Punggung sakit sebelah ‘PIRIFORMIS SINDROM’

Anda menanggung kesakitan di bahagian punggung? Adakah anda sering meletakkan dompet di bahagian poket belakang seluar anda? Anda mungkin mengalami masalah ‘piriformis sindrom’

Piriformis adalah antara salah satu otot di bahagian punggung. Ia adalah otot yang paling dalam ‘deep muscle’. Piriformis menghubungkan tulang sakrum dengan tulang pangkal peha. Terdapat satu saraf yang terdapat di antara otot ini iaitu saraf sciatic yang mengawal otot belakang kaki.

Jika otot ini mengeras atau ‘spasm’, ia boleh menekan saraf sciatica dan menyebabkan berlakunya symptom-simptom sciatica seperti sakit yang berpunca daripada punggung dan menjalar ke kaki.

Anda juga mungkin mengalami rasa kebas atau lemah di sebelah kaki disebabkan saraf sciatic yang terhimpit. Simptom ini kebiasaannya akan terjadi secara tiba-tiba dan berterusan sehingga berhari-hari dan boleh mencecah berminggu-minggu.

APA PUNCA UTAMA YANG BOLEH MENYEBABKAN MASALAH INI 

Mungkin anda tidak akan terfikir bahawa duit yang terlalu tebal di dalam dompet boleh menjadi punca kepada sakit anda. 

Tetapi ketahuilah sebenarnya dompet yang tebal boleh menyebabkan berlakunya masalah piriformis sindrom jika anda meletakkan dompet anda di tempat yang salah.

Masalah ini biasanya berlaku kepada lelaki-lelaki yang sering meletakkan dompet tebal di dalam poket belakang seluar mereka.

Ini akan meletakkan tekanan yang berterusan pada otot piriformis dan boleh merengsakan saraf sciatic dalam jangka masa panjang. Anda boleh mengelakkan masalah ini dengan meletakkan dompet anda di dalam poket hadapan seluar atau di dalam poket baju.

Elakkan meletakkan dompet anda di dalam poket belakang tambah lagi untuk dompet yang tebal. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubati.

Amalkan senaman regangan otot piriformis untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami. Lihat gambar yang kami kongsikan untuk rujukan anda.

 

Senaman yang sesuai untuk mengatasi sindrom periformis

 

  1. Periformis stretch exercise

SINDROM PIRIFORMIS SAKIT BAHAGIAN PUNGGUNG

Senaman ini perlu dilakukan dalam keadaan baring.

Anda perlu membuat  lipatan antara dua-dua kaki berlaku, manakala satu kaki lagi diletakkan diatas lutut kaki sebelah.

Seterusnya, kaki yang dilipat itu ditarik mengarah ke dada sehingga  had pergerakan terasa dan tahan selama 15 minit.

Kaki yang dilipat perlu ditarik mengikut kemampuan diri sendiri, kepada yang baru sahaja memulakan senaman ini, anda disarankan untuk tidak memaksa untuk memberi tekanan kepada kaki.

Senaman diulang selama 5 kali bagi kedua – dua belah kaki.

 

2. Claim shell exercise 

SINDROM PIRIFORMIS SAKIT BAHAGIAN PUNGGUNG

 

Senaman  ini memerlukan anda untuk baring secara mengiring (side flying) dan gunakan bantal bagi memberi sokongan di kepala.

Silangkan punggung dan lutut anda sambil peluk lutut ke dada.

Rapatkan kedua – dua belah kaki, angkat lutut kaki anda ke arah siling, setinggi yang boleh mengikut keselesaan anda dan tanpa memusingkan pinggang belakang anda.

Anda mengalami simptom sakit di bahagian punggung dan menjalar hingga ke kaki?? Dapatkan rawatan segera dengan PhysioMobileMY.  Rawatan terbaik menanti anda.

You Might Also Like

Vertigo
Pening kepala yang teruk yang sehingga menggangu keseimbangan badan . Pesakit akan berasa seolah - olah sekiling mereka berpusing
Stenosis Lumbar
Penyempitan saluran tulang belakang di bahagian bawah belakang anda (bahagian lumbar)
ACL
Ibarat seperti tali pengikat yang kuat untuk menjaga engsel menjadi stabil, biasa berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal.
Kaki Terseliuh
Berlaku disebabkan oleh ligamen di lutut bengkak dan membuat individu tersbeut menjadi tidak selesa dan terdapat beberapa punca perkara tersebut berlaku

Share this post 

Facebook
Twitter
LinkedIn