Sakit Tumit Kaki: Langkah-Langkah Praktikal untuk Kesihatan Kaki yang Lebih Baik

Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki. Jadi, jangan ambil mudah tentang hal ini. 

Tak kiralah anda tidak aktif bersukan atau bukan dalam kalangan umur untuk sakit tumit, anda masih terdedah dengan faktor persekitaran yang akan menyebabkan anda sakit.

Ingin tahu lebih lanjut? Baca artikel ini untuk mengetahui puncanya dan mungkin anda boleh mendapat penyelesaian untuk merawat sakit tumit kaki.

sakit tumit

Apa Itu Sakit Tumit?

Pada masa kini, penyakit tidak lagi mengenal usia,  dahulu penyakit sinonim dikatakan menyerang golongan lebih berusia tetapi kini golongan muda juga tidak terkecuali daripada terkena pelbagai jenis penyakit.

Gaya hidup dan cara pemakanan yang tidak sihat serta sejarah penyakit daripada keluarga juga menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan yang dihadapi oleh orang ramai pada hari ini.

Siapa yang pernah merasai sakit tumit kaki memang akan terasa seksa untuk berjalan.

Setiap kali bangun tidur pasti kaki tak dapat memijak lantai dengan baik dan jalan pun terhencut-hencut.

Sakit tumit kaki terjadi oleh plantar fasciitis, iaitu satu keadaan sindrom bonjolan tulang dan berlaku di bahagian bawah tulang tumit.

Dalam Bahasa Inggeris, sakit tumit kaki dipanggil heel spur syndrome. 

Antara faktor yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki adalah fraktur tekanan, tendonitis, artritis, kerengsaan saraf dan cyst (paling jarang berlaku).

Punca Sakit Tumit

Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan masalah ini berlaku.

[1] Plantar Fasciitis

Plantar Fasciia merupakan tisu di bahagian tapak kaki yang berperanan menyamaratakan tekanan di bahagian kaki.  Hal ini terjadi disebabkan berlaku keradangan di bawah kaki, kerana berjalan dalam tempoh yang lama.

[2] Pad Lemak Kaki Berkurang

Terjadi di kalangan mereka yang menghidap sakit autoimun, iaitu tisu lemak di bahagian tumit berkurangan dan menyebabkan fungsi lemak untuk menyerap hentakan di bahagian kaki berkurangan.

Ini menyebabkan bahagian bawah kaki mengalami kecederaan dan sakit tumit.

[3] Calcaneal Spur

Ada wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh yang lama. 

Keadaan ini akan menyebabkan tekanan di bahagian tumit dan tulang tumbuh secara tidak normal pada bahagian tulang tumit kaki.

[4] Tarsal Tunnel Syndrome

Saraf di bahagian kaki dihubungkan oleh satu terowong.  

Jika saraf berkenaan dihimpit atas beberapa sebab maka ia akan mendatangkan kesakitkan pada tumit.

sakit tumit kaki

[5] Keradangan Tisu Badan

Keadaan di mana sel darah putih akan menyerang sel badan sendiri dan akhirnya menyebabkan keradangan dan rasa sakit pada kawasan badan yang diserang.

Sakit tumit kaki boleh terjadi jika sel darah putih menyerang di bahagian kaki.

Petua Hilangkan Sakit Tumit Kaki

Ada pelbagai petua turun-temurun orang-orang terdahulu yang dikatakan mampu merawat sakit tumit kaki.

Antara yang paling terkenal adalah penggunaan buah betik muda, buah betik muda berkenaan dibakar di atas api dapur sehingga hangus.

Selepas dibakar, angkat dan alaskan dengan kain yang tebal, letak kaki di atas betik dan biarkan lama sehingga betik menjadi suam.

Buka kain dan tekan dengan kaki pada betik tersebut sehingga berlubang, rendam tumit ke dalam air betik tadi.

Rawatan Fisioterapi yang boleh anda dapatkan.

Ada beberapa kaedah rawatan yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan dan menghilangkan sakit tumit kaki yang dialami.

[1] Senaman Tapak Kaki

Amalkan regangan tapak kaki supaya aliran oksigen dan darah di kawasan kaki dan tumit lancar.

Caranya, duduk di atas kerusi dan silangkan kaki ke atas satu lagi lutut, bengkokkan pangkal jari dan tarik ke arah badan sehingga anda dapat rasa regangan yang selesa.

Tahan regangan sehingga 30 saat dan ulang sebanyak lima hingga 10 kali tanpa membuatkan ia berasa sakit.

[2] Senaman Heel Spurs

  1. Dalam keadaan berdiri dengan satu kaki lurus (kaki belakang) dan satu lagi bengkok (kaki hadapan), pastikan tapak kaki tidak terangkat.
  2. Gerakkan badan ke hadapan sehingga tapak kaki dan otot betis terasa tegang.
  3.  Tahan kedudukan ini selama 10 saat, rehat dan luruskan kaki anda semula.   
  4. Lakukan sebanyak 20 kali untuk setiap tumit kaki.

Untuk lebih lanjut, dapatkan cara senaman di sini.

[3] Rendaman Kaki

Sediakan air suam yang dicampur garam kasar dan rendam kaki sehingga setengah jam sehingga tumit kaki berasa lebih relaks.

Penggunaan bahan ini dapat mengurangkan ketegangan otot dan dapat membantu mengurangkan masalah tumit kaki.

[4] Steroid

Ramai memilih rawatan ini selepas beberapa kaedah yang disebut seperti di atas tidak menampakkan kesan positif.

Cara ini akan memberi rasa selesa pada tumit kaki namun mempunyai kesan negatif lain seperti fat pad athropy.

Sekiranya anda sedang mencari rawatan fisioterapi sama ada untuk sakit belakang, sakit leher, sakit lutut, pemulihan strok atau kecederaan sukan, dapatkan khidmat tersebut di Physiomobile.

Physiomobile merupakan pusat fisioterapi terbaik dengan menggunakan Manual Terapi dan menyediakan rawatan dari rumah ke rumah yang berkualiti tinggi.

Mereka juga mempunyai rehab yang komprehensif dan intensif kepada pesakit yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.

You Might Also Like

Flat Foot:
Dimana individu tersebut mempunyai tapak kaki yang rata dan tidak normal dengan orang disekitar mereka.
Hallux Valgus:
Benjolan yang terdapat di sekitar ibu jari yang memberi ketidakselesaan kepada individu terutama sekali ketika mencari kasut
Cara Atasi Masalah Flat Foot:
Dengan mendapatkan rawatan daripada fisioterapi yang bertauliah .
Strain and sprain
Disebabkan oleh masalah yang melibatkan ligamen dan tisu yang berkaitan

Share This Post 

Facebook
Twitter
LinkedIn