TENNIS ELBOW

TENNIS ELBOW

Penyakit ‘tennis elbow’ juga dikenali sebagai ‘lateral epicondylitis’ dalam lapangan bidang perubatan. Biarpun nama penyakit ini adalah ‘tennis elbow’ namun hanya segelintir penghidap penyakit ini adalah mereka yang terlibat dengan sukan tenis. Penyakit ‘tennis elbow’ adalah kecederaan yang hanya memerlukan rawatan minimum untuk sembuh namun begitu ianya memerlukan masa dan rehat yang secukupnya.

.

Kesakitan yang dialami pesakit ‘tennis elbow’ kebiasaannya fokus pada bahagian luar lengan berhampiran dengan kawasan siku. Penyakit ini berkait rapat dengan keadaan otot dan tendon lengan pesakit.

.

Tendon berfungsi untuk menghubungkan otot-otot dengan tulang. Apabila kerap melakukan pergerakan lengan yang berulang-ulang, tendon di bahagian siku yang menghubungkan otot ’extensor carpi radialis brevis’ (ECRB) akan mengalami koyakan kecil.

.

Koyakan kecil pada otot ini mendatangkan keradangan, stress di kawasan sekitar dan seterusnya menyebabkan kesakitan apabila menggenggam atau memegang sesuatu dengan tangan.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, penyakit ini akan menjadi kronik (terma perubatan yang menunjukkan kesakitan jangka masa panjang).

.

Dianggarkan lebih 3 peratus populasi dunia mengalami ‘tennis elbow’ di mana kebanyakan pesakit berumur antara 30 hingga 50 tahun. Namun, kurang daripada 5 peratus darpada kes ‘tennis elbow’ yang dilaporkan berkaitan dengan sukan tenis.

.

PENYEBAB ‘TENNIS ELBOW’:

‘Tennis elbow’ adalah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan berlebihan (overuse). Apa-apa aktiviti yang memberi tekanan pada otot secara berterusan boleh menjadi penyebab ‘tennis elbow’. Terdapat juga penyakit lain yang juga disebabkan oleh pergerakan yang berulang iaitu ‘golfer elbow’.

.

Dalam sukan tenis, memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberi tekanan berlebihan kepada otot lengan. Sekiranya anda mempunyai teknik yang lemah mahupun menggenggam raket dengan terlalu kuat, tekanan pada tendon di bahagian lengan akan meningkat.

.

Sukan raket lain juga boleh menjadi penyebab tennis elbow antaranya seperti squash dan badminton. Begitu juga dengan pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan pergerakan lengan yang berulang-ulang seperti:

1)         Penebang pokok

2)         Pelukis

3)         Tukang kayu

4)         Pemain alat muzik

5)         Tukang masak

.

‘Golfer elbow’ adalah sedikit berbeza daripada tennis elbow. Kesakitan yang dirasai pesakit golfer elbow lazimnya tertumpu pada bahagian dalam lengan berhampiran siku. Namun begitu, penyebab kedua-dua penyakit ini dalah sama iaiatu koyakan kecil pada tendon di bahagian lengan disebabkan oleh pergerakan lengan yang berulang dan berlebihan.

.

SIMPTOM:

Simptom yang paling kerap dialami oleh pesakit tennis elbow adalah sakit di bahagian luar lengan berhampiran dengan kawasan siku. Malah, pesakit juga akan mengadu sakit apabila kawasan yang terjejas tersebut disentuh. Kesakitan akan bertukar menjadi sakit kronik sekiranya sakit tersebut dirasai dalam tempoh masa yang panjang- beberapa minggu atau beberapa bulan.

\"\"

RAWATAN:

Doktor akan meminta pesakit membuat beberapa pergerakan ringkas bagi mengenalpasti sama ada pesakit menghidapi tennis elbow ataupun penyakit lain. Antara pergerakan ringkas tersebut adalah menegakkan pergelangan tangan apabila diberi rintangan pada masa yang sama. Bahagian lengan yang mengalami kesakitan ketika melakukan aktiviti tersebut akan dinilai dan diperiksa oleh doktor. Dalam sesetengah kes MRI juga digunakan untuk mendiagnos tennis elbow.

.

Rawatan terbaik untuk ‘tennis elbow’ ialah dengan mendapatkan rawatan fisioterapi. Ahli fisioterapi boleh membantu mengurangkan sakit yang dialami pesakit dan membantu pesakit untuk kembali melakukan aktiviti harian tanpa kesakitan. Selain itu, ubat-ubatan seperti ibuprofen, naproxen dan aspirin juga dapat membantu mengurangkan sakit yang anda alami.

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional