Apakah cara yang terbaik untuk Masalah Upper Cross Syndrome?
Cara terbaik untuk merawat masalah ini adalah dengan senaman dan pembetulan postur.
-
Walaupun, sesetengah orang akan merasa kurang selesa ketika melakukan regangan, mulakan senaman secara perlahan-lahan dapat mengurangkan kekakuan dan kesakitan.
-
Pastikan anda memanaskan otot-otot yang terlibat sebelum memulakan senaman dengan melakukan pergerakan yang perlahan atau menggunakan “hot pack”.
-
Tujuannya ialah untuk mengurangkan kecederaan pada otot ketika melakukan senaman.
-
Mulakan senaman anda pada intensiti yang rendah dan perlahan-lahan tingkatkannya.
-
Mulakan senaman anda pada intensiti yang rendah dan perlahan-lahan tingkatkannya.
-
Bagi mendapatkan kesan yang efektif, dapatkan nasihat ahli fizikal terapi mengenai senaman yang sesuai di lakukan.
Antara senaman ringkas yang anda boleh lakukan:
Regangan otot dada:
-
Berdiri di sudut dinding, buka kedua-dua lengan anda dalam 90˚ dan tolak badan anda kehadapan.
-
Tahan posisi ini selama 15 saat dan ulangi sebanyak 5 kali.
Chin tuck:
-
Dalam posisi berdiri sambil menyandar di dinding, gunakan tangan anda dan tolak dagu anda ke belakang.
-
Tahan posisi ini selama 5 saat. Ulangi senaman ini sebanyak 5 kali.
Regangan otot bahu:
-
Dalam posisi duduk, bawa telinga kiri anda ke arah bahu kiri dan guna tangan kiri anda untuk menahan kepala anda manakala tangan kanan anda pegang hujung kerusi yang anda duduk.
-
Tahan posisi ini selama 15 saat dan ulangi senaman sebanyak 5 kali di sebelah kanan dan kiri.
Superman:
- Dalam posisi baring meniarap bawa tangan anda kebelakang.
- Tahan posisi ini selama 5 saat dan ulangi sebanyak 5 kali.
Langkah-langkah pencegahan
-
Sentiasa sedar dengan postur badan anda.
-
Elakkan kekal dalam satu posisi terlalu lama dengan mengambil rehat setiap 30 minit dan lakukan regangan ringkas.
-
Pastikan ketika duduk, mata anda berada pada parasnya sebagai contoh ketika memandu, membaca, mengguna komputer atau menonton TV.
-
Letakkan bantal kecil di belakang anda ketika anda duduk supaya anda dapat mengekalkan postur tulang belakang yang baik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Upper Crossed Syndrome , Sila klik sini
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile
Post Views: 1,236