Apakah itu Upper Cross Syndrome?
Pernahkah anda mendengar mengenai Upper Cross Syndrome. Anda mungkin jarang mendengar mengenainya tapi mungkin anda sering melihatnya atau anda juga mungkin mengalaminya simptom-simptomnya.
- Upper Cross Syndrome adalah gejala yang berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan otot.
- Ia dipanggil “Upper” kerana melibatkan otot dibahagian atas badan anda iaitu otot sekitar dada, bahu, leher dan 1/3 daripada otot belakang anda.
- Manakala ia di panggil “Cross” kerana ketidaseimbangan antara otot yang lemah dan ketat yang membentuk ‘X’.
-
Terjadi disebabkan postur badan yang tidak bagus iaitu postur kepala ke depan dan bahu membongkok.
- Keadaan postur ini sering kelihatan pada mereka yang kerap menggunakan gadjet, membaca dan memandu.
- Penggunaan gadjet seperti komputer, telefon bimbit atau menonton TV dalam keadaan postur kepala ke depan dan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan otot leher dan otot 1/3 belakang (kawasan “thoracic”) meregang dan menjadi lemah.
- Manakala otot dada dan bahu anda memendek dan menjadi ketat.
Tanda-tanda Upper Cross Syndrome
- Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan menyebabkan perubahan pada struktur tulang belakang leher dan “thoracic” anda.
- Perubahan ini akan memberi tekanan pada otot, tulang dan sendi sekitarnya.
- Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti sakit kepala, leher, bahu dan kawasan tulang belikat (scapula).
- Seterusnya, sukar duduk, memandu, menonton TV dan membaca disebabkan oleh rasa sakit, kebas atau kaku pada leher atau lengan ketika berada dalam postur yang sama untuk satu jangka masa yang lama.
- Jangan risau jika anda mempunyai masalah Upper Cross Syndrome kerana terdapat pelbagai senaman regangan dan kekuatan yang boleh membantu megurangkan simptom-simptomnya.
Fakta-fakta ringkas mengenai Upper Cross Syndrome:
- Biasanya ia berlaku disebabkan oleh keadaan postur kepala yang tidak betul ketika melakukan pekerjaan yang menggunakan komputer, duduk atau berdiri yang lama.
- Simptomnya termasuklah kekakuan atau sakit pada bahagian leher dan 1/3 belakang badan (kawasan “thoracic”).
- Ketidakseimbangan otot yang terlibat selalunya disebabkan otot yang ketat dan lemah dan rawatan utamanya adalah dengan menguatkan otot yang lemah dan meregangkan otot yang ketat.
ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA UPPER CROSS SYNDROME?? KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI CARA MUDAH BAGI MENGATASI MASALAH INI!!
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile
Post Views: 1,301