-
DOMS ialah sakit pada otot yang disebabkan oleh senaman yang berlebihan atau senaman yang baru pertama kali dilakukan.
-
Lazimnya terjadi jika senaman tersebut banyak melibatkan regangan otot seperti berlari menuruni bukit dan pelari jarak jauh
-
Tetapi otot anda yang sakit akan mula rasa kurang sakit jika anda mula bergerak, dan anda akan mendapati aktiviti turun tangga sukar dilakukan jika otot paha anda mengalami DOMS.
Penyebab DOMS
-
Kebiasaannya DOMS berlaku disebabkan kecederaan kecil (microtrauma injuries) pada otot anda ketika melakukan senaman atau pergerakan yang meregangkan otot.
-
Kecederaan kecil ini akan menghasilkan kesan keradangan menyebabkan anda berasa sakit.
-
Ia juga akan mengganggu susunan fiber otot anda menyebabkan kekuatan, pergerakan dan fungsi otot orang yang mengalami DOMS terjejas.
Simptom-simptom DOMS
-
Berasa sakit pada otot yang terhasil dalam masa 24 ke 48 jam selepas melakukan senaman berprestasi tinggi atau senaman baru.
-
Otot menjadi ketat dan sakit.
-
Regangan secara pasif akan meningkatkan gejala DOMS.
-
Kehilangan kekuatan otot
-
Pengurangan julat pergerakan dan akan berlaku keradangan pada otot yang terlibat buat sementara waktu.
Bagaimana DOMS didiagnos?
-
Dikenal pasti secara klinikal.
-
Fisioterapi adalah pakar dalam mengenalpasti DOMS dan membezakan kecederaan seperti otot koyak atau regang (strain) dengan DOMS.
Rawatan DOMS
-
Pada peringkat awal, rehat dan pek sejuk adalah disarankan untuk mengurangkan keradangan.
-
Rawatan panas juga dapat mengurangkan rasa sakit.
-
NSAIDs atau ubat tahan sakit boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit tetapi ia tidak memberi kesan jangka masa panjang pada pemulihan DOMS.
-
Urutan lembut dapat mengurangkan masa dan keterukan masalah DOMS.
-
Urutan tisu dalam (deep tissue massage) dan regangan otot yang berlebihan perlu dielakkan pada 24 jam pertama.
-
Pada fasa pemulihan, elakkan senaman yang agresif bagi membenarkan otot anda pulih.
-
Melakukan senaman aerobik seperti berbasikal dapat melegakan DOMS buat sementara waktu.
Cara-cara untuk mengelakkan DOMS
-
Lakukan program senaman secara berperingkat
-
Tingkatkan set, pengulangan dan beban senaman anda 10% setiap minggu
-
Berjaga-jaga dengan kadar senaman yang melibatkan regangan dalam rutin senaman anda
-
Pastikan anda menyejukkan badan selepas melakukan senaman
-
Pelari jarak jauh perlu melakukan senaman yang menggunakan regangan otot paha dalam latihan mereka untuk mengurangkan kesan DOMS.
Prognosis DOMS
Kebanyakan DOMS akan lega atau pulih dalam masa 1 hingga 3 hari dengan sendirinya.
Tetapi anda perlu mendapatkan nasihat fisioterapi jika:
-
Rasa sakit masih ada dan tidak lega 48 jam selepas senaman
-
Rasa sakit terjadi semasa senaman atau tiba-tiba dan bukan selepas 24 jam senaman
-
Rasa sakit pada sendi
-
Terdapat bengkak dan ketidakselesaan di sekitar sendi anda.
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile
Post Views: 1,366