Postur badan salah punca kepada masah sakit belakang. Kenali postur badan.
Tahukah anda, terdapat beberapa jenis postur badan yang sering menjadi punca kepada masalah sakit belakang? Ingin mengetahui jenis postur badan anda? Teruskan pembacaan anda di artikel ini.
Apakah postur badan anda?
Kyphosis (bongkok), flat back (lurus), swayback (pinggul kehadapan) atau forward head (kepala ke depan).
Postur memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan boleh memberi kesan kepada anda.
Postur yang baik akan memberi anda lebih tenaga, keyakinan, melegakan ketegangan leher, melegakan migrain, mencegah masalah bahu dan belakang badan dan memberi sokongan kepada sakit belakang kronik.
Postur badan yang betul
- Telinga anda haruslah selari dengan bahu, kemudian selari dengan pinggang anda dan apabila berdiri ia akan selari dengan buku lali (pandangan sisi).
- Pendakap postur (posture brace) dan senaman postur dapat membentuk postur badan yang baik
- Pendakap postur (posture brace) akan membantu melatih anda untuk duduk tegak
- Senaman postur akan menguatkan otot teras, belakang dan bahu
- Senaman juga dapat membetulkan postur badan anda.
Jenis-jenis postur badan yang salah
Kyphosis (bongkok)
- Kyphosis ialah keadaan di mana bahagian atas tulang belakang (thoracic) anda membongkok ke hadapan.
- Postur yang normal mempunyai lengkungan sekitar 20-50 darjah manakala kyphosis mempunyai lengkungan melebihi 50 darjah.
- Kyphosis sering dialami oleh wanita berusia.
- Jika anda mengalami kyphosis, anda mungkin mengalami sakit belakang dan kekakuan (stiffness)
Flat Back (tulang belakang lurus)

- Tulang belakang yang normal mempunyai dua lengkungan berbentuk “S”.
- “Flat back syndrome” akan menyebabkan tulang belakang anda kehilangan lengkungan “S” tersebut dan menjadi lurus.
- Terutamamya dibahagian bawah tulang belakang (lumbar).
- Hal ini akan menyebabkan tulang belakang menjadi tidak stabil.
- “Flat back syndrome” akan menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk berdiri tegak atau sakit pada bahagian belakang atau kaki.
Swayback (Lordosis)
- Setiap individu normal mempunyai lengkungan lordosis pada tulang belakang.
- “Swayback” atau hyperlordosis terjadi apabila terdapat lengkungan lordosis yang berlebihan pada tulang belakang anda terutama di bahagian lumbar dan leher (cervical).
- “Swayback” menyebabkan perut anda akan ke hadapan dan pinggul anda akan ke belakang.
- Hal ini boleh mengakibatkan sakit belakang dan mempengaruhi keupayaan untuk bergerak.
- Selain itu, postur badan akan menjadi tidak stabil dan memaksa bahagian lumbar anda berkerja keras.
- Beberapa faktor menyebabkan “swayback” ialah osteoporosis, kyphosis, obesiti dan kehamilan.
- Faktor lain yang menyumbang kepada postur ini juga ialah pemakaian kasut tumit tinggi yang kerap atau tidur meniarap pada perut.
Forward Neck or Head (leher/kepala ke depan)
- Forward neck ialah keadaan leher ke hadapan melebihi bahu atau “text neck”.
- Berpunca daripada anda membongkok semasa menggunakan telefon dan komputer sepanjang hari menyebabkan leher anda ke hadapan.
- Anda juga mungkin mengalami ketegangan, kekakuan (stiffness) atau sakit di bahagian leher, bahu dan belakang.
- Leher anda diciptakan untuk kekal menegak bagi menyokong berat kepala anda, sekitar 10-12 paun (5 – 5.4 kg.)
- Setiap inci kepala anda jatuh ke hadapan ini akan menambah 10 paun tekanan pada leher,bahu, dan tulang belakang anda.
- Dalam jangka masa panjang ia akan menyebabkan bahu dan belakang anda juga membongkok ke hadapan.
Cuba berdiri di hadapan cermin, dengan bahagian sisi menghadap ke cermin dan cuba kenalpasti postur badan anda.
Pastikan anda mengamalkan postur badan yang betul untuk penjagaan tulang belakang anda.
Kemas Kini Klinikal
- Tiada satu postur yang sempurna untuk semua orang; variasi posisi dan toleransi beban juga penting.
- Latihan boleh menyasarkan mobiliti, kekuatan dan kawalan pergerakan berdasarkan penilaian individu.
- Ubah posisi secara berkala dan tingkatkan aktiviti secara beransur-ansur jika duduk atau berdiri lama mencetuskan simptom.
You Might Also Like
Share this post
Update fisioterapi: penilaian individu lebih penting daripada rawatan umum
Dikemaskini berdasarkan prinsip umum rehabilitasi dan preskripsi senaman yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.
- Setiap keadaan pesakit berbeza, jadi cadangan latihan atau rawatan perlu disesuaikan dengan pemeriksaan dan matlamat fungsi.
- Pantau perubahan sakit, pergerakan, kekuatan dan keupayaan aktiviti harian, bukan hanya satu simptom sahaja.
- Dapatkan penilaian profesional jika simptom semakin teruk, berulang atau mengganggu kerja, tidur dan aktiviti harian.

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.
WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan
Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.