Punca-punca sindrom thoracic outlet
-
Kecacatan anatomikal. Kecacatan yang terjadi sejak lahir seperti terdapat tulang rusuk terlebih atau tisu penyambung antara tulang belakang dan tulang rusuk yang ketat dan tidak normal.
-
Postur yang tidak bagus. Bahu jatuh atau posisi kepala ke depan (forward head) yang boleh menyebabkan mampatan pada kawasan thoracic outlet.
-
Trauma seperti kemalangan yang menyebabkan perubahan dalaman yang memberi tekanan pada saraf thoracic outlet. Gejala-gejala berkait dengan kemalangan trauma selalunya terjadi lambat.
-
Melakukan aktiviti berulang. Melakukan pergerakan yang sama berulang kali akan menyebabkan tisu menjadi koyak. Pergerakan berulang seperti menaip dan mengangkat barang melebihi paras bahu. Atlet seperti pelontar bola besbol dan perenang boleh mengalami sindrom thoracic outlet daripada pergerakan berulang yang dilakukan selama bertahun-tahun.
-
Tekanan pada sendi. Berat badan berlebihan akan memberi tekanan pada sendi anda, seperti membawa beg yang berat dan besar.
-
Hamil. Tanda-tanda thoracic outlet syndrome mungkin terjadi ketika anda hamil.
Faktor risiko sindrom thoracic outlet
-
Wanita lebih banyak didiagnos dengan sindrom thoracic outlet berbanding lelaki.
-
Biasanya terjadi pada golangan muda berusia 20-40 tahun.
Komplikasi
-
Jika simptom-simptom thoracic outlet syndrome tidak dirawat dengan segera, saraf anda akan mengalami kerosakan dari semasa ke semasa yang menyebabkan anda perlu melakukan pembedahan.
-
Doktor akan menyarankan anda melakukan pembedahan jika rawatan lain tidak berhasil.
-
Pembedahan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding rawatan konservatif dan tidak selalunya dapat merawat masalah yang anda alami.
Langkah-langkah pencegahan
-
Jika tidak dirawat akan menyebabkan kerosakan saraf kekal, maka penting untuk anda mengetahui gejalanya dan merawatnya dengan segera atau mengambil langkah pencegahan.
-
Jika anda mudah mendapat tekanan thoracic outlet, elakkan melakukan pergerakan berulang dan mengangkat barang berat.
-
Jika anda mempunyai berat berlebihan, anda boleh menghalang atau melegakan gejala-gejalanya dengan mengurangkan berat badan.
-
Walaupun anda tidak mengalami gejala-gejala sindrom thoracic outlet, elakkan membawa beg berat kerana ini boleh meningkatkan tekanan pada thoracic outlet.
-
Lakukan regangan setiap hari dan senaman supaya dapat menguatkan otot-otot bahu anda.
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile
Post Views: 1,140