'Red Flags' Kesihatan: Tanda-Tanda Bahaya Yang Tak Boleh Diabaikan

Ramai antara kita bila sakit, kita selalu fikir “biasa je tu”. Tapi sebenarnya ada sesetengah simptom yang memang tak boleh tunggu. Orang panggil ini sebagai ‘red flags’ — tanda amaran yang menunjukkan keadaan mungkin serius dan perlukan rawatan segera.


Artikel ini ditulis dalam bahasa mudah supaya semua orang boleh faham. Kalau anda atau ahli keluarga ada tanda-tanda di bawah, tolong jangan bertangguh. Lebih baik check awal daripada menyesal kemudian.


1) Sakit Dada Teruk

Kalau sakit dada terasa ketat, berat, seperti ditekan kuat, atau disertai peluh sejuk, loya dan rasa nak pitam — ini bukan gastrik biasa. Ini boleh jadi petanda serangan jantung. Lagi bahaya kalau datang semasa berehat atau semakin kuat bila tarik nafas.


2559345
SAKIT DADA TERUK

2) Sesak Nafas

Jika tiba-tiba susah untuk bernafas, tak boleh baring, bernafas laju, tak boleh bercakap atau batuk berdarah — itu tanda kecemasan. Sesak nafas bukan sekadar “penat”, ia boleh jadi tanda jangkitan paru-paru, asthma attack atau masalah jantung.


sesak nafas
SESAK NAFAS

3) Tanda-Tanda Strok atau TIA

Kalau tiba-tiba muka senget, tangan atau kaki tak boleh angkat, percakapan jadi pelat, atau rasa pening teruk sampai tak stabil, itu tanda strok. Jangan tunggu — terus pergi hospital. Masa sangat penting untuk elakkan kerosakan otak kekal.


69553495 11925357 image a 14 1680791477954
TANDA TANDA STROKE
GettyImages 603988386
BEFAST AKRONIM

4) Sakit Perut Teruk & Muntah Darah

Jika ada muntah darah, najis hitam pekat, cirit berdarah, sakit perut kuat sangat atau sakit yang datang selepas makan — ini bukan salah makan biasa. Boleh jadi ulser perut berdarah atau masalah organ dalaman yang serius.


penyebab muntah darahh
SAKIT PERUT DAN MUNTAH DARAH

5) Pengsan atau Rasa Nak Pitam

Jika seseorang pengsan semasa bersenam, disertai sakit dada, berdebar kuat, sesak nafas atau tanpa amaran langsung — itu red flag. Ini boleh jadi tanda masalah jantung atau tekanan darah tidak stabil.


child fainting scaled 1
PENGSAN ATAU PITAM

6) Sakit Kepala Paling Teruk Dalam Hidup

Kalau sakit kepala datang tiba-tiba macam ‘petir’, atau pesakit kata “ini sakit kepala paling teruk sepanjang hidup”, itu tanda bahaya. Lebih-lebih lagi kalau ada muntah, sawan, leher kaku atau selepas jatuh. Boleh jadi pendarahan dalam otak.


migraine headache or something more web
SAKIT KEPALA TERUK

7) Perubahan Penglihatan

Penglihatan tiba-tiba kabur, berganda atau hilang seketika bukan perkara biasa. Ini boleh jadi tanda strok, glaukoma atau masalah saraf mata. Dapatkan pemeriksaan segera supaya tidak menyebabkan kehilangan penglihatan kekal.


blurry vision 1024x672 1
KABUR TIBA TIBA

8) Reaksi Alergi Teruk

Jika lepas makan ubat atau makanan tertentu tiba-tiba rasa sukar bernafas, bibir atau muka bengkak, ruam naik seluruh badan atau pening kuat — itu tanda alergi teruk (anaphylaxis). Ini keadaan kecemasan yang perlukan rawatan segera.


1931800 4
ALLERGIC TERUK

9) Tanda-Tanda Kemurungan Serius

Jika seseorang hilang minat dalam hidup, sering menangis, tidak boleh tidur, hilang selera makan, atau lebih teruk — ada fikiran untuk mencederakan diri — ini bukan masalah emosi biasa. Ini penyakit dan boleh dirawat. Tolong jangan dibiarkan.


major depressive disorder
DEPRESI TERUK

10) Sakit Belakang Yang Membimbangkan

Sakit belakang yang datang bersama hilang kawalan kencing/najis, kebas di celah kangkang, demam, atau berlaku selepas jatuh — ini bukan lenguh biasa. Ini boleh melibatkan saraf tunjang atau jangkitan tulang.


condition 02 backpain
SAKIT BELAKANG TERUK

Bila Perlu Pergi Hospital?

Jika simptom datang tiba-tiba, semakin teruk, menyebabkan sukar bernafas, sukar bergerak atau disertai pitam, muntah darah atau penglihatan berubah — terus ke hospital. Jangan tunggu sampai lewat.


Klik Untuk WhatsApp Physiomobile

KAMI BOLEH BANTU MENILAI TAHAP KESIHATAN ANDA. TETAPI JIKA ADA TANDA TANDA REDFLAG, KAMI AKAN TERUS REFER KAN KEPADA AHLI PROFESIONAL KESIHATAN YANG BERKAITAN.
Kenapa Pilih Physiomobile

Kenapa Pilih Physiomobile?

Sejak 2016, Physiomobile telah membantu lebih 45,000 pesakit di seluruh Semenanjung Malaysia untuk kembali bergerak, kurang sakit dan hidup lebih selesa. Kami bukan sekadar pusat fisio biasa — kami datang ke rumah, sediakan pelan rawatan khusus, dan fokus kepada apa yang paling penting: kualiti hidup anda dan keluarga.

🎯
Rawatan Disesuaikan Mengikut Keadaan Pesakit

Setiap orang ada cerita dan masalah berbeza. Kami mulakan dengan penilaian terperinci, kemudian bina pelan rawatan khas sama ada di rumah, di pusat kami ataupun gabungan kedua-duanya.

👨‍⚕️
Fisioterapis Berpengalaman Sejak 2016

Semua sesi dikendalikan oleh fisioterapis bertauliah yang berpengalaman dalam kes strok, slip disc, sakit lutut, sakit belakang, kecederaan sukan dan warga emas.

📈
Lebih 45,000 Pesakit Telah Dirawat

Rekod ini datang daripada tahun-tahun pengalaman membantu pesakit berjalan semula, turun tangga tanpa sakit, dan kembali bekerja atau melakukan aktiviti harian seperti biasa.

🗓️
Buka Setiap Hari

Operasi 7 hari seminggu memudahkan anda pilih masa rawatan yang paling sesuai. Tak perlu tunggu minggu depan hanya kerana jadual yang padat.

100% Rawatan oleh Fisioterapis Bertauliah

Tiada tukang urut, tiada pembantu yang tidak terlatih. Hanya fisioterapis yang betul-betul belajar dan terlatih dalam bidang fisioterapi.

🏥
Panel Dengan TPA Utama

Kami berdaftar dengan PMCare, Compumed, MedKad, ASP dan SelCare. Ini memudahkan pesakit korporat membuat tuntutan dan urus GL tanpa pening kepala.

🌍
Rangkaian Lebih 170 Fisioterapi Profesional

Rangkaian yang besar membolehkan kami menyediakan rawatan rumah di pelbagai lokasi seluruh Semenanjung Malaysia dengan lebih cepat dan efisien.

💬
Kadar Kepuasan Pesakit Yang Tinggi

Lebih 80% pesakit kami datang semula atau merujuk ahli keluarga dan rakan mereka. Ini tanda kepercayaan dan hasil rawatan yang mereka rasa sendiri.

📍
Pilihan Rawatan di Rumah atau di Pusat

Anda boleh pilih rawatan di rumah (housecall) atau di pusat kami di Shah Alam, Bangi, Wangsa Melawati dan Johor Bahru. Untuk kes strok & warga emas, rawatan di rumah sangat membantu.

❤️
Misi Kami: Enriching Quality of Life

Objektif utama kami adalah membantu anda hidup dengan lebih bermakna – kurang sakit, lebih bebas bergerak, dan lebih yakin melakukan aktiviti yang anda suka.

Sedia Untuk Mula Rawatan?

Jika anda atau ahli keluarga perlukan bantuan fisioterapi yang profesional dan mesra, pasukan Physiomobile sedia membantu.

WhatsApp Physiomobile Sekarang

Tekan butang di atas dan beritahu kami keadaan anda. Team kami akan bantu jelaskan pilihan rawatan yang sesuai.