Sakit Belikat dan Bahu – Tanda, Punca & Rawatan
Sakit belikat dan bahu adalah masalah yang sangat biasa dalam kalangan individu yang bekerja lama di meja, memandu, atau terdedah kepada tekanan emosi.
Sakit ini boleh jadi ringan (ketegangan otot) atau serius (tekanan saraf atau masalah sendi). Ketahui puncanya dan bagaimana rawatan fisioterapi boleh bantu tanpa perlu bergantung pada ubat atau suntikan.
1. Tanda-Tanda Sakit Belikat & Bahu
- Sakit tajam atau mencucuk di antara tulang belikat
- Sakit bila angkat tangan ke atas atau undur ke belakang
- Ketegangan di tengkuk, bahu dan dada
- Kebas atau mencucuk sampai ke lengan / jari
- Sakit makin teruk bila duduk lama atau stress
2. Punca Umum Sakit Bahu & Belikat
- Postur Duduk Salah: Membongkok, bahu naik sebelah, duduk lama tanpa rehat
- Otot Trigger Point: Titik tegang dalam otot trapezius, rhomboid atau scapular
- Compressed Nerve (Cervical Radiculopathy): Saraf leher tertekan → sakit menjalar ke bahu
- Stress & Emosi: Tekanan emosi menyebabkan otot leher & bahu tegang berpanjangan
- Frozen Shoulder: Bahu kaku, susah angkat tangan, biasanya sebelah sahaja
3. Siapa Yang Berisiko?
- Pekerja pejabat / freelancer yang duduk lama
- Guru, cashier, jururawat, pemandu
- Ibu menyusu yang tidak menggunakan bantal sokongan
- Individu lepas trauma atau jatuh pada bahu
- Pesakit strok, jantung atau diabetes (berisiko frozen shoulder)
4. Rawatan Fisioterapi Yang Disyorkan
- Manual Therapy: Untuk longgarkan sendi dan otot yang ketat atau keras
- Dry Needling / Teknik Tekanan: Untuk lepaskan trigger point
- Senaman Regangan & Mobiliti: Untuk kembalikan pergerakan normal bahu
- TENS & Ultrasound: Kurangkan sakit & bantu pemulihan saraf/otot
5. Senaman Ringkas Yang Mungkin Disarankan
- Wall Angels – buka bahu ke belakang
- Scapular Retraction – picit belikat ke tengah
- Upper Trap Stretch – regangan otot leher ke sisi
- Pendulum Exercise – goyang lengan secara pasif
6. Bila Patut Jumpa Fisioterapis?
- Sakit lebih 3 hari tanpa perubahan
- Sukar nak tidur sebab sakit bahu / belikat
- Sakit ketika nak angkat barang atau pakai baju
- Terasa lemah sebelah tangan atau kebas ke jari
Fisioterapis akan lakukan penilaian lengkap dan berikan rawatan tersuai untuk anda.
Kenapa Ramai Pilih Physiomobile?
- Rawatan di rumah atau di klinik – fleksibel ikut jadual anda
- Lebih 45,000 pesakit dah dirawat sejak 2016
- Fisioterapis bertauliah & berpengalaman
- Panel PMCare, Compumed, MedKad, ASP dan banyak lagi
- Rangkaian lebih 170 fisioterapis seluruh Semenanjung
Sakit belikat makin mengganggu hidup anda?
Hubungi kami di WhatsApp sekarang untuk sesi rawatan pertama anda.
Perlukan pemeriksaan fisioterapi?
Dapatkan rawatan fisioterapi yang sesuai untuk keadaan anda
Sakit belikat atau bahu mengganggu kerja, tidur atau pergerakan tangan? WhatsApp Physiomobile untuk semak pilihan rawatan fisioterapi.
Team Physiomobile boleh bantu semak simptom, cadangkan rawatan, dan susun sesi di klinik atau secara fisioterapi ke rumah.
Soalan Lazim
Kenapa sakit belikat boleh menjalar ke bahu?
Sakit boleh menjalar kerana otot leher/bahu berkait rapat, sendi bahu bergerak bersama tulang belikat, atau terdapat iritasi saraf.
Bila sakit belikat dan bahu perlu diperiksa?
Dapatkan pemeriksaan jika sakit berulang, pergerakan bahu terhad, kebas/semut ke tangan, sakit selepas jatuh atau sakit mengganggu tidur.
Adakah fisioterapi boleh bantu?
Ya, fisioterapi boleh membantu melalui penilaian postur dan pergerakan, terapi manual, latihan mobiliti serta penguatan otot bahu dan tulang belikat.
Boleh rawat di rumah?
Bergantung kepada lokasi dan keadaan, Physiomobile boleh bantu sesi pusat rawatan atau fisioterapi ke rumah.
Perlukah X-ray atau MRI?
Tidak semua kes perlukan imbasan. Fisioterapis akan nasihatkan rujukan lanjut jika ada tanda kecederaan serius atau simptom saraf yang kuat.
![]()


