Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Kenapa Anak Lambat Berjalan? Ketahui Global Developmental Delay (GDD) & Rawatan Fisioterapi Kanak-Kanak

Kenapa Pilih Physiomobile?
  • Rawatan disesuaikan mengikut keadaan pesakit – di rumah atau di klinik
  • Fisioterapi berpengalaman sejak 2016
  • Lebih 45,000 pesakit sudah dirawat
  • Buka setiap hari & 100% dilakukan oleh ahli fisioterapi bertauliah
  • Berdaftar sebagai panel dengan penyedia TPA utama: PMCare, Compumed, MedKad, ASP, dan SelCare
  • Rangkaian lebih 170 ahli fisioterapi profesional – meliputi seluruh Semenanjung Malaysia
  • Kadar kepuasan pelanggan tinggi – lebih 80% datang semula atau hasil rujukan ahli keluarga
Dapatkan Konsultasi Pakar Sekarang

Pernah tak anda jumpa anak kecil yang masih merangkak walaupun sudah berusia lebih setahun? Ibu bapa tentu risau, apatah lagi jika anak lambat bercakap, lambat berjalan atau kurang bergaul. Ramai tidak sedar, ini mungkin petanda awal Global Developmental Delay (GDD) – masalah perkembangan kanak-kanak yang tidak boleh dipandang ringan!

Artikel ini akan terangkan apa itu GDD, tanda-tanda, punca, serta cara rawatan paling efektif untuk bantu anak anda. Jangan tunggu lambat – rawatan awal mampu ubah masa depan si kecil!

Apa Itu Global Developmental Delay (GDD)?

Global Developmental Delay (GDD) ialah istilah perubatan bagi keadaan di mana kanak-kanak lambat mencapai perkembangan tertentu berbanding usia sebenar. Ini termasuk aspek motor kasar, motor halus, kognitif, bahasa, sosial, emosi dan penglihatan. Biasanya dikesan pada kanak-kanak bawah 5 tahun, tetapi ada yang menunjukkan tanda sejak bayi lagi.

GDD didiagnos bila anak lambat capai dua atau lebih kategori perkembangan utama berbanding rakan sebaya.

Simptom & Tanda-Tanda Anak Ada GDD

  • Bayi 6 bulan tidak mampu berguling
  • Bayi 8 bulan tidak boleh duduk tanpa sokongan
  • Bayi 12 bulan belum boleh merangkak
  • Bayi 15 bulan belum mampu berjalan
  • Lambat bercakap, tidak faham arahan mudah
  • Kurang minat bermain atau tidak respon pada suara/ahli keluarga
  • Sukar fokus, mudah hilang perhatian

Tidak semua kanak-kanak tunjuk simptom sama. Jika ada keraguan, dapatkan penilaian awal dari pakar.

Punca-Punca Global Developmental Delay (GDD)

  • Faktor genetik (seperti sindrom Down, gangguan kromosom)
  • Masalah perkembangan otak (cerebral palsy, jangkitan waktu lahir/pramatang)
  • Keracunan bahan kimia atau plumbum
  • Komplikasi ketika hamil/kandungan atau waktu kelahiran
  • Penyakit berjangkit serius seperti meningitis, rubella

Namun, ada juga kes GDD yang tiada punca khusus (idiopatik).

Kategori Kelewatan Perkembangan Kanak-Kanak

  1. Motor Kasar & Halus Lambat – Contoh: Tak boleh berguling (6 bulan), duduk tanpa sokongan (8 bulan), merangkak (12 bulan), berjalan (15 bulan), pegang objek kecil.
  2. Bahasa & Pertuturan Lambat – Gagal bertutur dalam ayat pendek walau usia 3 tahun, keliru menyebut nama sendiri.
  3. Sosial & Emosi Lambat – Tak suka berkawan, mudah malu atau takut, suka bersendiri.
  4. Kognitif Lambat – Tak faham arahan mudah, tak minat mainan, sukar fokus.

Rawatan Kanak-Kanak GDD di Physiomobile

Semakin awal rawatan dimulakan, semakin cerah peluang anak capai potensi penuh mereka. Antara rawatan utama:

  • Terapi Pertuturan: Melatih komunikasi & kefahaman arahan.
  • Terapi Cara Kerja (Occupational): Melatih keupayaan buat aktiviti harian.
  • Fisioterapi Kanak-Kanak: Fokus pada latihan pergerakan, kekuatan, koordinasi, termasuk kaedah Bobath Method, Play Therapy, Neurodevelopmental Technique, Constraint-Induced Therapy – semua boleh didapati di Physiomobile!
Risau anak lambat berjalan, bercakap, atau ada masalah pergerakan?
Segera dapatkan penilaian & rawatan kanak-kanak bersama fisioterapi profesional Physiomobile.
KLIK UNTUK KONSULTASI RAWATAN KANAK-KANAK

Soalan Lazim Tentang GDD & Fisioterapi Kanak-Kanak

1. Adakah GDD boleh pulih sepenuhnya?
GDD biasanya memerlukan rawatan jangka panjang & pemantauan rapi. Namun, rawatan intensif dari awal membolehkan ramai anak mencapai perkembangan sangat baik.

2. Bila masa terbaik dapatkan rawatan?
SEGERA selepas perasan simptom! Jangan tunggu “nanti boleh sendiri” – peluang perkembangan maksimum pada awal kanak-kanak.

3. Perlu jumpa doktor pakar dulu?
Tak wajib, boleh terus ke fisioterapi Physiomobile untuk penilaian awal – rawatan segera lebih baik!
Jangan tunggu lama! Rawatan awal adalah kunci masa depan anak anda.
Dapatkan Konsultasi Percuma Sekarang

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional