Merokok & Slip Disc: Ramai Tak Sedar Asap Rokok Boleh Rosakkan Tulang Belakang
Sakit pinggang yang datang dan pergi sering dianggap perkara biasa — salah duduk, salah angkat barang, atau terlalu lama duduk di pejabat. Namun hakikatnya, merokok dan pendedahan kepada asap rokok boleh mempercepatkan kerosakan tulang belakang dan meningkatkan risiko slip disc.
Lebih membimbangkan, bukan perokok sahaja yang terkesan. Jika anda tinggal atau bekerja dengan perokok, anda tergolong sebagai secondary smoker dan tetap berisiko mengalami masalah saraf dan tulang belakang.
Apa Itu Slip Disc?
Slip disc atau lumbar disc herniation berlaku apabila cakera di antara tulang belakang menjadi haus, koyak atau terkeluar lalu menekan saraf. Cakera ini berfungsi sebagai penyerap hentakan ketika kita bergerak, duduk atau mengangkat barang.
Apabila disc rosak, ia boleh menyebabkan sakit pinggang, kebas kaki, rasa mencucuk, atau sakit yang menjalar hingga ke betis.
Apa Kaitan Merokok Dengan Slip Disc?
Kajian perubatan menunjukkan bahawa merokok meningkatkan risiko seseorang mendapat slip disc. Bahan toksik dalam rokok seperti nikotin dan hidrokarbon boleh merosakkan kolagen pada struktur disc tulang belakang.
Akibatnya:
- Aliran darah ke disc berkurang
- Disc cepat haus dan lemah
- Risiko koyakan dan herniasi meningkat
Inilah sebab mengapa ramai perokok mengalami sakit pinggang yang lambat sembuh atau kerap berulang walaupun sudah mendapatkan rawatan.
Secondary Smoker Juga Berisiko
Di Malaysia, ramai individu tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok setiap hari — di rumah, pejabat atau kedai makan. Ini dikenali sebagai secondary smoker.
Pendedahan jangka panjang kepada asap rokok boleh menjejaskan:
- Kesihatan tulang dan saraf
- Proses pemulihan otot dan disc
- Risiko sakit pinggang kronik
Tanda-Tanda Slip Disc Yang Tak Boleh Diabaikan
- Sakit pinggang sebelah kiri atau kanan
- Sakit menjalar ke punggung, peha atau kaki
- Kebas, rasa mencucuk atau panas
- Sakit bertambah waktu malam
- Sukar tunduk atau bangun dari duduk
Jika anda perokok atau secondary smoker dan mengalami simptom ini, pemeriksaan awal sangat disarankan.
Kenapa Rawatan Biasa Kadang-Kadang Tidak Berkesan?
Ramai pesakit hanya bergantung kepada urut atau ubat tahan sakit. Masalahnya, jika punca sebenar adalah tekanan saraf akibat slip disc, rawatan simptom sahaja tidak mencukupi.
Dalam kes perokok, proses pemulihan juga lebih perlahan dan risiko berulang lebih tinggi.
Pemeriksaan Slip Disc RM50 di Centre Physiomobile
Di Physiomobile, kami menawarkan pemeriksaan awal slip disc hanya RM50 di centre terpilih untuk membantu anda mengenal pasti punca sebenar sakit pinggang.
Pemeriksaan ini membantu:
- Bezakan sakit otot, sendi atau saraf
- Kenal pasti tahap dan lokasi masalah
- Merancang rawatan fisioterapi yang tepat
Untuk rawatan fisioterapi ke rumah di Selangor, anda juga boleh rujuk: Rawatan Fisioterapi ke Rumah Selangor
Lokasi Centre Physiomobile
- Physiomobile Shah Alam
- Physiomobile Bandar Baru Bangi
- Physiomobile Wangsa Melawati
- Physiomobile Adda Heights, Johor
Kesimpulan
Merokok dan asap rokok bukan sahaja memberi kesan kepada paru-paru, tetapi juga merosakkan struktur tulang belakang. Jika anda mengalami sakit pinggang berpanjangan, jangan tunggu sehingga menjadi kronik.
Dapatkan pemeriksaan slip disc RM50 di centre Physiomobile hari ini.
![]()


