Apakah Tugas Jurupulih Perubatan Fisioterapi?
Jurupulih perubatan fisioterapi merupakan salah satu kerjaya dalam bidang kesihatan yang semakin mendapat tempat di kalangan belia. Bukan doktor sahaja yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan – ahli fisioterapi juga adalah tenaga profesional penting dalam proses rawatan dan pemulihan pesakit.
Perkataan fisioterapi berasal daripada dua perkataan: fisiologi dan terapi. Ia membawa maksud penjagaan atau pemulihan kefungsian tubuh badan manusia, terutamanya dari sudut pergerakan dan fungsi fizikal.
Secara ringkas, fisioterapi ialah cabang dalam bidang perubatan yang memberi fokus kepada penjagaan dan pemulihan fungsi fizikal pesakit – supaya mereka boleh kembali berdikari dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
Walaupun sama-sama memakai kot putih, tugas seorang ahli fisioterapi berbeza dengan doktor dan jururawat – namun ketiga-tiganya saling melengkapkan antara satu sama lain dalam penjagaan pesakit.
Deskripsi Tugas Jurupulih Perubatan Fisioterapi
Secara amnya, jurupulih perubatan fisioterapi memberi fokus kepada anggota badan manusia dan fungsi setiap bahagian tubuh. Tugas utama mereka ialah:
- Membantu memulihkan fungsi fizikal pesakit
- Memastikan pergerakan dan fizikal pesakit berada pada tahap yang optimum
- Mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan beberapa deskripsi tugas utama jurupulih perubatan fisioterapi, antaranya:
-
1. Pemulihan anggota badan dengan menggunakan:
- Senaman terapeutik
- Cahaya dan haba
- Sejuk atau air (hydrotherapy)
- Urutan (manual therapy)
- Rawatan elektrik (electrotherapy)
- 2. Merancang program rawatan yang berkesan dan tersusun mengikut keadaan pesakit
- 3. Membantu doktor dalam proses membuat diagnosis melalui penilaian pergerakan dan fungsi fizikal
- 4. Menyimpan rekod kesihatan pesakit termasuk perkembangan rawatan dan perubahan fungsi
- 5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian rawatan dan tindak balas pesakit terhadap program fisioterapi
- 6. engajar pesakit mengenai senaman dan latihan yang perlu dilakukan di rumah, terutama bagi pesakit yang tinggal jauh dari hospital atau pusat rehabilitasi
Kelayakan Menjadi Jurupulih Perubatan Fisioterapi
Untuk dilantik sebagai jurupulih perubatan fisioterapi di bawah sektor awam, terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi. Secara umumnya, anda perlu mempunyai kelulusan minimum di peringkat diploma.
Diploma Fisioterapi
Antara kelayakan yang diiktiraf ialah:
- Diploma Fisioterapi daripada institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diiktiraf kerajaan
- Diploma Fisioterapi daripada institusi pengajian tinggi yang setaraf dan diiktiraf
Kelayakan Berkaitan Lain
Selain itu, terdapat juga kelayakan lain yang boleh membawa kepada bidang rehabilitasi, contohnya:
- Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapy) daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang setaraf dengannya
Latihan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Bagi melengkapkan kemahiran dan kepakaran jurupulih perubatan fisioterapi, Kementerian Kesihatan menawarkan program latihan khusus di:
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), Sungai Buloh
Antara maklumat asas program:
- Tempoh latihan: 3 tahun
- Warganegara: Malaysia
- Umur: 17 hingga 25 tahun
- Kelayakan minimum: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf
Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan didedahkan dengan teori asas sains perubatan, anatomi, fisiologi, patologi, serta latihan klinikal di hospital dan pusat rehabilitasi.
Hubungan Antara Fisioterapi & Bidang Perubatan
Bidang tugas seorang ahli fisioterapi dan seorang doktor perubatan mungkin kelihatan hampir sama pada pandangan kasar, namun hakikatnya kedua-duanya mempunyai fokus berbeza – dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Peranan Doktor
- Mengenalpasti dan membuat diagnosis penyakit yang dihidapi pesakit
- Menentukan jenis penyakit berdasarkan ujian klinikal dan pengimejan
- Memberikan preskripsi ubat yang bersesuaian
- Menyusun perancangan rawatan dari sudut perubatan (medikal atau pembedahan)
Peranan Ahli Fisioterapi
- Menyediakan rawatan fizikal untuk mengembalikan fungsi tubuh, terutama selepas kecederaan, pembedahan atau penyakit tertentu
- Merangka program senaman, regangan dan latihan fungsi mengikut tahap pesakit
- Membantu pesakit kembali berdikari – berjalan, duduk, bangun, bekerja dan menjalankan aktiviti harian
Banyak penyakit atau kecederaan tidak boleh diselesaikan dengan ubat semata-mata. Di sinilah pentingnya peranan fisioterapi sebagai pelengkap kepada rawatan perubatan.
Hakikatnya, tugas jurupulih perubatan fisioterapi mempunyai hubungan rapat dengan tugas doktor. Doktor memulakan diagnosis dan rawatan medikal, manakala ahli fisioterapi membantu memulihkan fungsi fizikal dan kualiti hidup pesakit.
Jurupulih Perubatan Fisioterapi Bertauliah di Physiomobile
Physiomobile merupakan rangkaian pusat rawatan fizikal dan fisioterapi yang berpusat di Shah Alam, Selangor, dengan perkhidmatan yang turut merangkumi rawatan ke rumah (home visit) bagi memudahkan pesakit.
Rawatan di Physiomobile dijalankan oleh ahli fisioterapi bertauliah, yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya:
- Diploma Fisioterapi
- Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi
Dengan latihan profesional dan pengalaman klinikal, team Physiomobile memberikan rawatan yang berasaskan bukti (evidence-based) untuk pelbagai kondisi seperti:
- Sakit pinggang dan slip disc
- Sakit lutut dan osteoarthritis
- Sakit bahu, leher dan kebas tangan
- Rehabilitasi selepas strok atau pembedahan
- Kecederaan sukan dan masalah postur
Anda boleh berasa yakin untuk mendapatkan rawatan di Physiomobile kerana setiap sesi akan dipandu secara profesional, dengan pemantauan progres dan latihan di rumah yang jelas.
- • Rawatan disesuaikan mengikut keadaan pesakit – di rumah atau di klinik.
- • Fisioterapi berpengalaman sejak 2016.
- • Lebih 45,000 pesakit sudah dirawat.
- • Buka setiap hari & 100% dilakukan oleh ahli fisioterapi bertauliah.
- • Berdaftar sebagai panel dengan penyedia TPA utama: PMCare, Compumed, MedKad, ASP & SelCare.
- • Rangkaian lebih 170 ahli fisioterapi profesional – meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
- • Kadar kepuasan pelanggan tinggi – lebih 80% datang semula atau hasil rujukan ahli keluarga.
Penafian: Artikel ini bertujuan memberi maklumat umum tentang kerjaya dan peranan jurupulih perubatan fisioterapi. Untuk maklumat terkini berkaitan kelayakan, jawatan dan skim perkhidmatan, sila rujuk portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
![]()


