PENYAKIT PARKINSON
PengenalanPenyakit Parkinson adalah penyakit yang disebabkan oleh gangguan pada sistem saraf yangmemberi kesan kepadakeupayaan individu untuk bergerak. Simptom penyakit Parkinsonakan merosot dari semasa ke semasa dan selalunya bermula dengan sebelah tangan menggigiltanpa sebab. Selain mengalami simptom tersebut, pesakit Parkinson juga mengalami kekakuanpada otot (muscle tightness).Pada peringkat awal penyakit Parkinson, pesakit kebiasaannya kelihatan kurang menunjukkanekspresi wajah. Selain itu, pemerhatian ketika pesakit berjalan juga akan mendapati pesakitParkinson kurang menghayunkan tangan mereka ketika berjalan. Pertuturan pesakit akanmenjadi tidak jelas dan perlahan. Simptom-simptom tersebut akan beransur-ansurbertambah teruk dari semasa ke semasa.Walaupun penyakit Parkinson tidak boleh diubati, pengambilan ubat-ubatan boleh menanganisimptom-simptom yang pesakit hadapi. Hanya dalam sesetengah kes, doktor akanmencadangkan pesakit untuk menjalani pembedahan bagi mengatasi simptom-simptom yangdihadapi oleh mereka.PenyebabPenyakit Parkinson adalah disebabkan oleh sesetengah sel-sel saraf atau neuron tidak berfungsidengan baik ataupun mati. Kebanyakan simptom yang dialami oleh pesakit adalah berkaitandengan kekurangan dopamine. Dopamine adalah bahan kimia penghantar yang menghantarmaklumat ke otak. Apabila paras dopamine menurun, aktiviti-aktiviti di dalam otakakan menjadi tidak normal dan seterusnya menimbulkan tanda-tanda penyakit Parkinson.Penyebab sebenar penyakit Parkinson masih belum diketahui namun beberapa faktor telahdikenalpasti memainkan peranan penting dalam berlakunya penyakit Parkinson iaitu:
- Unsur genetik
- Faktor persekitaran
- Menggigil tanpa sebab
- Pergerakan menjadi perlahan (bradykinesia)
- Kekakuan otot
- Masalah postur dan ketidakseimbangan
- Hilang keupayaan untuk bergerak secara automatik
- Perubahan pertuturan
- Perubahan penulisan

Kemas Kini Klinikal
- Rehabilitasi neurologi perlu disesuaikan dengan fungsi, matlamat dan keselamatan setiap individu.
- Latihan berulang yang bermakna boleh merangkumi mobiliti, keseimbangan, kekuatan dan aktiviti harian.
- Perubahan neurologi baharu atau mendadak memerlukan penilaian perubatan segera dan bukan rawatan sendiri.
Update rehabilitasi: fokus kepada fungsi harian dan keselamatan
Dikemaskini berdasarkan prinsip umum neurorehabilitasi dan preskripsi latihan yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.
- Pemulihan perlu disesuaikan mengikut tahap keupayaan, risiko jatuh dan matlamat aktiviti harian pesakit.
- Latihan berulang, progresif dan konsisten biasanya lebih bermakna apabila dipantau serta disesuaikan oleh ahli fisioterapi.
- Dapatkan rawatan kecemasan jika berlaku kelemahan muka/tangan secara tiba-tiba, pertuturan tidak jelas, sakit dada atau sesak nafas.

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.
WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan
Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.
![]()
Post Views: 2,135



