Dapatkan Panduan Fisioterapi di Rumah untuk Pesakit Strok

Panduan Rawatan Fisioterapi untuk pesakit Strok di rumah

 

[1] Nasihat daripada ahli fisioterapi anda.

  • Jadualkan waktu rawatan atau senaman supaya anda dapat melakukannya dengan konsisten.
  • Pastikan anda melakukan senaman yang diajarkan oleh ahli fisioterapi anda sebaiknya bagi mendapatkan kesan yang positif.

[2] Jangan biarkan plateau menghalang anda.

  • Plateau adalah keadaan sementara di mana tiada perubahan atau kemajuan berlaku dalam tempoh rehabilitasi.
  • Selepas anda menamatkan sesi rehabilitasi di klinik dan menyambung sesi berikutnya di rumah, anda mungkin mendapati kesan yang perlahan atau lambat.
  • Jangan berputus asa dengan kesan tersebut.
  • Proses penyembuhan akan berhenti jika anda berhenti melakukan senaman atau rawatan.
  • Cara yang terbaik untuk anda mengatasi plateau ini adalah dengan menambah variasi jenis senaman atau latihan dalam sesi rawatan anda, hal ini akan merangsang otak anda untuk kembali berfungsi

[3] Jangan biarkan kelumpuhan menghalang anda.

  • Lumpuh disebabkan strok boleh melemahkan anda, tetapi jangan biarkan ia menghalang anda.
  • Terdapat ramai pesakit strok yang pulih daripada kelumpuhan walaupun doktor mengatakan mereka tidak ada harapan untuk sembuh.
  • Paling penting, jangan pernah berputus asa.

[4]Ketahui perbezaan.

  • Bagi mereka yang dapat menggerakkan anggota badan yang lumpuh dengan bantuan anggota badan yang tidak lumpuh, rehabilitasi senaman pasif mungkin dapat membantu memulihkan pergerakan.
  • Hal ini kerana senaman pasif akan merangsang otak anda untuk melakukan pergerakan.
  • Dalam keadaan normal, otak yang akan menghasilkan input supaya anda dapat melakukan pergerakan.
  • Tetapi di kalangan pesakit strok anda akan melakukan pergerakan secara pasif untuk merangsang otak anda kembali.panduan rawatan strok fisioterapi di rumah

[5]Jangan terkesan dengan perkara negatif.

  • Jangan biarkan pendapat seseorang mempengaruhi usaha anda untuk kembali pulih.
  • Abaikan kata-kata masyarakat sekeliling anda yang mengatakan anda tidak punya harapan sembuh, anda lebih tahu kemampuan anda.

[6]Anda lebih tahu keperluan anda sendiri.

  • Proses penyembuhan untuk setiap pesakit strok adalah berbeza, anda lebih tahu kemampuan diri anda.

[7]Rawat otot spastik dengan cara yang betul.

  • Spastik adalah keadaan di mana otot anda mengalami keketatan, kekakuan atau tertarik disebabkan kelumpuhan.
  • Ia sering menghalang pesakit strok daripada memperolehi kesembuhan di rumah.
  • Walaupun otot anda lumpuh disebabkan spastik, terdapat beberapa cara untuk mengembalikan pergerakan dengan menggunakan 3 langkah iaitu:
  1. Latihan mental
  2. Senaman pasif
  3. Kreativiti
  • Walaupun kesannya perlahan, ia tetap akan memberi impak yang positif jika anda lakukannya secara berterusan dan tidak berputus asa.

[8]Pastikan anda melakukan ulangan latihan yang berterusan.

Anda perlu melakukan pengulangan senaman atau latihan yang banyak bagi mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.

  • Pengulangan yang banyak diperlukan bagi melatih otak anda untuk kembali berfungsi.
  • Pengulangan yang banyak dapat membantu otak anda membentuk jaringan neural yang baru dan mempercepatkan proses penyembuhan pesakit strok.

Strok memberi kesan yang berbeza kepada pesakit. Sesetengah pesakit mungkin mengalami kesan strok yang tidak ketara dan hanya mengambil masa yang singkat untuk kembali pulih dan ada pesakit strok yang memerlukan waktu yang lama untuk pulih disebabkan kesan yang teruk serta memerlukan bantuan daripada orang lain untuk terus hidup.

Rawatan fisioterapi harus didapatkan segera seawal hari pertama serangan strok kerana semakin cepat anda mendapatkan rawatan, semakin tinggi peluang anda untuk kembali pulih!!!

Physiomobile, Servis Fisioterapi Terbaik

 

Kami di Physiomobile mampu membantu anda bagi menyelesaikan masalah ini. Kami akan bantu anda dengan menguatkan kembali otot-otot badan, melembutkan kembali sendi-sendi yang keras akibat strok, membantu anda untuk kembali berjalan seperti biasa dan membantu meningkatkan keupayaan fizikal anda untuk kembali bekerja.

Malangnya tidak semua pesakit strok terselamat. Satu daripada lapan pesakit strok terkorban dalam jangka masa 30 hari selepas serangan strok… Jadi, sangatlah penting bagi kita mengenali simptom-simptom strok dan mendapatkan rawatan seawal mungkin.

 

Fisioterapi khas buat PESAKIT STROK di Rumah?

 

Menurut statistik, pesakit yang terkena strok mampu untuk pulih dengan kadar segera apabila melakukan rawatan intensif fisioterapi sejak hari pertama terkena serangan Strok

1 Sebab Utama mengapa pesakit Strok tidak dapat kembali pulih seperti sedia kala dengan cepat dan berakhir terlantar di rumah adalah kerana jarak antara  appointment physio terlaaaluu jauh!

4 Kelebihan Rawatan Fisioterapi bagi Pesakit Stroke di rumah adalah

  1. Memudahkan proses penyembuhan Pesakit
  2. Membantu mempercepatkan pesakit untuk bergerak seperti biasa
  3. Mengelakkan daripada pesakit terlantar lebih lama di rumah dan terkena ‘Bed Sore’ (Luka pada kulit)
  4. Pesakit dapat dibantu dalam program “home modification” dan “home exercise program”

5 Sebab anda perlu mendapatkan rawatan bersama Physiomobile

  1. Mempunyai pengalaman yang luas dalam membantu pesakit strok sejak 2016
  2. Ahli fisioterapi kami merupakan mereka yang berkelayakan dan terlatih
  3.  Kami telah menerima ribuan feedack positive terhadap kualiti rawatan dan khidmat pelanggan
  4. Terdapat rawatan ke rumah untuk pesakit yang terlantar ataupun sukar untuk bergerak ke centre kami
  5. Physiomobile buka setiap hari bagi memenuhi permintaan yang tinggi setiap hari

Dengarkan apa kata pesakit kami terhadap pengalaman rawatan pemulihan bersama Physiomobile

You Might Also Like

Strok
Selalu dialami oleh golongan tua dan penyakit ini sering menyerang bahagian otak manusia
Sakit Kepala Sakit kepala terjadi berdasarkan kepada beberapa faktor dan ia menyebabkan rasa tidak selesa kepada individu tersebut.
Scoliosis
Tulang belakang melengkung secara tidak normal. Individu yang tidak merawat akan menyebabkan komplikasi kepada diri sendiri.
Sakit Lutut
Kecederaan lutut boleh berlaku disebabkan melakukan aktiviti sukan atau mempunyai sakit yang berkaitan