” Tengah dok WhatsApp kawan-kawan, terasa sakitnya leher ni, rasa macam mencucuk-cucuk, lenguh teramat, memang tak selesa sangat.
Kenapa lah agaknya dengan leher ni. Lama sangat dah sakit.” – Cik N.
AWAS! ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH “TEXT NECK”!

‘Text neck’ ialah suatu kondisi yang menunjukkan tentang sakit leher dan kecederaan pada struktur leher yang berlaku akibat daripada menunduk terlalu lama dan kerap ketika menggunakan telefon bimbit, tablet atau alat-alat mudah alih yang lain.
Dan kini ia menjadi antara masalah yang semakin kerap berlaku. Postur badan dengan leher dalam keadaan menunduk bukan sahaja berlaku ketika kita menggunakan telefon bimbit sahaja, namun ia juga berlaku ketika kita membaca.
Penggunaan telefon bimbit menjadi punca utama adalah kerana masyarakat sering menggunakan telefon bimbit lebih lama daripada membaca. Masalah ini adalah amat berbahaya kerana ia melibatkan generasi muda yang sedang membesar yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tulang leher dan boleh menyebabkan sakit leher yang berpanjangan sepanjang hidup.
ANDA KERAP MENGALAMI SAKIT LEHER KETIKA MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT? JOM KENALI SIMPTOM-SIMPTOM ‘TEXT NECK’!
‘Text neck’ kebiasaannya akan menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian leher. Selain itu, ia juga boleh membawa kepada masalah-masalah berikut:
.1) Sakit di bahagian atas belakang, rasa seperti lenguh dan mencucuk-cucuk.
2) Otot leher dan atas belakang yang mengeras/ ‘spasm’.
3) Sakit dan tegang otot bahu.
4) Jika ada saraf cervical yang terhimpit, ia boleh menyebabkan simptom sakit atau kebas ke tangan dan jari.
Masalah-masalah ini boleh dielakkan dengan mengamalkan postur badan yang betul semasa menggunakan telefon bimbit.
ANDA MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM DI ATAS? DAPATKAN RAWATAN SEGERA!
PHYSIOMOBILEMY BOLEH MEMBANTU ANDA!
RAWATAN KAMI TERDIRI DARIPADA:
1) Pemeriksaan secara menyeluruh untuk mengenalpasti struktur yang bermasalah
2) Rawatan menggunakan manual technique physiotherapy yang dapat membantu mengurangkan ‘muscle spasm’ dan menghilangkan kesakitan.
3) Postural education: kami akan ajar dan latih anda untuk amalkan psotur badan yang betul.
4) Senaman: kami akan ajarkan senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda untuk anda lakukan di rumah.
5) Konsultasi: sesi konsultasi untuk memberi pengetahuan kepada anda tentang masalah anda.
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile
JANGAN DITANGGUNG SAKIT TU TERLALU LAMA, TAKUT NANTI MAKIN TERUK JADINYA. DAPATKAN RAWATAN SEGERA!
.HUBUNGI CUSTOMER CARELINE KAMI UNTUK TEMPAHAN SLOT!
.018-9889642
018-9889642018-9889642
..
® PhysioMobileMY | Your no.1 rehab partner ®
Kemas Kini Klinikal
- Kekal aktif secara beransur-ansur biasanya menjadi sebahagian daripada pengurusan, dengan latihan disesuaikan kepada simptom dan fungsi.
- Program boleh merangkumi pergerakan, kekuatan dan strategi mengurus beban harian; satu senaman tidak sesuai untuk semua orang.
- Kelemahan progresif, kebas kawasan pelana atau perubahan kawalan kencing atau usus memerlukan rawatan segera.
Update fisioterapi: penilaian individu lebih penting daripada rawatan umum
Dikemaskini berdasarkan prinsip umum rehabilitasi dan preskripsi senaman yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.
- Setiap keadaan pesakit berbeza, jadi cadangan latihan atau rawatan perlu disesuaikan dengan pemeriksaan dan matlamat fungsi.
- Pantau perubahan sakit, pergerakan, kekuatan dan keupayaan aktiviti harian, bukan hanya satu simptom sahaja.
- Dapatkan penilaian profesional jika simptom semakin teruk, berulang atau mengganggu kerja, tidur dan aktiviti harian.

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.
WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan
Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.
![]()
Post Views: 1,922


