Lihat panduan lengkap strok: rawatan, fisioterapi dan pemulihan
Stroke: Bila Boleh Sembuh dan Berapa Lama?
Perkataan stroke selalu dikaitkan dengan keadaan kekal, lumpuh, dan hilang keupayaan. Ramai keluarga pesakit akan bertanya soalan yang sama: "Bila pesakit stroke boleh pulih, dan berapa lama prosesnya?"
Jawapan ringkas: Tiada satu tempoh yang sama untuk semua pesakit. Sesetengah perubahan boleh berlaku dalam minggu pertama, manakala pemulihan fungsi mungkin berterusan selama beberapa bulan atau lebih lama. Tempohnya bergantung pada jenis dan tahap stroke, masa rawatan bermula, keadaan kesihatan dan tindak balas terhadap rehabilitasi.
Artikel ini menghuraikan secara mudah:
- Data WHO & KKM mengenai keadaan stroke di Malaysia dan dunia
- Jenis stroke & kenapa ia berlaku
- Faktor yang menentukan sama ada pesakit boleh pulih
- Anggaran fasa pemulihan dari minggu pertama hingga lebih 12 bulan
- Bagaimana fisioterapi boleh menyokong pemulihan fungsi
- Tips penjagaan untuk keluarga di rumah
- Hari dan minggu awal biasanya memberi gambaran awal tentang keadaan pesakit.
- Perubahan paling ketara sering diperhatikan dalam beberapa bulan pertama, tetapi kemajuan masih boleh berlaku selepas itu.
- Tempoh pemulihan tidak boleh dijamin dan perlu dinilai secara individu.
- Tanda stroke baharu atau semakin teruk memerlukan rawatan kecemasan, bukan menunggu sesi fisioterapi.
Isi inquiry supaya team Physiomobile boleh bantu semak kawasan, keadaan pesakit dan cadangkan rawatan sama ada di klinik atau ke rumah.
Isi Inquiry Rawatan Chat With Us
Data WHO & KKM: Betapa Seriusnya Stroke?
📌 Data WHO (World Health Organization)
Menurut WHO:
- Stroke adalah penyebab kematian kedua terbesar di dunia.
- Setiap tahun, lebih dari 15 juta orang mengalami stroke.
- 5 juta kekal dengan kecacatan jangka panjang.
- 1 daripada 4 orang dewasa berisiko terkena stroke dalam hidup mereka.
📌 Data KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Berdasarkan laporan National Stroke Registry Malaysia (NSRM):
- Setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami stroke.
- 80% kes stroke melibatkan umur 45 tahun ke atas.
- Stroke adalah penyebab kecacatan utama yang memerlukan rawatan jangka panjang.
- 1 daripada 3 pesakit stroke mengalami kesukaran berjalan tanpa bantuan.
Selain itu, KKM melaporkan kadar pesakit stroke yang semakin meningkat disebabkan faktor:
- Diabetes & hipertensi yang tidak terkawal
- Obesiti & gaya hidup tidak aktif
- Tekanan kerja & kurang tidur
Stroke: Apa Berlaku Dalam Badan?
Stroke berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti akibat saluran darah yang:
- tersumbat (Ischemic Stroke – 85% kes)
- pecah (Hemorrhagic Stroke – 15% kes)
Apabila darah tidak sampai ke otak, sel otak mula mati dalam beberapa minit. Bahagian badan yang dikawal oleh kawasan otak tersebut akan berhenti berfungsi.
Kesannya berbeza mengikut lokasi dan tahap kerosakan otak:
- Lumpuh sebelah badan (hemiplegia)
- Pertuturan tidak jelas
- Sukar menelan
- Sukar berjalan
- Kehilangan kawalan emosi
- Masalah mengingat atau fokus
Soalan Paling Penting: Stroke Boleh Baik Ke?
Ya — majoriti pesakit stroke boleh pulih.
Tetapi pemulihan bukan seperti demam yang hilang dalam 3 hari. Ia adalah proses berterusan yang bergantung kepada beberapa faktor:
1. Masa rawatan bermula
Lebih awal rawatan fisioterapi dimulakan (selepas doktor sahkan stabil), lebih tinggi peluang pulih. Kajian menunjukkan: Golden Window = 3 bulan pertama.
2. Tahap kerosakan otak
Jika kawasan kerosakan kecil, pemulihan lebih cepat.
3. Konsistensi rawatan
Pesakit yang buat fisioterapi 3–5 kali seminggu menunjukkan perkembangan lebih ketara berbanding yang jarang berlatih.
4. Sokongan keluarga
Faktor ini sangat besar. Kajian WHO menunjukkan pesakit yang mendapat dorongan keluarga lebih cepat bangun, bergerak & berdikari.
5. Umur & penyakit sampingan
Pesakit muda atau mempunyai kawalan gula/tekanan darah yang baik biasanya lebih cepat pulih.
Fasa Pemulihan Stroke (Minggu ke Bulan)
📌 Fasa 1: 0–2 Minggu (Akut)
- Rawatan hospital
- Pantauan tekanan darah & pernafasan
- Pengurusan swallowing (menelan)
- Pencegahan kekejangan otot & sendi kaku
📌 Fasa 2: 2–12 Minggu (Sub-Akut)
- Fisioterapi intensif bermula
- Mula belajar duduk, berdiri, berjalan
- Latihan kawalan otot & keseimbangan
📌 Fasa 3: 3–12 Bulan (Pemulihan Aktif)
- Pemulihan paling ketara berlaku di sini
- Kekuatan tangan & kaki meningkat
- Koordinasi & mobiliti bertambah baik
📌 Fasa 4: > 12 Bulan (Kronik)
- Masih boleh pulih tetapi lebih perlahan
- Rawatan konsisten sangat penting
- OT & fisioterapi membantu mengekalkan fungsi
Rawatan Fisioterapi untuk Pesakit Stroke
Fisioterapi memainkan peranan paling besar dalam membantu pesakit stroke mendapatkan fungsi mereka semula. Berikut ialah rawatan standard berasaskan kajian WHO Guidelines for Rehabilitation (2023).
1. Latihan Mobilisasi Awal
- Mengurangkan risiko kekejangan otot
- Mengelakkan sendi menjadi keras (contracture)
2. Latihan Keseimbangan
Untuk mengelakkan jatuh dan meningkatkan kawalan badan.
3. Strengthening Therapy
Fokus pada anggota yang lemah: tangan, jari, lengan, bahu, pergelangan, pinggul, lutut & pergelangan kaki.
4. Neuroplasticity Training
Otak mempunyai kemampuan "rewiring" untuk belajar semula pergerakan selepas stroke. Latihan berulang (repetition-based therapy) sangat penting.
5. Gait Training (Latihan Berjalan)
Mengajar semula langkah yang betul, keseimbangan dan koordinasi.
6. Mirror Therapy
Teknik yang membantu otak "aktifkan" semula bahagian tubuh yang lumpuh melalui visual feedback.
7. Electrical Stimulation (EMS/NMES)
Kajian menunjukkan EMS membantu menguatkan otot dan mengaktifkan semula saraf yang lemah.
8. Pendidikan & Latihan untuk Keluarga
Cara mengangkat pesakit, menjaga kulit, mencegah bed sore, dan cara memberi latihan harian.
Tips Menjaga & Memulihkan Pesakit Stroke di Rumah
1. Latihan harian 30–45 minit
Penting untuk kekalkan kemajuan rawatan.
2. Elakkan pesakit berbaring terlalu lama
Tukar posisi setiap 2 jam.
3. Kawal penyakit utama
- Tekanan darah
- Kencing manis
- Kolesterol
4. Komunikasi secara lembut & perlahan
Pesakit stroke kadang sukar memahami arahan atau bercakap. Kesabaran sangat penting.
5. Senaman tangan dan jari
- Buka & tutup jari
- Angkat tangan perlahan-lahan
- Genggaman span lembut
6. Senaman kaki
- Angkat lutut
- Tekan tumit
- Gerakkan pergelangan kaki
7. Pastikan pengambilan air mencukupi
Cegah dehidrasi & sembelit.
8. Elakkan tekanan emosi
Kajian WHO menunjukkan stress tinggi melambatkan pemulihan.
Bolehkah Pesakit Stroke Kembali Normal?
Jawapan jujur: ramai boleh kembali hampir normal, bergantung kepada rawatan & disiplin.
Kajian KKM & WHO menunjukkan:
- 10% pulih sepenuhnya
- 25% pulih hampir sepenuhnya
- 40% mengalami masalah sederhana tetapi boleh berdikari
- 10% kekal perlukan sokongan penuh
Ini sebab rawatan awal sangat penting. Lebih lambat mula, lebih besar risiko mengalami kecacatan jangka panjang.
Pemulihan Stroke di Physiomobile
Di Physiomobile, rawatan stroke disesuaikan mengikut kemampuan pesakit:
- Rawatan intensif 1-on-1 (1 jam)
- Home visit seluruh Malaysia
- Fisioterapis bertauliah & berpengalaman
- Program neuro-rehab & gait retraining
- Progress report setiap sesi

![]()




