Anda mengalami sakit belakang? Bimbang jika sakit belakang anda berpunca daripada masalah spondylolisthesis? Cuba periksa jika anda mengalami simptom-simptom di bawah.
Simptom
Simptom-simptom spondylolisthesis termasuklah:
- Sakit di bahagian belakang atau punggung
- Sakit di bahagian belakang yang menjalar ke kaki
- Kebas pada satu atau kedua-dua belah kaki
- Sakit di bahagian kaki, belakang atau punggung menjadi semakin teruk apabila melakukan pergerakan seperti rukuk atau menunduk
- Kesukaran untuk berjalan
- Kegagalan mengawal pundi kencing (jarang berlaku)

INGIN MENDAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI DENGAN PHYSIOMOBILEMY DENGAN HARGA PROMOSI KAW-KAW UNTUK OGOS INI? TINGGAL 2 HARI LAGI SEBELUM PROMOSI TAMAT. CEPAT! TEMPAH SLOT ANDA SEKARANG!
Isi borang ini untuk tempahan slot.
http://physiomobilemy.official.com.my/booking/
Bagaimana masalah spondylolisthesis ini dikesan/ didiagnosis?
Diagnosis dilakukan dengan melakukan imbasan sinaran X tulang belakang untuk melihat sama ada tulang belakang mengalami keretakan atau beralih dari tempat asal.
Apakah rawatan yang sering digunakan untuk merawat masalah ini?
Rawatan spondylolisthesis bermula dengan menghentikan sebarang aktiviti fizikal yang boleh membawa kepada kecederaan tulang belakang. Untuk mengurangkan kesakitan, pesakit akan dinasihatkan unuk mengambil ubat anti keradangan dan ubat penahan sakit.
Doktor kebiasaannya akan merujuk pesakit untuk melakukan terapi fizikal dengan ahli fisioterapi bagi membina kembali dan menguatkan otot di bahagian perut dan belakang badan.
Ahli fisioterapi akan menggunakan teknik-teknik tertentu untuk melembutkan otot-otot yang telah mengeras atau tegang. Pesakit juga akan diajar dengan senaman-senaman tertentu untuk meregangkan dan menguatkan kembali otot belakang. Pesakit yang mengalami masalah berat badan berlebihan akan disyorkan untutk menurunkan berat badan mereka.
Pembedahan akan dilakukan sekiranya pesakit mengalami kesakitan yang keterlaluan atau kerosakan pada saraf tunjang akibat Spondylolisthesis. Selepas pembedahan dijalankan, pesakit perlu memakai cast dan menjalani terapi rehabilitasi bagi menguatkan otot dan memudahkan pergerakan.
Kemas Kini Klinikal
- Kekal aktif secara beransur-ansur biasanya menjadi sebahagian daripada pengurusan, dengan latihan disesuaikan kepada simptom dan fungsi.
- Program boleh merangkumi pergerakan, kekuatan dan strategi mengurus beban harian; satu senaman tidak sesuai untuk semua orang.
- Kelemahan progresif, kebas kawasan pelana atau perubahan kawalan kencing atau usus memerlukan rawatan segera.
Update fisioterapi tulang belakang: kekal aktif dengan kawalan yang betul
Dikemaskini dengan prinsip umum rehabilitasi tulang belakang dan preskripsi senaman yang sejajar dengan rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.
- Untuk kebanyakan masalah belakang atau pinggang, pergerakan yang selamat dan progresif lebih baik daripada terlalu lama berehat sepenuhnya.
- Latihan teras, mobiliti dan kekuatan perlu disesuaikan mengikut simptom, fungsi dan faktor risiko individu.
- Dapatkan pemeriksaan segera jika sakit disertai lemah kaki, kebas kawasan sulit, masalah kawalan kencing/usus atau sakit selepas trauma.

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.
WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan
Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.
![]()
Post Views: 1,770


