Otak manusia adalah organ yang paling kompleks yang berperanan untuk mengawal fungsi tubuh.
Apabila berlaku serangan strok dan darah tidak dapat sampai ke kawasan otak, secara automatik beberapa fungsi tubuh akan terjejas.
Sebagai contoh, pesakit akan berkemungkinan besar untuk mengalami gangguan penglihatan sekiranya strok menyerang di bahagian belakang otak.
Kesan strok terhadap tubuh badan manusia berbeza-beza bergantung kepada lokasi berlakunya salur darah tersumbat dan berapa banyak tisu otak yang terlibat.
Otak kanan
Satu bahagian otak akan mengawal anggota badan yang berlawanan. Oleh itu, jika serangan strok berlaku di bahagian kanan otak, maka anggota badan di bahagian kiri yang akan terjejas termasuklah bahagian kiri wajah. Strok otak kanan akan menyebabkan salah satu atau semua daripada kesan yang berikut:
– Lumpuh bahagian kiri anggota badan
– Masalah penglihatan
– Tindak balas yang pantas
– Hilang ingatan
Otak kiri
Sekiranya otak kiri pula yang mengalami strok, sudah tentu bahagian kanan tubuh pesakit akan kehilangan fungsinya. Pesakit akan mengalami kesan-kesan seperti:
– Lumpuh bahagian kanan anggota badan
– Masalah pertuturan atau bahasa
– Tindak balas yang lambat
– Hilang ingatan
Tunjang atau batang otak (brain stem)
Strok juga boleh berlaku di bahagian tunjang atau batang otak (brain stem). Strok di bahagian ini mampu melumpuhkan fungsi seluruh anggota badan bergantung kepada seteruk mana serangan strok itu berlaku.
Bukan itu sahaja, strok di bahagian batang otak juga memungkinkan pesakit berada dalam keadaan “locked-in” di mana pesakit hilang upaya untuk bertutur serta lumpuh anggota badan dari paras leher ke bawah.
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile