FAKTOR RISIKO DAN KOMPLIKASI PENYAKIT PARKINSON

FAKTOR RISIKO:
  1. Umur
Penyakit Parkinson kerap dilaporkan menyerang golongan umur pertengahan dan lewat usia. Penyakit Parkinson kebiasaannya dikesan pada pesait yang berusia 60 tahun dan keatas.
  1. Keturunan
Mempunyai saudara terdekat yang mengalami penyakit Parkinson boleh menjadi salah satu faktor risiko penyakit Parkinson. namun begitu, risiko disebabkan keturunan adalah rendah dan jarang berlaku.
  1. Jantina
Golongan lelakilebih terdedah kepada risiko penyakit Parkinson berbanding wanita.
  1. Pendedahan pada toksik
Pendedahan berterusan terhadap bahan-bahan toksik seperti racun serangga juga boleh membawa kepada penyakit Parkinson. KOMPLIKASI DARIPADA PENYAKIT PARKINSON: Penyakit Parkinson berkait rapat dengan masalah-masalah kesihatan seperti:
  1. Kesukaran berfikir
Pesakit mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah kognitif (dementia) dan kesukaran berfikir yang selalunya terjadi pada peringkat akhir penyakit Parkinson. Ubat-ubatan kadang kala tidak berkesan dalam menangani masalah kognitif.
  1. Depresi dan perubahan emosi
Mereka juga sering mengalami depresi. langkah terbaik bagi mengatasi depresi adalah segera mendapatkan rawatan bagi mendapatkan kehidupan yang berkualiti.
  1. Masalah tidur
Masalah tidur yang sering menganggu pesakit Parkinson adalah seperti kerap terjaga pada waktu malam, bangun tidur terlalu awal dan mengantuk di siang hari. Terdapat juga pesakit Parkinson yang mengalami rapid eye movement sleep behavior yang menbawa kepada masalah mengigau ketika tidur. Pengmabilan ubat-ubatan bolem mengurangkan masalah yang dihadapi pesakit
  1. Masalah pundi kencing
Ketidakupayaan menahan kencing atau kesukaran untuk membuang air kecil.
  1. Sembelit
Disebabkan oleh sistem penghadaman berfungsi dengan kadar lebih perlahan.
  1. Perubahan tekanan darah
Pesakit akan mengadu pening kepala berikutan tekanan darah menurun secara mendadak (orthostatic hypotension)
  1. Masalah deria bau
Kesukaran mengenalpasti dan membezakan bau di sekeliling.
  1. Keletihan
  2. Kesakitan di kawasan tertentu atau diseluruh badan
  3. Ketidakfungsian seksual
Ketahui simptom-simptom penyakit Parkinson di artikel ini: http://physiomobilemy.official.com.my/penyakit-parkinson/

Update rehabilitasi: fokus kepada fungsi harian dan keselamatan

Dikemaskini berdasarkan prinsip umum neurorehabilitasi dan preskripsi latihan yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.

  • Pemulihan perlu disesuaikan mengikut tahap keupayaan, risiko jatuh dan matlamat aktiviti harian pesakit.
  • Latihan berulang, progresif dan konsisten biasanya lebih bermakna apabila dipantau serta disesuaikan oleh ahli fisioterapi.
  • Dapatkan rawatan kecemasan jika berlaku kelemahan muka/tangan secara tiba-tiba, pertuturan tidak jelas, sakit dada atau sesak nafas.
Gambar rawatan fisioterapi oleh Physiomobile

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.

WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan

Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.

Kemas Kini Klinikal

  • Rehabilitasi neurologi perlu disesuaikan dengan fungsi, matlamat dan keselamatan setiap individu.
  • Latihan berulang yang bermakna boleh merangkumi mobiliti, keseimbangan, kekuatan dan aktiviti harian.
  • Perubahan neurologi baharu atau mendadak memerlukan penilaian perubatan segera dan bukan rawatan sendiri.

Rujukan: Physiopedia

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional