degenerasi tulang belakang

Degenerasi Disc Tulang Belakang: Punca, Simptom & Rawatan

Degenerasi tulang rawan (degenerative disc disease) ialah perubahan semula jadi pada rawan tulang belakang (vertebral disc) yang berlaku apabila usia meningkat. Apabila disc menua, ia kehilangan keanjalan, menjadi kurang lembap, dan tidak lagi mampu menyerap hentakan seperti dahulu.

Disc tulang belakang adalah lembut, boleh dimampatkan, dan bertindak sebagai penyerap hentakan. Ia membenarkan pergerakan seperti membongkok, memusing, atau meluruskan badan. Masalah degenerasi ini paling kerap berlaku pada bahagian bawah pinggang (lumbar) dan bahagian leher (cervical).

Akibat proses degenerasi, seseorang berisiko mengalami:

  • Osteoarthritis
  • Herniated disc / slip disc
  • Spinal stenosis (penyempitan tulang belakang)

Punca Degenerasi Disc Tulang Belakang

  • Kehilangan kelembapan disc Disc yang kering tidak lagi mampu menyerap hentakan dengan baik.
  • Koyakan kecil pada lapisan luar disc Retakan menyebabkan disc menonjol (bulge), pecah (rupture) atau terpisah (sequestration).
  • Kerja berat atau angkat beban berulang Tekanan mekanikal berlebihan mempercepat proses degenerasi.
  • Kecederaan akut seperti jatuh atau kemalangan Trauma boleh merosakkan disc dan mempercepat degenerasi.
  • Ruang disc semakin sempit Mengurangkan keupayaan menyerap hentakan dan menyebabkan tulang belakang kurang stabil.
  • Pertumbuhan tulang baru (bone spurs / osteophytes) Serpihan tulang menekan saraf tunjang dan akar saraf, menimbulkan sakit dan gangguan saraf.

Simptom Degenerasi Disc Tulang Belakang

  • Sakit belakang atau leher
  • Sakit yang menghadkan aktiviti harian
  • Sakit menjalar ke bahu, lengan, pinggul atau kaki
  • Sakit bertambah teruk dengan pergerakan
  • Sakit selepas jatuh atau kemalangan jalan raya
  • Sakit ketika membongkok atau mengangkat barang
  • Sakit bermula perlahan-lahan tanpa sebab jelas dan semakin teruk
  • Kebas, mencucuk atau lemah pada tangan dan kaki

Simptom boleh datang dan pergi, tetapi lazimnya semakin teruk jika tidak dirawat awal.


Rawatan Degenerasi Disc Tulang Belakang

Rawatan bergantung kepada tahap degenerasi dan simptom pesakit. Antara rawatan yang lazim disarankan ialah:

  • Ais atau tuam panas Melegakan radang dan mengurangkan ketegangan otot.
  • Ubat tahan sakit (NSAIDs) Contohnya ibuprofen atau naproxen bagi mengurangkan keradangan.
  • Rawatan fisioterapi — rawatan utama bagi kebanyakan kes
    • Manual therapy (melegakan tekanan disc & saraf)
    • Senaman pengukuhan otot core & belakang
    • Regangan untuk memulihkan mobiliti
    • Latihan postur & ergonomik
  • Pembedahan (untuk kes yang teruk sahaja)
    • Pembuangan disc yang rosak
    • Gabungan tulang belakang (spinal fusion)
    • Penggantian disc tiruan

Bila Anda Perlu Berjumpa Fisioterapis?

  • Sakit berlarutan lebih 2 minggu
  • Kebas atau mencucuk pada kaki atau tangan
  • Sakit menjalar yang mengganggu kerja atau tidur
  • Pernah jatuh atau mengalami kemalangan
  • Pinggang semakin teruk walaupun sudah berehat

Rawatan awal membantu mengelakkan komplikasi seperti slip disc dan stenosis.


Dapatkan Bantuan Profesional di Physiomobile

Physiomobile telah membantu lebih 45,000 pesakit sejak 2016 dengan rangkaian 170+ fisioterapi bertauliah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kenapa pilih Physiomobile?

  • Rawatan manual berasaskan evidence-based
  • Boleh rawat di rumah atau di centre
  • Buka setiap hari
  • Panel TPA: PMCare, Compumed, MedKad, ASP & SelCare
  • Kadar kepuasan pelanggan tinggi – 80% datang semula

Klik di sini untuk menghubungi Physiomobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional