FAKTOR RISIKO:
- Umur
Penyakit Parkinson kerap dilaporkan menyerang golongan umur pertengahan dan lewat usia. Penyakit Parkinson kebiasaannya dikesan pada pesait yang berusia 60 tahun dan keatas.
- Keturunan
Mempunyai saudara terdekat yang mengalami penyakit Parkinson boleh menjadi salah satu faktor risiko penyakit Parkinson. namun begitu, risiko disebabkan keturunan adalah rendah dan jarang berlaku.
- Jantina
Golongan lelakilebih terdedah kepada risiko penyakit Parkinson berbanding wanita.
- Pendedahan pada toksik
Pendedahan berterusan terhadap bahan-bahan toksik seperti racun serangga juga boleh membawa kepada penyakit Parkinson.
KOMPLIKASI DARIPADA PENYAKIT PARKINSON:
Penyakit Parkinson berkait rapat dengan masalah-masalah kesihatan seperti:
- Kesukaran berfikir
Pesakit mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah kognitif (dementia) dan kesukaran berfikir yang selalunya terjadi pada peringkat akhir penyakit Parkinson. Ubat-ubatan kadang kala tidak berkesan dalam menangani masalah kognitif.
- Depresi dan perubahan emosi
Mereka juga sering mengalami depresi. langkah terbaik bagi mengatasi depresi adalah segera mendapatkan rawatan bagi mendapatkan kehidupan yang berkualiti.
- Masalah tidur
Masalah tidur yang sering menganggu pesakit Parkinson adalah seperti kerap terjaga pada waktu malam, bangun tidur terlalu awal dan mengantuk di siang hari. Terdapat juga pesakit Parkinson yang mengalami rapid eye movement sleep behavior yang menbawa kepada masalah mengigau ketika tidur. Pengmabilan ubat-ubatan bolem mengurangkan masalah yang dihadapi pesakit
- Masalah pundi kencing
Ketidakupayaan menahan kencing atau kesukaran untuk membuang air kecil.
- Sembelit
Disebabkan oleh sistem penghadaman berfungsi dengan kadar lebih perlahan.
- Perubahan tekanan darah
Pesakit akan mengadu pening kepala berikutan tekanan darah menurun secara mendadak (orthostatic hypotension)
- Masalah deria bau
Kesukaran mengenalpasti dan membezakan bau di sekeliling.
- Keletihan
- Kesakitan di kawasan tertentu atau diseluruh badan
- Ketidakfungsian seksual
Ketahui simptom-simptom penyakit Parkinson di artikel ini: http://physiomobilemy.official.com.my/penyakit-parkinson/
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile