Adakah anda tertanya tentang rawatan terbaik bagi masalah scoliosis di Malaysia?
Atau adakah anda mengalami sakit belakang yang berpanjangan akibat scoliosis dan sudah cuba pelbagai cara bagi mengatasi kesakitannya?
Jangan risau, anda tidak keseorangan! Dalam artikel ini, kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang scoliosis, punca ia berlaku dan rawatan yang anda boleh dapatkan.
Kami juga akan membantu anda untuk mendapatkan rawatan fisioterapi bagi masalah fizikal yang anda hadapi.
Oleh itu, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang scoliosis di Malaysia.
Apa itu Scoliosis?
Perkataan scoliosis adalah dari Yunani purba yang bermaksud “membengkok”.
Dari segi perubatan, scoliosis merujuk kepada satu kondisi di mana tulang belakang seseorang bengkok ke kiri atau ke kanan namun ia bukanlah satu penyakit.
Tulang belakang individu yang menghadapinya bukan sahaja akan bengkok ke tepi malah ia akan berputar daripada paksi vertikalnya.
Namun, sekiranya kebengkokkan itu sangat ketara sehingga memberi tekanan pada jantung dan paru-paru, ia akan menyebabkan kemerosotan fungsi kardiovaskular.
Tambahan pula, kebiasaanya, pesakit tidak rasa sakit pada usia kanak-kanak dan remaja. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika ia tidak dirawat.
Antara gejala-gejala scoliosis adalah:
- Struktur otot dan tulang belakang yang tidak sama rata
- Tulang di bahagian bahu lebih menonjol
- Aras pinggul dan bahu antara kanan kiri tidak sama rata / selari
- Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
- Baju yang dipakai kelihatan senget
Scoliosis tidak sepatutnya dibiarkan tanpa dirawat kerana jika dibiarkan ia akan menjadi lebih teruk.
Ini kerana, pesakit akan mengalami sakit belakang yang berpanjangan, kecacatan bentuk badan dan kesukaran bernafas.
Punca-Punca Scoliosis
Walaupun doktor masih belum menemui punca sebenar kondisi ini berlaku, scoliosis sering dihadapi oleh golongan dengan faktor genetik atau keturunan seperti:
- Masalah saraf dan otot seperti ‘Cerebral Palsy’ dan ‘Muscular Dystrophy’
- Kecacatan dalam rahim yang melibatkan tulang belakang
- Kecederaan atau jangkitan pada tulang belakang
Faktor risiko lain termasuk:
- Umur: Ramai pesakit berusia belasan tahun sebelum mencapai kematangan fizikal atau ketika akil baligh
- Jantina: Kedua-dua jantina berisiko, tetapi kanak-kanak perempuan lebih berisiko untuk kes yang progresif
- Sejarah keluarga: Scoliosis boleh diwarisi, walaupun ramai pesakit tiada sejarah keluarga
4 Rawatan Terbaik Tulang Belakang Bengkok Yang Anda Boleh Pertimbangkan
1. Ubat Tahan Sakit
Tablet tahan sakit atau painkiller boleh membantu menghilangkan rasa sakit. NSAID seperti ibuprofen biasanya merupakan rawatan pertama yang disyorkan dan boleh dibeli tanpa preskripsi. Jika tidak berkesan, jumpa doktor untuk ubat lebih kuat atau rujukan ke klinik pengurusan kesakitan.
2. Senaman
Aktiviti yang menguatkan dan meregangkan otot belakang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan mengekalkan berat badan sihat. Senaman yang disarankan oleh ahli fisioterapi lebih kepada mengurangkan sakit, bukan membaiki postur.
Sebelum memulakan apa-apa senaman, berunding dahulu dengan fisioterapi untuk elakkan risiko kecederaan.
3. Memakai Pendakap Belakang
Pendakap belakang atau “back brace” memberikan sokongan dan membantu mengurangkan rasa sakit. Ia juga boleh menjadi alternatif untuk mereka yang tidak bersedia menjalani pembedahan.
4. Pembedahan
Pembedahan seperti lumbar decompression bukan keperluan untuk semua, tetapi disyorkan jika:
- Kelengkungan tulang belakang sangat teruk
- Sakit belakang tidak reda dengan rawatan konservatif
- Tekanan pada saraf menyebabkan kesakitan atau kebas
Beberapa jenis prosedur:
- Discectomy: Buang sebahagian cakera untuk kurangkan tekanan saraf
- Spinal Fusion: Gabungkan vertebra untuk kestabilan dan meluruskan tulang belakang
- Laminectomy: Buang sebahagian tulang untuk beri ruang kepada saraf
Kebanyakan kes memerlukan gabungan beberapa teknik bergantung kepada tahap scoliosis.
Rawatan Fisioterapi Scoliosis di Physiomobile
Jika anda ingin merawat scoliosis secara tidak invasif, Physiomobile menawarkan rawatan fisioterapi berasaskan bukti yang merangkumi:
- Pemeriksaan: Analisis postur, mobiliti, dan sejarah kesihatan
- Rawatan manual: Teknik hands-on untuk kurangkan tekanan dan kesakitan
- Senaman khusus: Fokus pada penguatan otot postural dan keseimbangan
- Konsultasi: Pendidikan pesakit, pelan rawatan dan pemantauan berkala
Kenapa Pilih Physiomobile?
- 46 fisioterapi bertauliah dan berpengalaman
- Rawatan di rumah atau di klinik mengikut kesesuaian anda
- Telah merawat lebih 45,000 pesakit sejak 2016
- Cawangan di Shah Alam, Wangsa Melawati, Bangi & Johor Bahru
Jangan biarkan scoliosis mengganggu kehidupan anda. Dapatkan rawatan seawal mungkin untuk elak komplikasi jangka panjang.
➡️ Tempah sesi rawatan bersama kami hari ini
Physiomobile – Enriching Quality of Life
Sumber artikel : Reference
Flow Rawatan bersama Team Physiomobile