⭕ SINDROM ‘IMPINGEMENT’ BAHU ⭕
.
.
Sindrom ‘impingement’ bahu adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada sakit bahu. Ia berlaku apabila terdapat tekanan daripada tulang bahu kepada tendon atau bursa yang terdapat di bahagian bahu.
.
Aktiviti yang memerlukan kita mengangkat tangan melebihi kepala, terutama sekali pergerakan yang berulang adalah faktor utama yang membawa kepada masalah sindrom ‘impingement’ bahu. Antara contohnya ialah: mengecat, mengangkat barang, berenang, bermain tennis dan sukan-sukan lain yang melibatkan pergerakan melebihi paras kepala. Faktor risiko lain termasuk ketidaknormalan tulang dan sendi.
.
Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya akan menghadapi sakit yang berterusan sehingga boleh mengganggu aktiviti harian. Pergerakan seperti mencapai belakang badan atau mencapai barang melebihi paras kepala pastinya akan menambahkan kesakitan.
.
Lama-kelamaan, sindrom ‘impingement’ bahu boleh membawa kepada keradangan tendon ‘rotator cuff’ yang dipanggil sebagai ‘tendinitis’ dan keradangan bursa yang dipanggil sebagai ‘bursitis’. Jika tidak dirawat dengan sempurna, tendon ‘rotator cuff’ lama-kelamaan boleh terhakis dan koyak.
.
SIMPTOM-SIMPTOM:
.
Antara simptom tipikal untuk sindrom ini adalah termasuk susah untuk menyentuh belakang badan, sakit ketika mengangkat tangan lebih dari paras kepala dan otot bahu menjadi lemah.
Jika tendon tercedera dalam jangka masa yang lama, tendon tersebut mungkin akan koyak kepada dua bahagian menyebabkan ‘rotator cuff’ koyak. Hal ini akan mengakibatkan otot bahu menjadi lemah dan membuatkan seseorang sukar untuk mengangkat tangannya. Sesetengah orang juga mungkin akan mengalami otot biceps koyak jika masalah ‘impingment’ bahu ini dibiarkan berterusan.
.
BAGAIMANA MASALAH INI DIRAWAT❓
.
Untuk mengurangkan sakit, kebiasaannya doctor akan memberikan ubat anti-keradangan atau ubat tahan sakit seperti aspirin, naproxen atau ibuprofen. Ubat ini biasanya diberikan untuk 6 ke 8 minggu kerana masalah ‘impingement’ bahu ini mengambil masa yang panjang untuk kurang sakit.
.
Selain itu, fisioterapi merupakan rawatan terbaik untuk masalah ‘impingement’ bahu. Selain dapat mengurangkan sakit, fisioterapi juga dapat membantu menambahbaik pergerakan sendi dan menguatkan otot bahu. Ahli fisioterapi akan menunjukkan senaman-senaman yang paling efektif untuk dilakukan oleh pesakit. Teknik rawatan manual atau ‘hands-on’ juga berperanan bagi mengatasi masalah ini.
.
Semasa keradangan berlaku atau kesakitan berada pada tahap maksimum, kebiasaannya doctor dan ahli fisioterapi akan menyarankan pesakit untuk mengurangkan pergerakan bahu yang melibatkan pergerakan tangan melebihi paras kepala sehingga sakit berkurangan.
.
Di sini kami kongsikan beberapa senaman regangan untuk bahu yang boleh membantu menambahbaik pergerakan sendi bahu anda lebih-lebih lagi jika anda mengalami sakit bahu dan masalah otot bahu tegang.

2) Tangan kiri tarik siku kanan ke belakang sehingga anda rasa tegang, tapi tidak terlalu sakit.3) Tahan selama 30 saat, ulang sebanyak 3 kali
4) Ulang langkah yang sama untuk tangan kiri

1) Tangan kanan capai belakang badan2) Tangan kiri bantu tarik siku kanan ke belakang sehingga terasa tegang, tapi tidak terlalu sakit
3) Ulang langkah yang sama untuk tangan kiri
Kemas Kini Klinikal
- Penilaian bahu perlu mempertimbangkan pergerakan, kekuatan, beban harian dan faktor lain yang mempengaruhi simptom.
- Latihan mobiliti dan penguatan biasanya dipilih serta dipertingkatkan mengikut toleransi, bukan menggunakan satu program untuk semua orang.
- Trauma, kelemahan mendadak atau kehilangan pergerakan yang ketara memerlukan penilaian lanjut.
Update fisioterapi bahu: mobiliti, kekuatan dan kawalan pergerakan
Dikemaskini dengan prinsip umum rehabilitasi bahu dan latihan terapeutik yang sejajar dengan rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.
- Masalah bahu seperti kekakuan, impingement atau kelemahan otot biasanya memerlukan gabungan latihan mobiliti dan kekuatan yang bertahap.
- Elakkan memaksa pergerakan yang menyebabkan sakit tajam atau semakin teruk.
- Jika sakit berlaku selepas jatuh, bahu nampak berubah bentuk atau tangan menjadi kebas/lemah, dapatkan pemeriksaan segera.

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.
WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan
Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.
![]()
Post Views: 1,963


