Persediaan Sebelum Total Knee Replacement (TKR): Panduan Lengkap Untuk Pesakit Lutut
Total Knee Replacement (TKR) atau pembedahan penggantian sendi lutut kini semakin kerap dijalankan, terutama untuk pesakit lutut kronik akibat osteoarthritis, kecederaan, atau kerosakan sendi yang teruk. Namun, kejayaan TKR sangat bergantung kepada persediaan pesakit sebelum pembedahan. Artikel ini akan membimbing anda dengan langkah-langkah penting sebelum TKR supaya anda kembali aktif dan bebas sakit.
Apa Itu Total Knee Replacement (TKR)?
Total Knee Replacement (TKR) adalah prosedur di mana permukaan sendi lutut yang rosak digantikan dengan komponen buatan (prosthesis). Tujuan utama TKR ialah mengurangkan kesakitan, memulihkan fungsi lutut, dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Kenapa Persediaan Sebelum TKR Penting?
- Mengurangkan risiko komplikasi selepas pembedahan
- Mempercepatkan pemulihan fungsi lutut
- Menurunkan kadar stres dan kebimbangan
- Meningkatkan keyakinan pesakit terhadap hasil pembedahan
Langkah-Langkah Persediaan Sebelum TKR
- Penilaian Pra-Pembedahan
- Pemeriksaan kesihatan menyeluruh (jantung, tekanan darah, gula, darah)
- Ujian darah, X-ray, ECG, kadang-kadang MRI
- Pastikan tiada jangkitan atau penyakit aktif
- Pengurusan Ubat-Ubatan
- Maklumkan semua ubat/supplement kepada doktor
- Hentikan ubat pencair darah (jika diarahkan doktor)
- Pantau kawalan gula bagi pesakit diabetes
- Persediaan Mental & Emosi
- Fahami proses TKR dan pemulihan
- Sediakan sokongan keluarga/penjaga
- Tanya semua soalan kepada doktor untuk keyakinan diri
- Senaman & Fisioterapi Pra-Pembedahan
Kenapa Fisioterapi Awal Penting?
- Menguatkan otot sekitar lutut: Fokus pada quadriceps, hamstring, dan otot pinggul untuk kestabilan selepas pembedahan.
- Meningkatkan julat pergerakan (range of motion): Elak sendi menjadi kaku selepas TKR.
- Latihan pernafasan & mobilisasi: Kurangkan risiko komplikasi paru-paru.
- Meningkatkan keyakinan: Pesakit sudah biasa dengan latihan yang akan dilakukan selepas pembedahan.
- Rancang Keperluan di Rumah
- Pastikan rumah selamat & mudah diakses (tiada halangan, handrail, kerusi stabil)
- Sediakan tongkat atau walker jika perlu
- Pengurusan Berat Badan
- Kawal berat badan sebelum pembedahan untuk kurangkan tekanan pada lutut baru
- Berhenti Merokok & Kawal Alkohol
- Merokok/alkohol tingkatkan risiko komplikasi dan lambatkan pemulihan
Fisioterapi Sebelum & Selepas TKR: Kunci Pemulihan Cepat
Fisioterapi awal sebelum dan selepas TKR terbukti secara klinikal mempercepatkan pemulihan, mengurangkan komplikasi, dan membolehkan pesakit kembali aktif dengan lebih yakin.
- Sebelum TKR: Senaman pengukuhan otot, latihan range of motion, latihan pernafasan
- Selepas TKR: Pengurusan luka & bengkak, latihan berjalan dengan walker/tongkat, latihan aktiviti harian (duduk/bangun, naik tangga), latihan keseimbangan & propriosepsi
Program Physiomobile disusun khusus mengikut keperluan individu – sama ada di rumah atau di pusat fisioterapi kami.
FAQ & Tips Persediaan Sebelum TKR
- Q: Berapa lama perlu berpuasa sebelum TKR?
A: Biasanya 6–8 jam, ikut arahan hospital. - Q: Perlu sediakan peralatan bantuan berjalan sebelum discharge?
A: Ya, walker/tongkat penting untuk keselamatan selepas pembedahan. - Q: Bila boleh mula bergerak selepas TKR?
A: Kebanyakan pesakit akan dibantu berdiri & berjalan seawal hari pertama dengan bimbingan fisioterapi.
Kenapa Pilih Physiomobile Untuk Fisioterapi Pra & Pasca TKR?
- Pakar fisioterapi berpengalaman & terlatih
- Rawatan one-to-one di rumah atau klinik
- Program latihan peribadi untuk pemulihan optimum
- Sokongan penuh kepada pesakit & keluarga sepanjang proses
Physiomobile – Enriching Quality of Life
Reference : TKR Article
BACA LAGI : Memahami Punca Sakit Lutut