FAHAMI DAN RAWAT KEKEJANGAN OTOT BELAKANG ANDA (LOWER BACK SPASMS)

Kekejangan Otot (Spasm) Belakang: Apa Punca, Rawatan & Cara Cegah

Adakah anda sedang alami kekejangan otot belakang?
Dapatkan bantuan profesional daripada Physiomobile hari ini – Rawatan di rumah atau klinik, dijalankan oleh fisioterapi bertauliah & berpengalaman.
Klik Sini Untuk Konsultasi Percuma

Kekejangan otot belakang atau muscle spasm berlaku apabila otot belakang berkontraksi secara tiba-tiba dan tidak dapat dikawal, menyebabkan sakit yang ketara dan kesukaran bergerak. Walaupun boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, keadaan ini sangat biasa dialami oleh mereka yang aktif, sering mengangkat barang, atau mempunyai gaya hidup kurang sihat.

Apakah Penyebab Kekejangan Otot (Spasm) Belakang?

Kekejangan otot belakang biasanya disebabkan oleh:

  • Mengangkat barang berat – Tekanan berlebihan pada otot & ligament belakang meningkatkan risiko kecederaan.
  • Sukan lasak – Sukan seperti bola sepak & golf yang melibatkan pergerakan berulang dan berpusing secara tiba-tiba mudah menyebabkan spasm.
  • Otot belakang lemah atau kaku – Otot yang kurang kuat mudah cedera dan lebih cenderung mengalami spasm.
  • Masalah sendi – Arthritis atau slip disc (disk hernia) boleh menekan saraf, mengakibatkan sakit & kebas.

Simptom Kekejangan Otot Belakang

  • Sakit belakang tiba-tiba & kuat
  • Otot terasa mengeras, kaku, atau “cramp”
  • Kesukaran bergerak atau membongkok
  • Dalam kes lebih serius – sakit menjalar ke kaki, rasa kebas, atau lemah otot

Cara Rawatan Kekejangan Otot Belakang

Berita baiknya, majoriti kekejangan otot belakang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara rawatan utama:

  • Terapi ais & haba: Letakkan ais untuk kurangkan bengkak & radang pada peringkat awal. Selepas itu, terapi haba membantu melancarkan aliran darah & mempercepatkan pemulihan.
  • Ubat tahan sakit: Seperti NSAIDs & muscle relaxant. Namun, ambil ikut nasihat doktor.
  • Suntikan anti-keradangan: Cortisone untuk kes tertentu, biasanya jika berkaitan saraf. Bincang dengan doktor tentang risiko & kebaikan.
  • Rawatan fisioterapi: Fisioterapi dapat membantu melegakan otot yang kejang, melepaskan saraf yang terhimpit, & menguatkan otot belakang serta otot perut. Dapatkan rawatan dari Physiomobile di sini.

Senaman & Tips Pemulihan Untuk Otot Belakang

  1. Lakukan regangan ringan setiap hari untuk mengurangkan kekakuan.
  2. Senaman penguatan otot perut & belakang untuk mencegah spasm berulang.
  3. Kurangkan masa duduk terlalu lama – bangun & berjalan setiap 30 minit.
  4. Pastikan postur duduk & berdiri sentiasa betul.

Bagaimana Cara Mencegah Kekejangan Otot Belakang?

  • Turunkan berat badan jika berlebihan – Kurangkan beban pada sendi & tulang belakang.
  • Amalkan senaman berkala seperti berjalan, berenang, atau yoga.
  • Elakkan duduk atau baring terlalu lama – gaya hidup sedentari meningkatkan risiko spasm.
  • Gunakan kasut bertumit rendah untuk stabiliti & elak tekanan berlebihan pada belakang.
  • Dapatkan nasihat fisioterapi profesional jika anda sering alami kekejangan otot belakang.

Kenapa Pilih Physiomobile?

  • Rawatan disesuaikan mengikut keadaan pesakit – di rumah atau di klinik
  • Fisioterapi berpengalaman sejak 2016
  • Lebih 45,000 pesakit sudah dirawat
  • Buka setiap hari & 100% dilakukan oleh ahli fisioterapi bertauliah
  • Berdaftar sebagai panel dengan TPA utama: PMCare, Compumed, MedKad, ASP, SelCare
  • Rangkaian lebih 170 ahli fisioterapi profesional seluruh Semenanjung Malaysia
  • Kadar kepuasan pelanggan tinggi – lebih 80% datang semula atau hasil rujukan keluarga

KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH SESI

Soalan Lazim Tentang Kekejangan Otot Belakang

1. Adakah kekejangan otot belakang bahaya?
Kebanyakan kes adalah ringan & sembuh sendiri, tetapi jika sakit berterusan atau disertai kebas/kelemahan kaki, segera jumpa doktor.
2. Berapa lama masa untuk pulih?
Biasanya 1-2 minggu dengan rawatan betul. Namun, rawatan fisioterapi mempercepatkan pemulihan & cegah berulang.
3. Bilakah perlu jumpa doktor?
Jika sakit sangat kuat, sukar bergerak, atau simptom menjalar ke kaki – dapatkan pemeriksaan segera.

Jangan biarkan kekejangan otot belakang mengganggu hidup anda!
Dapatkan bantuan profesional dari Physiomobile untuk konsultasi dan rawatan.

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional