Rawatan Kecederaan Sukan Terbaik di Malaysia

Kenapa anda perlu sentiasa bersedia untuk rawatan kecederaan sukan. Bersenam merupakan amalan yang bagus untuk kesihatan anda. Namun begitu, kadangkala seseorang boleh mengalami kecederaan sukan. Kemalangan, amalan latihan yang buruk, atau peralatan yang tidak betul merupakan punca utama masalah itu. Sesetengah orang juga boleh tercedera kerana mereka tidak cergas. Apakah rawatan kecederaan sukan terbaik untuk dilakukan?

Tidak memanaskan badan atau melakukan regangan dengan secukupnya juga boleh menyebabkan kecederaan ketika bersukan.

Terdapat dua jenis kecederaan akibat bersukan iaitu akut dan kronik. Kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba, seperti buku lali terseliuh dikenali sebagai kecederaan akut.

Kecederaan yang kronik berlaku disebabkan oleh penggunaan kumpulan otot atau sendi yang berulang dan berlebihan dan ia boleh menyebabkan kecederaan kekal.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang kecederaan lazim, tanda-tanda anda mengalami kecederaan sukan serta amalan PRICE.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

 

Kecederaan Lazim Ketika Bersukan

 

7 kecederaan lazim yang sering berlaku ketika seseorang sedang bersukan.

  • Kecederaan pada lutut
  • Kecederaan di tendon Achilles
  • Fraktur tulang
  • Otot bengkak
  • Sendi beralih dari tempat asal
  • Otot cedera dan tegang
  • Tulang tibia sakit

 

Tanda-tanda Anda Mengalami Kecederaan Sukan

Semasa bersukan, ramai yang tidak perasan bahawa mereka telah tercedera. Oleh itu, mereka sambung bersukan dalam keadaan itu.

Ini berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius dan kekal. Jadi, ia sangat penting untuk anda mengenal pasti kecederaan anda dan merawatnya dengan secepat mungkin.

Rawatan yang cepat terhadap sebarang kecederaan sukan adalah sangat penting kerana anda mungkin cedera lebih teruk daripada yang anda fikirkan.

Sebagai contoh, anda mungkin rasa seperti anda hanya terseliuh buku lali, tetapi sebenarnya anda mungkin mengalami tulang yang patah.

Terdapat beberapa gejala atau tanda-tanda yang boleh dikenal pasti bagi mengesahkan anda telah mengalami kecederaan ketika anda bersukan. Antaranya ialah:

  • Sakit kepala disebabkan oleh terhantuk yang menyebabkan kecederaan pada otak
  • Timbul bengkak di bahagian yang tercedera
  • Rasa sakit di bahagian yang tercedera
  • Kecacatan struktur seperti tulang patah atau terseliuh di bahagian yang tercedera
  • Rasa pening akibat kecederaan otak
  • Lebam-lebam yang biru di bahagian yang tercedera
  • Rasa loya dan muntah-muntah akibat kecederaan otak
  • Bahagian yang tercedera tidak boleh berfungsi dengan betul disebabkan oleh tulang patah atau beralih dan sendi koyak

Anda perlu ingat bahawa anda boleh mengalami lebih dari satu gejala dalam masa yang sama.

 

Amalkan PRICE

Bengkak merupakan kecederaan sukan yang sering berlaku ketika seseorang sedang bersukan.

Kebanyakan lebam terbentuk apabila saluran darah kecil, atau dikenali sebagai kapilari, berhampiran permukaan kulit pecah akibat hentakan atau kecederaan.

Apabila ini berlaku, darah akan bocor keluar dari saluran darah kecil tersebut dan pada akan muncul pada permukaan kulit sebagai warna hitam-biru.

Badan anda akan menyerap semula darah, dan tanda lebam itu hilang. Namun begitu, lebam yang banyak boleh menyebabkan gangguan pergerakan dan melambatkan proses penyembuhan.

Protokol PRICE merupakan protokol pertolongan cemas yang dapat bantu kurangkan bengkak serta tolong cepatkan proses penyembuhan kecederaan anda.

  • P – ‘protect’ atau lindungi daripada kecederaan lain. Jika anda telah mengalami kecederaan yang teruk, lindungi kawasan yang tercedera itu dengan splint, pad atau tongkat (crutches) supaya kecederaan tersebut tidak akan menjadi lebih teruk.
  • R — restrict activity atau kurangkan sebarang aktiviti yang boleh menambah kecederaan pada kecederaan yang ada. Kekal duduk atau baring di satu tempat sahaja dan elak menggerakkan bahagian yang tercedera tersebut.
  • I — ice. Letakkan pek ais pada kawasan yang tercedera. Ais dapat bertindak sebagai agen anti-keradangan. Tekapkan pek ais pada bahagian tercedera selama 20 minit setiap satu atau dua jam dalam 48 jam pertama selepas kecederaan.

Jangan sapukan minyak atau apa-apa krim panas pada waktu ini kerana ia akan menggalakkan berlakunya keradangan dan bengkak yang lebih teruk.

  • C— compression atau memberi tekanan pada kecederaan. Gunakan ‘bandage’ dan balut kawasan yang cedera bagi mengurangkan bengkak.

Pastikan anda tidak membalut bahagian tercedera tersebut dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan rasa sakit yang lebih teruk.

  • E — elevate atau tinggikan kawasan yang cedera. Kawasan yang cedera perlu ditinggikan melebihi paras jantung bagi mengurangkan bengkak dan elak berlakunya edema. Anda digalakkan untuk meninggikan bahagian yang tercedera ini sekerap mungkin.

Kesimpulannya, jika anda mengalami kecederaan sukan, anda boleh mengamalkan protokol PRICE ini bagi membantu kecederaan anda sembuh dengan lebih cepat.

Jika anda mencari pusat rawatan fisioterapi yang terbaik di Malaysia, anda disarankan untuk memilih kami di Physiomobile!

 

Mengapa anda perlu memilih Physiomobile?

5 sebab-sebab anda perlu memilih Physiomobile:

  • Waktu rawatan bermula daripada 9AM hingga 10PM
  • Menyediakan rawatan ke rumah pesakit
  • Ahli fisioterapi di Physiomobile adalah profesional dan terlatih
  • Lebih daripada 25,000 pesakit sudah menerima rawatan fisioterapi Physiomobile
  • Pusat rawatan fisioterapi di Physiomobile merupakan panel bagi PM Care dan juga Perkeso

Usah tangguh lagi! Segera dapatkan perkhidmatan fisioterapi yang efektif dari kami sekarang.

 

Ingin Mendapatkan Rawatan Untuk Sakit Anda?