1. Senaman bagus untuk otak.
SENAMAN BOLEH MENGHALANG ATAU MELAMBATKAN PERMULAAN PENYAKIT ALZHEIMER (NYANYUK).
Senaman dapat dikaitkan dengan pengurangan kemurungan, memori yang baik dan cepat tangkap dalam pembelajaran. Kajian juga mencadangkan senaman, bermula dari sekarang, adalah cara terbaik menghalang atau melambatkan permulaan penyakit Alzheimer.
Saintis masih tidak dapat mengenalpasti mengapa senaman dapat mengubah struktur dan fungsi otak. Tetapi, setakat ini ahli sains menemui senaman dapat meningkatkan peredaran darah ke otak, menggalakkan penumbuhan salur darah baru dan sel otak baru. Protein BDNF (brain-derived neurotrophic factor) yang meransang pertumbuhan neuron dan membantu membaiki dan melindungi sel otak daripada degenerasi. Ia juga membantu anda lebih fokus, berdasarkan kajian terkini.
2. Membuatkan kita bertambah gembira
Banyak kajian menunjukkan pelbagai jenis senaman, daripada berjalan ke berbasikal, dapat membuatkan anda merasa lebih bagus dan boleh melegakan simptom kemurungan. Senaman meransang pengeluaran bahan kimia -serotonin, norepinephrine, endorphins, dopamine- yang dapat mengurangkan kesakitan, stress dan menaikkan mood.
3. Melambatkan proses penuaan
Senaman dikatakan dapat memanjangkan jangka hayat seseorang sekurang-kurangnya 5 tahun. Satu kajian mencadangkan senaman berintensiti sederhana dapat melambatkan proses penuaan sel. Dalam satu kajian terbaru, senaman terbukti meningkatkan penghasilan satu molekul kimia yang melambatkan penuaan sel.
4. Menjadikan kulit anda lebih beseri.
Senaman aerobik meningkatkan peredaran darah ke kulit, menghantar oksigen dan nutrisi yang meningkatkan kesihatan kulit dan membantu pemulihan luka dengan lebih cepat. “oleh sebab itu bila anda mengalami kecederaan, anda perlu mula bergerak secepat yang mungkin – bukan sahaja untuk memastikan otot anda tidak mengecut, tetapi untuk memastikan peredaran darah yang baik ke kulit,” kata Anthony Hackney, sebagai seorang ahli fisiologi senaman di Universiti North Carolina di Chapel Hill. Senaman yang mencukupi, akan menambah penumbuhan lebih banyak saluran darah dan kapilari kecil ke kulit.
5. Sesuatu yang menarik boleh berlaku hanya dengan beberapa minit.
Banyak kajian menunjukkan tidak banyak pergerakan yang perlu dilakukan bagi mendapatkan manfaat daripada senaman. “Kami berminat dengan soalan, Berapa pendek yang boleh anda pergi?\” Kata Martin Gibala, ahli fisiologi senaman di McMaster University di Ontario. Dia mahu menguji sejauh mana senaman berkesan selama 10 minit, berbanding dengan senaman 50 minit yang tipikal.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Gibala, senaman yang dirancang oleh ahli fisiologi, senaman ini menghasilkan peningkatan yang sama dalam fungsi jantung dan kawalan gula dalam darah. Walaupun durasi senaman yang pendek. Senaman ini mengandungi 3 senaman mikro iaitu senaman 20 saat yang memenatkan, senaman sekuat yang anda boleh dan diikuti pemulihan ringkas. Kajian ini dilakukan selama tiga bulan, tujuan kajian ini ingin membandingkan senaman mana yang lebih baik sama ada senaman durasi pendek atau senaman biasa. Menurut Gibala, jika anda ingin mendapat manfaat dengan hanya melakukan senaman yang sedikit, anda hanya perlu sanggup melakukan sesuatu senaman sekuat yang anda mampu.
6. Ia dapat membantu anda dalam pemulihan daripada penyakit major seperti STROK.
Analisis terkini yang melibatkan 300 percubaan klinikal menemui pesakit yang pulih daripada strok, perlu melakukan senaman bagi mendapat kesan yang efektif bagi membantu proses pemulihan mereka.
Dr. Robert Sallis, seorang doktor keluarga di Pusat Perubatan Kaiser Permanente Fontana di California, telah menetapkan senaman kepada pesakitnya sejak awal 1990-an dengan harapan dapat mengurangkan ubat. “ Jika saya dapat membuatkan mereka melakukan senaman secara biasa – walaupun hanya dengan berjalan, apa-apa aktiviti yang dapat meningkatkan kadar denyutan jantung mereka sedikit – saya akan dapat melihat peningkatan dalam penyakit kronik mereka, seperti mengurangkan kemurungan, kegelisahan, tahap mood dan tenaga,” kata Dr. Robert Sallis.
7. Mengecutkan sel lemak.
Badan anda menggunakan karbohidrat dan lemak sebagai sumber utama tenaga. Tetapi dengan senaman aerobik yang konsisten, badan anda akan membakar lemak dengan lebih baik, bagi menukarkan oksigen kepada sumber tenaga. “Salah satu manfaat senaman ialah sistem kardiovaskular kita menjadi lebih kuat dan lebih baik dalam menghantar oksigen, jadi kita dapat memetabolismakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga,\” kata Hackney. Maka, sel lemak akan mengecut.
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile