Fisioterapi vs Arthroscopy Lutut Degeneratif: Mana Lebih Berbaloi?
Ramai pesakit osteoarthritis (OA) lutut degeneratif sangka pembedahan adalah jalan paling cepat untuk hilangkan sakit. Tetapi menurut satu analisis dan cadangan klinikal yang diterbitkan dalam British Medical Journal (BMJ), prosedur pembedahan arthroscopy lutut (pembedahan “masuk scope”/cuci sendi) tidak sepatutnya menjadi pilihan utama untuk kes lutut degeneratif — terutamanya jika pesakit masih mampu dan sesuai menjalani rawatan fisioterapi.
Kenapa arthroscopy lutut bukan “best option” untuk OA degeneratif?
Panel pakar yang melibatkan pelbagai disiplin (termasuk pakar bedah, ahli fisioterapi, dan pengamal perubatan) menilai dapatan kajian dan merumuskan bahawa:
✅ Kesan arthroscopy biasanya kecil dan jangka pendek
✅ Kos tinggi + perlukan tempoh pemulihan
✅ Ada risiko sakit tambahan, ketidakselesaan, dan gangguan fungsi semasa recovery
✅ Ramai pesakit melaporkan sakit hanya berkurang sedikit dalam beberapa bulan awal, dan boleh kembali semulaselepas tempoh tertentu
Berdasarkan analisis puluhan kajian berkaitan kesan arthroscopy terhadap kesakitan dan fungsi lutut, kesimpulan utama ialah:
Untuk OA lutut degeneratif, arthroscopy jarang memberi manfaat jangka panjang yang bermakna berbanding rawatan konservatif.
Jadi, apa yang lebih berkesan?
Pendekatan konservatif (tanpa pembedahan) seperti:
Fisioterapi berstruktur
Senaman ringan & progressive strengthening
Pendidikan pengurusan sakit & aktiviti harian
Pengubahsuaian gaya hidup (berat badan, aktiviti, rutin)
Ubat penahan sakit yang sesuai (ikut nasihat doktor)
…didapati lebih konsisten membantu kurangkan sakit dan tingkatkan fungsi pergerakan dalam jangka masa lebih panjang — bila dibuat dengan teknik yang betul dan disiplin yang konsisten.
Realitinya: Bukan semua orang sama
Walaupun fisioterapi sering jadi pilihan terbaik, masih ada kes tertentu yang perlukan pertimbangan lain — contohnya jika ada simptom spesifik atau struktur tertentu yang perlukan penilaian pakar.
Sebab itu approach yang betul ialah:
1) Mulakan dengan fisioterapi & program senaman yang tepat
2) Pantau progres (4–8 minggu)
3) Jika tak capai outcome, barulah escalate ke pilihan seterusnya bersama doktor
Nak mula rawatan yang betul untuk OA Lutut?
Di Physiomobile, rawatan OA lutut bukan sekadar “buat exercise general”. Kami fokus pada:
Assessment punca sakit (mechanical vs inflammatory, weakness pattern, mobility)
Manual therapy bila sesuai (kurangkan kekejangan & improve movement)
Program senaman ikut tahap sakit (ringan → progresif)
Pelan home exercise yang realistic untuk konsisten
Klik sini untuk hubungi team Physiomobile (WhatsApp) untuk semakan kes & cadangan program yang sesuai.
![]()


