Sakit Leher, Bahu Lenguh & Kepala Berat?
Ini bukan sekadar keletihan biasa. Dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada ketegangan otot leher, postur tidak betul, dan beban berlebihan pada tulang cervical.
Artikel ini menerangkan punca sebenar, apa yang perlu anda buat sekarang, dan bila fisioterapi diperlukan.
Berat kepala manusia adalah kira-kira 10% daripada berat badan. Ini bermakna tulang leher yang kecil perlu menampung beban besar setiap hari.
Apabila kepala sering berada ke hadapan (forward head posture), tekanan pada leher boleh meningkat sehingga beberapa kali ganda.
- Leher rasa berat
- Bahu cepat lenguh
- Kepala tegang atau sakit
- Mudah penat walaupun kerja ringan
✔ Beroperasi sejak 2016
✔ 45,000+ pesakit dirawat
✔ 170+ fisioterapis bertauliah
✔ Rawatan di rumah & pusat
Postur badan memainkan peranan besar dalam kesihatan leher dan belakang atas.
- Duduk membongkok terlalu lama
- Penggunaan telefon berlebihan
- Memandu jarak jauh tanpa rehat
- Posisi tidur tidak sesuai
“Umur dah meningkat.”
“Tidur tak cukup je.”
Hakikatnya, lenguh dan tegang adalah isyarat awal badan. Lebih awal ditangani, lebih mudah dipulihkan.
Rawatan di Physiomobile adalah berasaskan evidence-based physiotherapy, bukan sekadar urutan sementara.
1. Regangan Leher Ke Sisi
Lentokkan kepala ke bahu. Tarik perlahan sehingga rasa tegang.
2. Putaran Leher
Pusing kepala ke sisi dan bantu dengan tangan secara lembut.
3. Regangan Belakang Leher
Tundukkan kepala dan tekan perlahan dari belakang.
Adakah normal jika leher selalu lenguh selepas kerja?
Bila perlu jumpa fisioterapis?
Sayangi Leher, Sayangi Tulang Belakang Anda
Tindakan kecil hari ini boleh elakkan masalah besar di masa depan.
TEMPAH RAWATAN SEKARANG ![]()


