Sakit Lutut Sendi Haus??
Pernah tak anda rasa lutut berbunyi bila nak bangun dari kerusi? Atau pergelangan jari jadi kaku bila bangun pagi? Kalau ya, anda mungkin sedang alami Osteoarthritis (OA) — satu kondisi biasa tapi boleh beri kesan besar pada kualiti hidup kalau tak dirawat dengan betul.
Osteoarthritis, atau lebih dikenali sebagai haus sendi, berlaku apabila tulang rawan (cartilage) di hujung sendi mula menipis dan haus. Bila ini berlaku, tulang bergesel sesama tulang — menyebabkan sakit, bengkak dan kekakuan sendi. Masalah ini biasa berlaku di lutut, pinggul, belakang, dan tangan.
Siapa Yang Berisiko?
OA bukan sekadar penyakit orang tua. Ia boleh berlaku lebih awal jika anda:
- Pernah alami kecederaan sendi (seperti ACL atau patah tulang)
- Obes atau berat badan berlebihan
- Wanita berumur (lebih biasa selepas umur 50 tahun)
- Mempunyai sejarah keluarga OA
- Aktif dalam sukan berat atau kerja fizikal berulang

Tanda-Tanda Awal Osteoarthritis – Sendi Lutut Haus
Antara simptom paling biasa termasuk:
- Sakit sendi bila bergerak, tapi lega bila rehat
- Sendi terasa kaku terutama waktu pagi
- Bunyi “klik” atau “krekk” bila gerakkan sendi
- Pergerakan jadi terbatas
- Bengkak ringan sekitar sendi
Kalau anda alami tanda-tanda ni secara berterusan, jangan tunggu lama. Rawatan awal boleh bantu cegah dari jadi lebih teruk.
Rawatan Fisioterapi: Jalan Pulih Tanpa Pembedahan bagi Sendi Haus – Lutut
Ramai yang ingat OA hanya boleh dirawat dengan ubat tahan sakit atau pembedahan. Tapi hakikatnya, fisioterapi adalah antara rawatan utama yang terbukti berkesan untuk OA — terutamanya di peringkat awal hingga pertengahan.
Di Physiomobile, kami bantu pesakit OA melalui program yang menyeluruh dan disesuaikan. Antaranya:
1. Senaman Khas untuk Sendi
Latihan seperti quad set, straight leg raise, bridging, dan step-up dapat kuatkan otot sekitar lutut dan pinggul — bantu kurangkan beban pada sendi.
2. Manual Therapy
Melibatkan teknik urutan, mobilisasi sendi, dan regangan otot untuk kurangkan kesakitan dan tingkatkan kelenturan.
3. Latihan Aerobik Ringan
Contohnya berjalan atas treadmill, berenang atau hydrotherapy. Ini bantu tingkatkan stamina dan kawal berat badan.
4. Latihan Keseimbangan dan Pencegahan Jatuh
Terutamanya untuk warga emas yang lebih mudah hilang keseimbangan akibat OA. Kami ajar teknik agility training dan perturbation untuk kawal risiko jatuh.
Kami Rawat Anda Di Pusat Atau Di Rumah
Rawatan kami fleksibel. Anda boleh hadir ke pusat rawatan kami di Shah Alam, Wangsa Melawati, Bangi dan Adda Heights JB, atau kami boleh datang ke rumah anda — kami tawarkan rawatan rumah ke seluruh Malaysia melalui pasukan mobile kami.
Bila Perlu Jumpa Fisioterapis?
- Bila anda tak dapat bergerak seperti biasa
- Bila ubat tahan sakit dah tak cukup bantu
- Bila anda rasa sendi makin lemah dan kaku
- Bila nak elakkan pembedahan dan kekal aktif
Jangan Tunggu Sampai Terlambat
Osteoarthritis mungkin tak boleh disembuhkan sepenuhnya, tapi dengan rawatan yang betul, anda boleh kekal aktif, bergerak bebas, dan hidup lebih selesa. Kami di Physiomobile sedia bantu anda dari awal — dari rawatan hingga bimbingan gaya hidup.
📞 WhatsApp kami di hujung kanan skrin anda —>>
🌐 Layari www.physiomobile.com untuk info lanjut
📍 Dapatkan rawatan di pusat kami atau terus ke rumah anda
Physiomobile – Enriching Quality of Life