Lakukan Senaman Ringan Ini Bagi Mengatasi Sakit Belakang di Tempat Kerja.

Masalah sakit belakang adalah masalah yang sering berlaku kepada semua individu terutamanya untuk individu yang bekerja dan usia yang semakin meningkat.

Fakta >>> 80% pekerja hidap sakit belakang. Jika anda tidak mengambil berat mengenai kesihatan tulang belakang, anda akan menghidapi risiko penyakit yang lebih besar.

Untuk itu, anda dikehendaki untuk membaca artikel ini untuk mengetahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang ditempat kerja. 

Dalam pada itu, artikel ini turut berkongsi senaman ringkas yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah sakit belakang di tempat kerja.

4 Faktor yang menyumbang kepada sakit belakang di tempat kerja

 

back pain, pain, back-7169762.jpg

 

Terdapat 4 faktor utama yang boleh menyebabkan masalah sakit pinggang, antaranya ialah:

 

1 – Umur

Apabila seseorang meningkat usia, mereka lebih berisiko untuk mengalami masalah sakit belakang. 

Hal ini kerana masalah sakit belakang sering terjadi pada individu yang berada dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun. 

 

2 – Berat badan

Buat individu yang mempunyai berat badan berlebihan, mereka perlu lebih berhati-hati akan masalah sakit belakang. 

Hal ini kerana meraka akan meletakkan beban yang lebih berat kepada tulang belakang. 

 

3- Sakit sendi 

Masalah sakit sendi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kepada sakit belakang yang lebih serius. 

Jika anda menghidapi penyakit sendi, anda perlu membuat appointment bersama doktor pakar atau ahli fisioterapi bagi merawat serta mengurangkan risiko lain. 

 

4- Senaman

Individu yang kurang melakukan senaman dan pergerak fizikal akan menyebabkan otot badan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami masalah sakit belakang. 

Oleh itu, anda perlu melakukan aktiviti fizikal secara minimum untuk kekal sihat dan cergas. 

 

3 Senaman Ringan Bagi Mengurangkan sakit belakang di tempat kerja

Tahukah anda terdapat senaman ringan yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan sakit belakang di tempat kerja. Yang lagi menarik, senaman ringan ini boleh dilakukan di tempat kerja anda!

  • Tukar posisi setiap 10-15 minit

Banyak bergerak (fidgeting) selalunya dianggap tidak bagus tetapi jika dilakukan di bawah sedar, ianya boleh memberikan manfaat kepada anda. 

Pakar menasihatkan untuk sentiasa tukar posisi kedudukan setiap 10-15 minit untuk memberi regangan pada otot anda. 

Perkara ini penting terutamanya bagi mereka yang bekerja di pejabat sambil menghadap laptop untuk jangka masa yang lama.  

Anda dinasihatkan untuk memastikan posisi lutut dan badan berada pada sudut 90 darjah semasa duduk di atas kerusi. 

Jika tubuh badan mulai rasa tidak selesa, anda boleh meregangkan tangan ke arah siling untuk melegakan tekanan daripada badan.

  • Ambil peluang untuk bergerak

Untuk mengelakkan rasa sakit pinggang, anda perlu sentiasa bergerak dari tempat duduk. 

Sebagai contoh, anda boleh bergerak untuk mengambil air di pantri dan menaiki tangga di pejabat. 

  • Senaman pernafasan

Latihan pernafasan adalah bagus untuk postur dan kelegaan sakit belakang. 

Hal ini kerana sebahagian otot kita yang digunakan untuk bernafas turut melakukan tugas untuk mengekalkan postur. 

Senaman ini sungguh mudah iaitu anda hanya perlu bernafas sedalamnya dan tahan nafas seketika sebelum melepaskannya. 

Selain itu, anda juga boleh menyegarkan minda dengan mendapatkan oksigen yang mencukupi serta memberi ransangan tenaga pada badan anda. 

 

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Yang Betul

Rawatan fisioterapi di Physiomobile amat berkesan bagi merawat masalah sakit belakang.

Mengapa anda perlu dapatkan rawatan dengan Physiomobile?

  • Waktu rawatan bermula daripada 9AM hingga 10PM
  • Menyediakan rawatan ke rumah pesakit 
  • Ahli fisioterapi di Physiomobile adalah profesional dan terlatih 
  • Janji temu (appointment) bersama ahli fisioterapi adalah fleksibel
  • Lebih daripada 40, 000 pesakit sudah menerima rawatan fisioterapi Physiomobile

Dalam pada itu, Physiomobile juga merupakan panel klinik bagi tiga cawangan kesihatan terbesar di Malaysia iaitu PM Care, MedKad, dan ASP Medical Group. Bila perlu berjumpa doktor?

Anda perlu merujuk terlebih dahulu di cawangan yang dinyatakan bagi mendapatkan surat rujukan. 

Surat rujukan tersebut boleh digunakan sekiranya anda ingin membuat janji temu (appointment) di Physiomobile. Oleh itu, tekan butang di bawah dengan segera!

 

Ingin Mendapatkan Rawatan Untuk Sakit Anda?

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional