kesan pada pergerakan leher anda dan menyebabkan leher anda merasa ketat.

neck stiffness

Penggunaan berlebihan

Sesetengah pekerjaan atau hobi melibatkan pergerakan berulang atau mengangkat objek berat seperti pekerja binaan. Ini akan memberi tekanan yang lebih kepada tulang leher anda menyebabkan ia menjadi haus dengan lebih cepat.

SIMPTOM-SIMPTOM CERVICAL SPONDYLOSIS

Antara symptom-simptom yang sering terjadi adalah sakit di sekitar tulang belikat anda, rasa sakit sekitar lengan dan jari-jari anda. Rasa sakit mungkin meningkat jika anda:

  • berdiri
  • duduk
  • bersin
  • batuk
  • mendongakkan kepala
  • rasa lemah (kelemahan otot menyebabkan anda sukar mengangkat tangan anda atau menggenggam objek dengan kemas).
  • Leher anda bertambah kaku
  • Sakit kepala yang berpunca daripada belakang kepala
  • Merasa kebas atau semut-semut yang memberi kesan pada bahu dan lengan anda

RAWATAN UNTUK CERVICAL SPONDYLOSIS

Fokus utama rawatan cervical spondylosis adalah untuk memberi kelegaan, mengurangkan risiko kerosakan kekal dan membantu menjalani kehidupan yang normal. Rawatan konservatif selalunya lebih efektif.

Apa itu Cervical Spondylosis dan Rawatan yang Sesuai

Terapi fizikal

Terapi fizikal akan membantu anda melembutkan semula otot-otot leher yang tegang dan melakukan regangan pada otot leher dan bahu. Anda juga mungkin memerlukan rawatan traction pada leher anda, bagi membuka ruang antara sendi dan tulang leher anda dan melegakan tekanan yang terdapat pada cakera tulang rawan dan saraf.

Ubat-ubatan

Doktor anda mungkin akan memberi ubat bagi melegakan kesakitan dan ketegangan yang terdapat pada leher anda.

Pembedahan

Jika keadaan anda bertambah teruk dan tidak memberi kesan positif terhadap rawatan konservatif, anda mungkin memerlukan pembedahan. Pembedahan jarang sekali diperlukan bagi penghidap cervical spondylosis.

Rawatan di rumah

Jika keadaan cervical spondylosis anda adalah ringan, anda boleh mencuba beberapa perkara ini di rumah:

Gunakan pad haba atau sejuk pada bahagian leher anda bagi memberi kelegaan pada otot-otot leher anda yang sakit.

Melakukan senaman dengan kerap dapat membantu anda dalam proses penyembuhan.

Kemas Kini Klinikal

  • Kekal aktif secara beransur-ansur biasanya menjadi sebahagian daripada pengurusan, dengan latihan disesuaikan kepada simptom dan fungsi.
  • Program boleh merangkumi pergerakan, kekuatan dan strategi mengurus beban harian; satu senaman tidak sesuai untuk semua orang.
  • Kelemahan progresif, kebas kawasan pelana atau perubahan kawalan kencing atau usus memerlukan rawatan segera.

Rujukan: Physiopedia

Apa Kata Pesakit Physiomobile

Tak jadi buat pembedahan Slip Disc

Lumpuh dan Terlantar kini mampu berjalan semula

Tak perlu ubat tahan sakit pinggang lagi

ACL (putus) tak boleh berjalan

Slip Disc dan tidak mampu berjalan

Lumpuh disebabkan kemalangan, berjaya bangun semula.

Update fisioterapi tulang belakang: kekal aktif dengan kawalan yang betul

Dikemaskini dengan prinsip umum rehabilitasi tulang belakang dan preskripsi senaman yang sejajar dengan rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.

  • Untuk kebanyakan masalah belakang atau pinggang, pergerakan yang selamat dan progresif lebih baik daripada terlalu lama berehat sepenuhnya.
  • Latihan teras, mobiliti dan kekuatan perlu disesuaikan mengikut simptom, fungsi dan faktor risiko individu.
  • Dapatkan pemeriksaan segera jika sakit disertai lemah kaki, kebas kawasan sulit, masalah kawalan kencing/usus atau sakit selepas trauma.
Gambar rawatan fisioterapi oleh Physiomobile

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.

WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan

Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional