Tortikolis: Jangan Abaikan Sakit Leher anak Anda!
Mempunyai cahaya mata yang sihat merupakan impian setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Namun, kerisauan mula melanda apabila kita mendapati kepala bayi senget sebelah.
Sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak dapat atasi masalah tersebut?
Berita baik bagi untuk anda, dalam artikel ini kami akan menyenaraikan senaman-senaman yang mampu membantu dan juga serba sedikit tentang penyakit ini.
Kepala bayi senget sebelah perlulah diatasi pada peringkat awal pembesaran bayi untuk memastikan tiada masalah yang lebih teruk akan dihadapi pada masa hadapan.
Teruskan membaca jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit Tortikolis ini dan mengapa kepala bayi senget sebelah!
Apa itu Tortikolis?
Bagi siapa-siapa yang tidak tahu maksud Tortikolis, ia bermaksud teleng kepala ataupun senget kepala yang berpunca daripada kedudukan leher dan kepala yang tidak selari.
Masalah ini merupakan suatu kondisi hasil daripada otot sternokleidomastoid yang memendek dan mengakibatkan kepala berpaling ke satu arah.
Masalah ini juga boleh berpunca daripada kondisi yang dihadapi oleh tulang leher. Kondisi ini dipanggil congenital malformation.
Tambahan pula, tortikolis boleh juga berlaku akibat kepadatan kedudukan atau posisi yang tidak normal di dalam rahim.
Bukan itu sahaja, penggunaan forcep atau vakum semasa proses kelahiran bayi juga boleh menyebabkan tortikolis berlaku dalam kalangan bayi.
Kondisi ini dikenali sebagai infant torticollis atau congenital muscular torticollis yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekan otot sternokleidomastoid.
Ia akan menyebabkan kepala berpusing ke sebelah. Anda juga akan mendapati dagu bayi menghadap ke sebelah bahu dan berada jauh dari otot leher yang pendek.
Bukan itu sahaja, bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan.
5 Senaman Untuk Bayi Anda
Untuk menangani masalah tortikolis, anda boleh cuba beberapa senaman dan tips berikut:
[1] Bermain dengan bayi
Ibu bapa boleh cuba bermain atau berinteraksi dengan bayi dan membantunya menoleh kepala ke satu arah atau kedua dua arah.
Ini adalah untuk memastikan otot leher yang ketat dapat dilonggarkan dan otot leher yang longgar dapat diketatkan.
[2] Penyusuan
Semasa menyusukan bayi, posisikan botol atau payudara pada posisi yang yang akan menggalakkan bayi untuk menoleh ke arah yang bertentangan dengan posisi kegemarannya.
[3] Pastikan muka bayi menghadap ke dinding
[4] Barang permainan yang bertentangan arah
Ketika bayi sedang bermain dengan mainan mereka, pastikan mainannya berada pada arah dan posisi yang bertentangan dengan posisi kegemarannya.
Ini adalah untuk memastikan kepala bayi menoleh ke dua dua arah.
[5] Perhati posisi bayi sewaktu tidur
Pastikan kepala bayi tidak berada pada satu belah untuk jangka masa yang lama.
Anda boleh cuba menarik perhatian bayi untuk menoleh pada kedua dua arah.
Kepala Bayi Senget Sebelah:
Rawatan Fisioterapi
Ini kerana, latihan regangan untuk kanak-kanak dewasa yang mempunyai kekejangan otot adalah lebih sukar.
Kondisi bayi akan dinilai oleh ahli fisioterapi sebelum disarankan posisi-posisi senaman yang sesuai untuk bayi.
Bayi yang mempunyai satu bonggol kecil akan menerima 1 hingga 2 kali rawatan dalam seminggu selama minima 6 sesi.
Rawatan tersebut akan diteruskan setiap minggu sehingga bonggol tersebut berkurangan.
Bagi bayi yang mempunyai otot leher yang tegang tanpa bonggol, mereka disarankan menerima rawatan pada setiap minggu selama sebulan dengan rawatan susulan selama 2-3 bulan
Rawatan fisioterapi tersebut adalah termasuk:
- Regangan pasif
- Pergerakkan leher dan kepala.
- Senaman bagi meningkatkan keseimbangan otot.
- Konsultasi berkaitan posisi dan postur kepada bayi
- Mengajar ibu bapa tentang senaman yang berkaitan untuk dilakukan di rumah
- Penggunaan haba untuk mengurangkan kekejangan otot (Hanya disarankan untuk kanak-kanak dewasa)
- Penggunaan kolar sekiranya perlu (Hanya untuk kanak- kanak dewasa sahaja).
Senaman regangan ini akan dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam selepas bayi menyusu.
Kebiasaannya, senaman yang diterima oleh bayi dilakukan dengan perlahan dan lembut untuk mengelakan bayi rasa sakit.
Namun, bayi mungkin akan menangis kerana latihan senaman ini melibatkan posisi leher yang tidak normal dan tidak selesa untuk bayi.
Kesimpulannya, dengan latihan regangan, pembetulan posisi dengan sendiri dan latihan kekuatan otot yang konsisten, kondisi tortikolis yang dihadapi oleh bayi boleh sembuh dengan mudah.
Kini anda tidak perlu lagi risau untuk dapatkan rawatan dari Physiomobile kerana cawangan kami mungkin terletak berhampiran dengan anda sahaja.
Berikan keselesaan pada si manja anda dengan rawatan pantas bersama dengan kami.
Dapatkan slot anda bersama fisioterapi yang berpengalaman dengan klik link ini!
You Might Also Like
Share this post