Kepala Sering Berputar? Ketahui 3 Punca Vertigo Ini!
Vertigo ialah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil. Pesakit akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling kita berpusing.
Punca-punca vertigo
Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga. Antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:
[1] BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo)
BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak. Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.
[2] Meniere’s disease
[3] Vestibular neuritis or labyrinthitis
Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:
- Kecederaan leher atau otak.
- Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok.
- Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga.
Simptom-simptom vertigo
Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.
Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:
- Rasa seperti berpusing
- Rasa seperti senget
- Rasa terawang-awangan.
- Rasa tidak seimbang/ mudah jatuh.
- Rasa seperti ditarik ke satu arah
Simptom-simptom lain termasuk:
- Rasa loya.
- Muntah.
- Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus)
- Sakit kepala.
- Berpeluh tanpa sebab.
- Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran
Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.
You Might Also Like
Vertigo boleh dirawat dan pelbagai rawatan yang boleh digunakan contoh melalui ubat - ubatan dan lain lain lagi.
Berlaku disebabkan ketika melakukan aktiviti fizikal atau posisi tidur yang salah. Boleh dirawat dengan melakukan senaman yang bersesuai. Jom senaman leher.
Strok atau angin ahmar sering terjadi kepada mereka yang mempunyai berkaitan dengan saluran darah ke otak dan memberi kesan buruk
Tisu lembut dalam tubuh manusia memerlukan masa bagi proses penyembuhan supaya tisu dalam otot badan dapat berfungsi dengan lebih baik.
Share this post