Dapatkan Rawatan Fisioterapi Terbaik di PhysioMobile Johor Bahru

Physiomobile – Pilihan Rawatan Terbaik buat Pesakit Slip Disc dan Strok di Johor Bahru.

 

physiomobile wangsa

 

Bagi penduduk Johor Bahru, ada berita baik untuk anda. Kini, anda boleh mendapatkan rawatan di Physiomobile Johor Bahru yang bertempat di Adda Heights

Sebelum itu, mari ketahui lebih lanjut mengenai rawatan fisioterapi.

 

Apa itu rawatan fisioterapi?

 

Fisioterapi merupakan satu rawatan secara menyeluruh penjagaan kesihatan.

Ia bertujuan untuk mengembalikan fungsi fizikal pesakit selepas menghadapi masalah kesihatan kronik mahupun kecederaan.

Rawatan fisioterapi juga dikenali sebagai pemulihan rehabilitasi  fizikal.

Pesakit akan diajar untuk melakukan pergerakan pada bahagian anggota badan yang bermasalah dan terlibat.

Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui diagnosis, pemeriksaan dan rawatan fizikal serta senama khusus berpandukan kajian-kajian terbaru dan fakta yang tepat.

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan sebagai rawatan. Antaranya seperti terapi manual, terapi senaman dan elektroloterapi.

 

Objektif rawatan fisioterapi

 

Physio at hospital

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, rawatan terapi fizikal dijalankan untuk mencapai beberapa objektif:

  • Membantu dalam merawat dan penjagaan pesakit yang terlantar di rumah ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit.
  • Memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga bagi meningkatkan penjagaan diri.
  • Membantu pesakit meneruskan rawatan (continuity of care) dan penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital.
  • Untuk menggalakkan penyertaan keluarga dan masyarakat dalam pengendalian pesakit terlantar bagi mengurangkan risiko kemasukan semula ke hospital.
  • Meningkatkan dan mengekalkan julat pergerakan sendi.

 

Pusat fisioterapi Physiomobile – Adda Heights Johor Bahru

 

Physiotherapy Adda Heights

 

Anda boleh mendapatkan rawatan terapi fizikal di pusat fisioterapi atau di hospital.

Kebiasaannya, pesakit akan dirujuk oleh doktor pakar ke bahagian fisioterapi dan rehabilitasi di hospital.

Namun di hospital, pasti ramai pesakit lain yang ingin dapatkan rawatan. Anda mungkin terpaksa menunggu giliran dan mengambil masa yang lama.

Anda juga boleh dapatkan rawatan di pusat fisioterapi yang terletak berdekatan dengan rumah anda.

Pastikan rawatan diberikan oleh ahli fisioterapi yang mempunyai kelulusan.

Jika anda menetap di sekitar Johor Bahru, anda boleh segera dapatkan rawatan di Physiomobile Johor Bahru – Adda Heights.

 

Servis yang ditawarkan

 

Rawatan Sendi Lutut

 

Pelbagai servis dan rawatan yang ditawarkan di PhysioMobile Johor Bahru.

Antaranya seperti:

  1. Rawatan sakit tulang belakang dan pinggang
  2. Rawatan sakit leher
  3. Rawatan sakit lutut
  4. Rawatan sakit bahu
  5. Rawatan untuk strok
  6. Rawatan kecederaan sukan
  7. Rawatan sakit kepala (tension headache)
  8. Servis fisioterapi ke rumah
  9. Servis fisioterapi korporat

 

Physiomobile di Johor Bahru

 

Physiomobile merupakan servis fisioterapi yang menyediakan rawatan terapi fizikal berkualiti tinggi.

Selain di Johor Bahru, pusat terapi fizikal ini juga telah membuka cawangan lain di Shah Alam , Wangsa Melawati, Bandar Baru Bangi, Kota Damansara dan beberapa kawasan luar yang mereka akan cover untuk rawatan ke rumah juga.

Rawatan yang diberikan adalah berpandukan Teknik Manual Terapi yang banyak diamalkan di Negara-negara maju seperti Australia, UK, dan New Zealand juga

Ia merupakan satu teknik yang berkesan dan disokong oleh bukti saintifik yang kukuh. Ia juga telah terbukti sebagai salah satu teknik fisioterapi yang berkesan.

Selain itu, semua ahli fisioterapi di PhysioMobile merupakan ahli terapi yang terlatih dan berkelulusan.

Kesemua mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.

Di Physiomobile Johor Bahru, anda boleh membuat pilihan samada ingin mendapatkan rawatan di klinik atau di rumah anda sendiri.

Sekiranya anda sukar untuk bergerak, pasukan Physiomobile akan ke rumah anda.

Oleh itu, anda boleh dapatkan rawatan berkualiti tinggi dengan selesa di rumah anda sendiri.

Dapatkan rawatan fisioterapi terbaik di Physiomobile Johor Bahru.

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional