Seteruk mana bahaya strok? Pastikan anda mendapatkan rawatan stroke terbaik untuk menangani serangan strok.
Â
Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan yang melibatkan bahagian otak. Ia berlaku apabila salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Sebahagian dari tisu otak akan rosak atau mati disebabkan kekurangan bekalan oksigen.
Data statistik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), mencatatkan 30-35% kematian dari 1000 kes pesakit mendapatkan rawatan strok. Kini, strok merupakan penyebab kematian yang ketiga dari atas selepas serangan jantung dan pneumonia.
Jika berlaku strok, pelbagai fungsi tubuh akan terganggu. Ia termasuk sistem pernafasan dan keupayaan untuk menelan.
Jadi, apakah rawatan yang boleh mengubati angin ahmar?
Sebelum itu, mari ketahui jenis dan punca strok.
Â
Jenis Strok
Â
Terdapat 2 jenis strok yang boleh berlaku, iaitu:

Â
1. Thrombotic/ischemic stroke
Â
Strok jenis ini merupakan strok yang paling sering berlaku. Strok ini berlaku apabila saluran darah tersumbat, lalu menyekat pembekalan darah ke otak.
Ini menyebabkan otak tidak mendapat darah yang membawa oksigen yang mencukupi. Kemudian, mengakibatkan sel dan tisu otak rosak atau mati.
Â
2. Haemorrhagic stroke
Â
Strok jenis ini terjadi apabila terdapat pendarahan di otak. Lalu menyebabkan gangguan bekalan darah ke otak.
Pendarahan berpunca dari saluran darah di bahagian otak pecah. Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.
Antaranya seperti tekanan darah yang sangat tinggi dan usia tua yang menjadikan arteri lebih mudah untuk pecah.
Â
Punca Strok

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan serangan strok. Terdapat punca yang tidak boleh diubahsuai dan punca yang boleh diubahsuai.
1. Punca yang tidak boleh diubahsuai
- Umur
Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat serangan strok
- Jantina
Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita
- Sejarah keluarga
Jika anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap strok, anda berisiko tinggi untuk strok.
2. Punca yang boleh diubahsuai
- Merokok
- Masalah berat badan berlebihan
- Amalan pemakanan tidak seimbang
- Tidak bersenam dan kehidupan yang tidak aktif
- Tekanan perasaan
- Tekanan darah tinggi
- Kolesterol tinggi
- Masalah jantung
- Kencing manis
Bacaan Lebih Lanjut >>> Adakah Pesakit Strok Boleh Pulih?
Cara Merawat Strok
Â
Apabila berlaku serangan strok, pesakit perlu dibantu dan dibawa ke hospital dengan segera. Semakin cepat mendapatkan rawatan stroke, semakin tinggi peluang pesakit untuk hidup dan pulih dengan lebih baik.
Jika pesakit disyaki mengalami serangan strok, terdapat beberapa langkah pertolongan cemas yang perlu dilakukan:

Â
A – Airway (saluran pernafasan): memastikan tiada gangguan di rongga pernafasan pesakit
B – Breathing (pernafasan): memastikan pesakit boleh bernafas
C – Circulation (peredaran darah): memastikan fungsi perseran darah pesakit dengan memeriksa nadi
D – Disability (ketidakupayaan): memastikan apakah ketidakupayaan yang dialami pesakit
E – Exposure (pendedahan): mengenalpasti sebarang kecederaan yang dialami pada mana-mana bahagian badan pesakit
Kemudian, terdapat rawatan lain yang akan diberikan kepada pesakit strok, iaitu:
1. Rawatan mencairkan darah

Rawatan ini sangat kritikal pada fasa awal strok (terutamanya strok iskemia). Tujuannya adalah untuk memecahkan atau melarutkan gumpalan darah yang menyekat aliran oksigen ke otak. Apabila darah kembali mengalir lancar, kerosakan otak dapat diminimumkan.
Huraian Saintifik: Rawatan ini menggunakan ubat seperti tissue plasminogen activator (tPA) untuk memecahkan gumpalan darah. Menurut kajian mercu tanda dalam The New England Journal of Medicine, pemberian rawatan ini dalam tempoh ‘golden hour’ (seawal 3 hingga 4.5 jam) meningkatkan peluang pemulihan pesakit secara signifikan tanpa kecacatan kekal.
Â
2. Pengambilan ubat

Â
Ini adalah langkah pencegahan jangka panjang. Pesakit bukan sahaja perlu makan ubat untuk strok, tetapi juga untuk mengawal “punca” strok itu sendiri—seperti darah tinggi, kolesterol, atau kencing manis.
Disiplin dalam pengambilan ubat adalah kunci untuk mengelakkan serangan strok kedua.
3. Pembedahan

Â
Pembedahan biasanya dilakukan untuk kes strok berdarah (hemorrhagic stroke) yang serius. Doktor perlu membuka tempurung kepala atau melakukan prosedur khas untuk menghentikan pendarahan dan mengurangkan tekanan pada otak. Ini adalah langkah menyelamatkan nyawa.
Bagi kes strok berdarah (hemorrhagic) yang kritikal, prosedur seperti decompressive craniectomy mungkin diperlukan. Jurnal Stroke (AHA) melaporkan bahawa pembedahan segera untuk mengurangkan tekanan intrakranial (tekanan dalam otak) adalah faktor utama dalam meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit yang mengalami pendarahan otak yang besar.
4. Program senaman

Terdapat senaman yang boleh diamalkan oleh pesakit strok, dengan bantuan penjaga. Antaranya ialah senaman pasif untuk mengekalkan julat sendi, pergerakan sendi bahu, lutut dan pergelangan tangan.
Senaman pasif awal adalah kritikal untuk mencegah komplikasi sekunder. Artikel dalam Archives of Physical Medicine and Rehabilitation menyarankan bahawa senaman julat pergerakan (Range of Motion – ROM) yang dibantu penjaga dapat mencegah kontraktur (kekejangan otot kekal) dan meningkatkan aliran darah pada anggota yang lumpuh.
5. Rawatan fisioterapi
Â

Pesakit boleh dapatkan rawatan fisioterapi dan rehabilitasi bagi menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian dengan aktiviti harian.
Fisioterapi bukan sekadar urutan, tetapi satu proses mengaktifkan semula otak melalui konsep Neuroplasticity. Penyelidikan dalam Journal of Physiotherapy membuktikan bahawa latihan berulang dan spesifik (task-specific training) serta terapi manual membantu otak ‘belajar semula’ untuk menggerakkan anggota badan yang terjejas, sekali gus mengembalikan keupayaan fungsional pesakit.
Berbanding penggunaan mesin semata-mata, ‘Manual Therapy’ melibatkan sentuhan langsung tangan fisioterapis ke atas tubuh pesakit (hands-on approach). Teknik seperti mobilisasi sendi (joint mobilization) dan pelepasan tisu lembut (soft tissue release) adalah kritikal untuk merawat spastisiti (kekejangan otot yang biasa berlaku pada pesakit strok).
Menurut kajian dalam jurnal Clinical Rehabilitation, terapi manual terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan pada bahu pesakit strok (Hemiplegic Shoulder Pain) dan meningkatkan julat pergerakan sendi secara signifikan berbanding senaman biasa sahaja. Sentuhan tangan ini juga memberikan ransangan deria (sensory input) yang membantu otak ‘mengenal pasti’ semula anggota badan yang lumpuh.
Rawatan ini bukan sekadar senaman. Fisioterapis kami menggunakan teknik ‘hands-on’ untuk melembutkan otot yang keras (tegang) dan melonggarkan sendi yang kaku akibat strok. Ini membantu melancarkan pergerakan sebelum pesakit diajar untuk berjalan atau bergerak sendiri.
Â

Rawatan Stroke di Physiomobile
Physiomobile menyediakan rawatan komprehensif buat pesakit strok.
Dengan menggunakan kaedah ‘manual technique physiotherapy’, rawatan yang diberikan tertumpu pada memulihkan pesakit pada tahap fizikal yang plaing optimum.
Selain itu, program senaman yang berstruktur juga akan dijalankan. Ia bertujuan untuk meregang dan menguatkan otot yang terlibat.
Jika anda menderita disebabkan angin ahmar, segera dapatkan rawatan strok di Physiomobile. Lebih cepat anda mendapat rawatan, lebih tinggi peluang untuk sembuh.
Â
![]()



