Ramai orang fikir sakit lutut saja yang berkait dengan osteoarthritis. Tapi tahukah anda, sakit pinggul akibat osteoarthritis juga sangat biasa, terutama bila umur meningkat, atau selepas kecederaan lama?
Kalau anda rasa susah nak bangun dari kerusi, sakit bila berjalan jauh, atau pinggul rasa ketat waktu pagi — itu mungkin tanda awal osteoarthritis di sendi pinggul. Dan kalau tak dirawat, ia boleh makin teruk dan ganggu gaya hidup harian anda.

Apa Itu Osteoarthritis Pinggul?
Osteoarthritis (OA) berlaku bila lapisan rawan (cartilage) di antara tulang sendi mula haus dan menipis. Bila ini terjadi, tulang bergesel sesama sendiri, menyebabkan sakit, bengkak, bunyi ‘klik’ dan pergerakan yang makin terhad.
Antara tempat paling kerap berlaku OA ialah:
- Sendi pinggul (hip joint)
- Sendi lutut (knee joint)
- Sendi jari atau tangan
Punca Sakit Pinggul Disebabkan Osteoarthritis
Punca sebenar OA mungkin berbeza bagi setiap individu, tapi antara faktor risiko yang biasa termasuk:
- Penuaan dan proses haus semula jadi
- Kecederaan lama atau sejarah jatuh
- Aktiviti fizikal yang berulang (angkat barang, kerja berat)
- Berat badan berlebihan
- Genetik (keturunan)

Simptom Yang Perlu Anda Ambil Serius
- Sakit di sekitar pinggul, punggung, atau paha depan
- Kekakuan waktu pagi atau selepas duduk lama
- Sukar untuk berjalan jauh atau naik tangga
- Pinggul terasa ‘kunci’ atau berbunyi bila bergerak
- Susah bangun dari kerusi rendah atau masuk/keluar kereta
Kalau anda alami satu atau lebih simptom ini secara kerap, jangan abaikan. Rawatan awal boleh bantu elakkan keperluan pembedahan di masa akan datang.
Rawatan Osteoarthritis di Physiomobile
Di Physiomobile, kami bantu pesakit OA dengan gabungan fisioterapi, senaman kekuatan, teknik pemulihan dan bimbingan gaya hidup. Rawatan kami berfokus kepada fungsi harian dan kawalan kesakitan tanpa ubat atau pembedahan.

Antara rawatan utama:
🟢 Senaman Kekuatan & Mobiliti Pinggul
Senaman seperti bridge, side leg lift, hip flexion akan bantu kuatkan otot sekitar pinggul dan kurangkan beban pada sendi.
🟢 Latihan Kawalan Postur & Gait
Kami bantu betulkan cara anda berjalan dan berdiri, supaya beban diagihkan secara sekata dan sendi tidak tertekan.
🟢 Terapi Manual & Regangan
Teknik urutan dan mobilisasi sendi digunakan untuk bantu kurangkan ketegangan otot dan tingkatkan fleksibiliti.
🟢 Nasihat Gaya Hidup
Kami akan ajar anda cara guna tongkat, elak kerusi rendah, pilih kasut yang sesuai, dan teknik naik turun tangga yang betul — semua ni penting untuk kurangkan sakit dan elakkan kecederaan berulang.

Rawatan Di Klinik atau Terus Ke Rumah Anda
Physiomobile kini ada di Shah Alam, Wangsa Melawati, Bangi dan Adda Heights Johor Bahru. Tapi kalau anda tak dapat datang ke pusat kami, kami juga sediakan rawatan ke rumah seluruh Malaysia melalui team mobile kami.
Tak perlu risau soal lokasi — kami datang terus ke depan pintu rumah anda, bawa rawatan profesional dan selesa terus ke ruang tamu anda.
Bila Perlu Mula Rawatan?
- Bila anda mula bergantung pada tongkat
- Bila anda susah nak duduk lama atau naik tangga
- Bila ubat dah tak cukup bantu
- Bila anda nak elak pembedahan dan kekal aktif
Jangan tunggu sampai terlalu teruk baru bertindak.
Dapatkan Rawatan Fisioterapi Sekarang
Osteoarthritis memang tak boleh dipulihkan sepenuhnya, tapi dengan rawatan yang betul, anda boleh terus bergerak aktif, bebas sakit dan kembali menikmati kehidupan.
📞 WhatsApp kami terus di di hujung kanan skrin anda —>
🌐 Layari www.physiomobile.com
📍 Hadir ke cawangan kami atau tempah rawatan ke rumah — seluruh Malaysia!
Physiomobile – Enriching Quality of Life.