Rawatan Sciatica Terbaik Tanpa Pembedahan | Physiomobile

sciatica treatment

Tahukah anda bahawa sakit belakang yang menjalar ke kaki mungkin bukan sekadar keletihan biasa atau salah urat? Ia boleh jadi tanda sciatica – satu keadaan yang berlaku apabila saraf di tulang belakang tertekan, biasanya disebabkan oleh slip disc. Baca lanjut untuk mengetahui info sciatica dan rawatan terbaik

Dalam kajian terkini oleh Journal of Physiotherapy, pakar mendapati bahawa rawatan fisioterapi berstruktur adalah pendekatan paling selamat dan berkesan untuk menangani masalah ini.


rawatan sciatica terbaik
Rawatan Sciatica Terbaik Tanpa Pembedahan | Physiomobile 5

Apa Itu Sciatica?

Sciatica atau sakit saraf yang menjalar dari punggung ke kaki adalah antara penyebab utama sakit belakang kronik. Ramai yang tidak sedar bahawa rawatan sciatica tanpa pembedahan melalui fisioterapi mampu memberikan kelegaan berpanjangan. Di Physiomobile, kami pakar dalam membantu pesakit pulih dengan pendekatan berasaskan bukti dan disesuaikan secara individu.

Tanda-tanda utama sciatica termasuk:

  • Sakit mencucuk dari punggung ke bawah kaki
  • Kebas atau semut-semut di betis atau tapak kaki
  • Sakit bertambah apabila batuk, bersin atau duduk lama
  • Lemah otot kaki

Tanda-Tanda Anda Mungkin Alami Sciatica dan Perlukan Rawatan

✔️ Sakit dari punggung menjalar ke kaki
✔️ Rasa kebas atau mencucuk di betis
✔️ Sakit bertambah ketika batuk atau duduk lama
✔️ Kaki rasa lemah dan susah untuk berdiri tegak

Jika anda alami salah satu tanda ini, mungkin sudah tiba masa untuk dapatkan rawatan sciatica terbaik oleh profesional.


Perlukah Buat MRI?

sciatica scaled 1
Rawatan Sciatica Terbaik Tanpa Pembedahan | Physiomobile 6

Menurut garis panduan antarabangsa, MRI tidak digalakkan secara rutin, kecuali jika ada simptom serius seperti kehilangan kawalan kencing atau kebas di kawasan sulit. Kenapa?

👉 Kajian mendapati keputusan MRI boleh berbeza-beza antara pusat, dan kadangkala tidak selari dengan simptom sebenar.
👉 Ada juga kes di mana slip disc sembuh sendiri tanpa pembedahan.


Rawatan Sciatica: Kenapa Fisioterapi Adalah Pilihan Terbaik

1. Maklumat & Edukasi

Pesakit perlu faham punca sakit mereka dan kenapa berhenti aktif akan melambatkan pemulihan. Fisioterapi membantu memberi pemahaman serta membina keyakinan untuk kembali bergerak.

2. Nasihat untuk Kekal Aktif

Berbanding berehat atas katil, berjalan dan aktiviti ringan terbukti membantu mengurangkan sakit. Fisioterapis akan membimbing pesakit untuk bergerak dengan selamat dan beransur-ansur.

3. Senaman Terkawal & Terarah

Senaman khas seperti:

  • Latihan kawalan otot
  • Mobilisasi saraf
  • Pengukuhan otot teras
    akan disesuaikan dengan keadaan pesakit dan tahap kesakitan mereka.

Kajian juga menunjukkan senaman lebih berkesan apabila dilakukan secara konsisten selama 4–8 minggu di bawah pemantauan fisioterapis.

4. Terapi Manual untuk Spinal (SMT)

Teknik manipulasi dan mobilisasi sendi belakang boleh diberikan oleh fisioterapis terlatih untuk bantu mengurangkan ketegangan. Namun, kesannya bersifat jangka pendek dan perlu digabungkan dengan rawatan lain.


Bagaimana Dengan Ubat atau Pembedahan?

shutterstock 768717979
Rawatan Sciatica Terbaik Tanpa Pembedahan | Physiomobile 7

🔹 Ubat seperti NSAIDs atau steroid boleh membantu kesakitan sementara, tetapi kesannya tidak jauh berbeza dengan placebo dalam jangka panjang.
🔹 Pembedahan hanya disyorkan jika rawatan konservatif tidak berjaya selepas beberapa bulan. Bahkan, ramai pesakit masih alami sakit selepas 5 tahun walaupun telah jalani pembedahan.


Dapatkan Rawatan Sciatica Terbaik Hari Ini

Di Physiomobile, kami berpengalaman dalam merawat kes sciatica, slip disc dan sakit belakang kronik tanpa pembedahan.

Kami tawarkan:
✅ Penilaian menyeluruh dan diagnosis klinikal
✅ Senaman pemulihan dan terapi manual disesuaikan secara individu
✅ Rawatan ke rumah seluruh Malaysia
✅ Cawangan pusat rawatan di Shah Alam, Bangi, Melawati dan JB

Kami percaya, pergerakan yang betul adalah ubat paling mujarab.

Kelebihan Rawatan Sciatica di Physiomobile

✨ Penilaian menyeluruh oleh fisioterapis berpengalaman
✨ Program rawatan yang disesuaikan dengan gaya hidup anda
✨ Tiada ubat, tiada pembedahan — hanya solusi saintifik dan selamat
✨ Rawatan disediakan di pusat kami atau ke rumah anda di seluruh Malaysia


Jangan Tunggu Sampai Sakit Jadi Kronik

Jika anda alami sakit belakang yang menjalar ke kaki, hubungi kami segera untuk sesi penilaian dan rawatan pertama.

🌐 www.physiomobile.com
📞 Physiomobile – Enriching Quality of Life

 

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional