GOLFER\’S ELBOW

Golfer’s elbow’ atau ‘medial epicondylitis’ adalah kecederaan yang berlaku disebabkan penggunaan berlebihan yang menyebabkan anda berasa sakit pada bahagian dalam siku.

SIMPTOM-SIMPTOM:

• Rasa sakit ketika: – disentuh pada bahagian yang timbul di siku – melakukan aktiviti menggenggam tangan. – membengkokkan pergelangan tangan ke bawah sambil melawan bebanan. – memusingkan pergelangan tangan.

• Anda akan berasa lemah pada tangan yang terlibat.

• Terjadi secara berperingkat dan menyebabkan anda berasa tidak selesa dengan kekerapan kekakuan yang berlaku sebelum ia menjadi sakit dan hilang fungsi.

Penyebab/ punca

Masalah Golfer’s elbow biasanya berpunca daripada:

• Pergerakan berulang membengkokkan pergelangan tangan, terutama ketika melawan rintangan. • Ia juga boleh terjadi apabila anda melakukan aktiviti melontar. • Selepas melakukan aktiviti berulang untuk tempoh yang lama. • Ia juga boleh berlaku disebabkan tendon otot pergelangan tangan anda pada bahagian dalam siku menjadi radang dan sakit.

Rawatan:

• Untuk keadaan akut (acute) dan sakit aplikasikan prinsip PRICE (protection, rest, ice, compression dan elevation).

• Gunakan rawatan sejuk dan balut kawasan yang terlibat selama 10 ke 15 minit setiap satu jam.

• Selepas beberapa jam anda boleh kurangkan kepada 3 ke 4 kali sehari.

• Dalam keadaan kronik rawatan panas/haba boleh digunakan. Haba akan membantu melancarkan peredaran darah.

• Rehat. Golfer elbow tidak dapat sembuh jika tidak diberi masa untuk rehat.

• Berterusan menggunakan pergelangan tangan yang cedera akan menyebabkan kecederaan menjadi kronik dan menyukarkan proses penyembuhan.

• Selepas 3 hari anda boleh menggunakan rawatan haba atau memakai penyokong siku (elbow support).

• Pendakap siku (elbow brace) membantu mengurangkan ketegangan (strain) pada tendon dan melegakan tekanan pada bahagian yang sakit.

• Fisioterapi juga boleh menggunakan alatan seperti ultrasound untuk membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan dan membantu proses penyembuhan.

• Ubat anti-keradangan seperti ibuprofen mungkin akan diberikan oleh doktor anda bagi mengurangkan kesakitan dan keradangan.

• Urutan sukan (sport massage) boleh diaplikasikan pada tendon dan otot-otot anda.

• Urutan cross friction pada tendon juga dapat membantu jika kecederaan menjadi kronik atau tidak memberi tindak balas pada rawatan awal rehat dan ais.

• Urutan sukan pada otot-otot lengan anda dapat membantu mengurangkan tekanan pada otot dan memulihkan fungsinya di mana ia akan membantu mengurangkan ketegangan (strain) pada tendon siku anda.

• Suntikan steroid mungkin boleh disarankan jika rawatan konservatif lain tidak berkesan.

• Golfer elbow boleh sembuh dalam beberapa minggu tetapi ia juga boleh sembuh dalam beberapa bulan, bergantung pada rawatan awal yang diberikan iaitu rehat daripada melakukan aktiviti yang menyebabkan sakit dan keradangan pada siku anda untuk beberapa hari.

Kemas Kini Klinikal

  • Pengurusan biasanya melibatkan pelarasan beban aktiviti dan latihan kekuatan progresif untuk lengan bawah.
  • Dos latihan perlu disesuaikan dengan simptom; kesakitan yang meningkat berpanjangan menandakan beban perlu dinilai semula.
  • Kebas, kelemahan nyata atau trauma signifikan memerlukan pemeriksaan lanjut.

Rujukan: Physiopedia

Update fisioterapi: penilaian individu lebih penting daripada rawatan umum

Dikemaskini berdasarkan prinsip umum rehabilitasi dan preskripsi senaman yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.

  • Setiap keadaan pesakit berbeza, jadi cadangan latihan atau rawatan perlu disesuaikan dengan pemeriksaan dan matlamat fungsi.
  • Pantau perubahan sakit, pergerakan, kekuatan dan keupayaan aktiviti harian, bukan hanya satu simptom sahaja.
  • Dapatkan penilaian profesional jika simptom semakin teruk, berulang atau mengganggu kerja, tidur dan aktiviti harian.
Gambar rawatan fisioterapi oleh Physiomobile

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.

WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan

Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional