PANDUAN SENAMAN UNTUK PESAKIT TKR (TOTAL KNEE REPLACEMENT)

\"senaman

  • TKR (total knee replacement) adalah satu prosedur pembedahan yang dilakukan bagi mengganti sendi lutut yang rosak atau degenerasi dengan sendi tiruan.
  • Senaman yang kerap dapat membantu mengembalikan kekuatan dan mobiliti lutut anda dan beransur-ansur kembali kepada aktiviti harian.
  • Ia juga penting dalam proses penyembuhan lutut anda selepas menjalani TKR.
  • Pada peringkat awal proses penyembuhan, doktor dan ahli fisioterapi anda mungkin akan menyarankan anda melakukan senaman selama 20 -30 minit, 2 atau 3 kali sehari dan berjalan selama 30 minit, 2 atau 3 kali sehari.
  • Mereka juga mungkin akan menyarankan anda melakukan senaman seperti gambar di bawah.
  • Panduan ini bertujuan membantu anda memahami program senaman yang diberikan oleh ahli fisioterapi anda.

Untuk memastikan proses penyembuhan anda selamat, pastikan setiap senaman yang dilakukan mendapat tunjuk ajar daripada ahli fisioterapi.

SENAMAN AWAL SELEPAS PEMBEDAHAN

\"\"

 

  • Senaman awal dapat membantu meningkatkan peredaran darah ke kaki anda, di mana ia penting bagi mengelakkan berlakunya darah beku selepas pembedahan.
  • Selain itu ia juga dapat membantu menguatkan otot kaki anda dan meningkatkan julat pergerakan lutut anda.
  • Mulakan senaman seawal yang boleh. Anda boleh memulakan senaman sebaik sahaja anda menjalani pembedahan.
  • Pada mulanya anda mungkin akan merasa kurang selesa, tetapi senaman ini dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan ia juga dapat menghilangkan rasa sakit selepas pembedahan.

Quadriceps Sets

\"senaman

  • Senaman ini bertujuan menguatkan otot paha anda.
  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Tekan lutut anda ke bawah.
  • Tahan posisi ini selama 5-10 saat.
  • Ulangi senaman ini sebanyak 10 kali dan rehat selama 1 minit dan ulangi senaman ini sehingga otot paha anda merasa letih.

Straight Leg Raises

\"\"

  • Senaman ini juga bertujuan menguatkan otot paha anda.
  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Angkat kaki anda dari katil beberapa inci dan pastikan lutut anda dalam keadaan lurus.
  • Tahan posisi ini selama 5 ke 10 saat dan dengan perlahan-lahan turunkan kaki anda.
  • Ulangi senaman ini sehingga anda mula merasa penat.
  • Teruskan melakukan senaman ini sehingga kekuatan otot paha anda kembali.

Ankle Pumps

\"senaman

  • Gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah.
  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Lakukan senaman ini selama 2 ke 3 minit, 2 atau 3 minit setiap satu jam.
  • Lakukan senaman ini sehingga bengkak pada bahagian buku lali kaki anda surut.

Senaman meluruskan lutut

\"senaman

  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Letakkan tuala kecil yang digulung di bawah tumit kaki anda supaya ia tidak menyentuh lantai.
  • Cuba luruskan kaki anda dengan menolak lutut anda ke bawah tanpa bantuan dari tangan anda.
  • Tahan posisi ini selama 5 ke 10 saat.
  • Ulangi senaman ini sehingga otot paha anda merasa penat

Heel slides

\"Senaman

  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Bengkokkan lutut anda dan pastikan tapak kaki anda sentiasa di atas katil,
  • Kemudian seret kaki anda ke arah punggung (mengikut kemampuan anda untuk membengkokkan lutut anda).
  • Tahan posisi tersebut selama 5 ke 10 saat dan luruskan kembali lutut anda.
  • Ulangi senaman ini sehingga kaki anda merasa letih atau sehingga anda dapat membengkokkan lutut anda sepenuhnya

Static hamstring curl

\"\"

  • Anda duduk di atas kerusi atau di hujung katil anda.
  • Pastikan paha anda sentiasa di sokong (support) dengan meletakkan kaki anda yang sihat di belakang kaki yang sakit.
  • Perlahan-lahan bengkokkan lutut anda sebanyak mana yang anda mampu.
  • Tahan posisi ini selama 5-10 saat sebelum anda kembali meluruskan lutut.
  • Ulangi senaman ini selama beberapa kali sehingga kaki anda merasa letih atau sehingga anda boleh membengkokkan lutut anda sepenuhnya.

Duduk sambil bengkokkan lutut tanpa sokongan

\"Senaman

  • Senaman ini sama seperti senaman di atas tetapi kaki yang terlibat bergerak dengan sendiri tanpa bantuan dari kaki yang sihat.
  • Letakkan kaki anda di lantai, kemudian tolak bahagian atas badan kehadapan (seperti anda mahu membongkok mengambil barang).
  • Ini bagi membantu meningkatkan bengkokkan lutut anda.
  • Tahan posisi ini selama 5 ke 10 saat sebelum anda meluruskan kembali lutut anda.
  • Ulangi senaman ini sehingga kaki anda merasa penat atau sehingga anda dapat membengkokkan lutut anda sepenuhnya.

AKTIVITI AWAL

Aktiviti awal yang boleh dilakukan oleh pesakit TKR adalah

  • Berjalan (jarak dekat) seperti berjalan di dalam bilik hospital.
  • Naik dan turun tangga dengan alat bantuan berjalan.
  • Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu dalam proses penyembuhan dan membantu lutut anda mendapatkan kekuatan dan pergerakan.

Berjalan

\"\"

  • Berjalan awal dapat membantu mengembalikan pergerakan lutut anda.
  • Jalan dengan betul adalah cara terbaik bagi membantu lutut anda pulih.
  • Pada permulaan, anda akan berjalan menggunakan alat bantuan berjalan seperti ‘walker’ atau ‘crutches’ (tongkat).
  • Doktor dan ahli fisioterapi anda akan memberitahu anda berapa banyak berat yang kaki anda boleh tampung pada peringkat awal.
  • Pastikan anda berdiri tegak dan selesa dengan meletakkan berat yang seimbang pada alat bantuan berjalan anda.
  • Berjalan dengan selancar yang boleh. Tidak perlu terburu-buru.
  • Betulkan panjang langkah dan kelajuan anda berjalan mengikut kemampuan anda dan pastikan ia sama.
  • Jika katahanan dan kekuatan otot anda meningkat, anda boleh menambah masa anda berjalan.
  • Beransur-ansur meletakkan berat badan pada kaki. Anda juga mungkin boleh mengurangkan kebergantungan kepada alat bantuan berjalan jika anda telah mendapat kekuatan otot kaki kembali.
  • Jika anda boleh berjalan dan berdiri lebih daripada 10 minit dan lutut anda cukup kuat untuk menampung berat badan sendiri (selalunya 2 ke 3 minggu selepas pmbedahan), anda sudah boleh menggunakan satu tongkat sahaja.

Naik dan turun tangga menggunakan tongkat/crutches.

\"Senaman

  • Keupayaan untuk naik dan turun tangga memerlukan kekuatan dan fleksibiliti.
  • Aktiviti menaiki tangga adalah aktiviti kekuatan dan ketahanan yang bagus.
  • Pada mulanya, anda perlu menggunakan pemegang tangga bagi memberi sokongan kepada anda untuk naik dan turun daripada tangga.
  • Pastikan anda menaiki anak tangga satu per satu dan pastikan kaki yang sihat dulu naik dan ketika turun dengan kaki yang sakit terlebih dahulu.
  • Anda mungkin memerlukan bantuan orang lain bagi membantu anda menaiki tangga sehingga kekuatan kaki anda kembali.
  • Jangan menaiki tangga yang tingginya melebihi 7 inci dan pastikan anda selalu menggunakan pemegang tangga bagi megekalkan keseimbangan badan anda.

SENAMAN DAN AKTIVITI ‘ADVANCE’

  • Setelah anda dapat menguasai berjalan jarak dekat dan beberapa langkah, aktiviti anda perlu ditingkatkan.
  • Rasa sakit sebelum dan selepas pembedahan akan melemahkan lutut anda.
  • Untuk kembali sembuh selepas pembedahan selalunya mengambil masa berbulan-bulan.

Senaman berikut dapat membantu anda kembali pulih sepenuhnya.

Berdiri sambil bengkokkan lutut

\"senaman

  • Berdiri tegak dengan bantuan tongkat atau walker, angkat paha dan bengkokkan lutut sebanyak mana yang anda mampu.
  • Tahan posisi ini selama 5 ke 10 saat dan kemudian luruskan lutut anda kembali.
  • Ulang aktiviti ini beberapa kali sehingga anda merasa letih.

Bengkokkan lutut dengan bantuan

\"Senaman

  • Anda dalam posisi baring
  • Bengkokkan lutut dan letakkan tuala pada buku lali anda seperti di dalam gambar.
  • Dengan perlahan anda tarik tuala ke arah anda.
  • Kekalkan posisi tersebut selama 5 ke 10 saat.
  • Ulangi aktiviti ini beberapa kali sehingga anda merasa letih.

Senaman lutut bersama beban (resistance)

\"senaman

  • Anda boleh meletakkan beban yang ringan pada buku lali anda dan ulangi senaman di atas.
  • Senaman rintangan/beban selalunya bermula 4 ke 6 minggu selepas pembedahan.
  • Mulakan berat 0.5 ke 1 kg, kemudian secara beransur-ansur tingkatkan berat rintangan anda.

Basikal statik

\"senaman

  • Melakukan aktiviti mengayuh basikal statik bagus bagi membantu anda mendapatkan kembali kekuatan otot kaki dan mobiliti lutut anda.
  • Perlahan-lahan tingkatkan rintangan basikal statik anda jika kekuatan kaki anda bertambah (selalunya pada minggu ke 4 atau 6).
  • Lakukan aktiviti ini 10 ke 15 minit dua kali sehari, beransur-ansur tambah masa ke 20 ke 30 minit, 3 atau 4 kali seminggu.

Sakit atau bengkak selepas senaman

  • Anda mungkin akan mengalami sakit atau bengkak di sekitar lutut selepas melakukan senaman atau aktiviti di atas.
  • Anda boleh melegakan kesakitan tersebut dengan meninggikan kaki dan tuam dengan ais sekitar lutut anda.
  • Senaman dan aktiviti di atas perlulah dilakukan dengan secara konsisten bagi meningkatkan kekuatan dan mobiliti kaki anda.
  • Rujuk doktor atau ahli fisioterapi anda jika anda mengalami masalah.

\"radng

 

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional