ANDA INGIN KELIHATAN AWET MUDA?? TERUSKAN BACA ARTIKEL DI BAWAH 

SENAMAN DAPAT MELAMBATKAN PROSES PENUAAN SEHINGGA 8 TAHUN \"\"
.
Seperti yang diketahui ramai, fisioterapi dan senaman secara berkala mempunyai seribu satu kelebihan termasuklah boleh mengelakkan penyakit obesiti dan menggalakkan pergerakan tubuh badan. Kajian terbaru kini menunjukkan senaman turut membantu melambatkan proses penuaan.
.
Menurut kajian yang dijalankan di University of California San Diego School of Medicine, berbanding mereka yang aktif, peserta yang kurang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal atau tidak bersenam sama sekali mempunyai umur biologi 8 tahun lebih daripada usia sebenar. Golongan yang tidak aktif ini lazimnya menghabiskan masa seharian dengan hanya duduk selama 10 jam atau lebih setiap hari.
.
Kajian yang terbaru ini lebih memfokuskan pada kaum wanita di mana hampir 1500 peserta yang berumur antara 64 tahun hingga 95 tahun telah terlibat. Peserta telah dipantau selama seminggu bagi membolehkan para doktor mengkaji kesan aktiviti fizikal yang mereka lakukan seharian terhadap tahap kesihatan mereka. Pergerakan peserta dikawal menerusi monitor yang dipasang pada pinggul kanan mereka sepanjang tujuh hari pemantauan.
.
Keputusan kajian menunjukkan wanita kurang aktif dan banyak menghabiskan masa dengan duduk cenderung untuk mempunyai telomeres yang pendek. Telomeres adalah satu struktur yang terletak di akhir rantaian DNA manusia. Fungsi penting telomeres adalah untuk mengelakkan sel-sel dalam badan daripada mengalami proses penuaan.
Telomeres yang pendek merupakan bukti yang menunjukkan bahawa peserta yang bersenam kurang daripada 40 minit dan duduk melebihi 10 jam sehari akan mengalami proses penuaan dengan lebih cepat.
.
Oleh sebab itu, ahli fisioterapi digalakkan untuk mengesyorkan pesakit-pesakit yang berada dalam usia emas untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian dengan sekurang-kurangnya bersenam 40 minit sehari.
.
Ketua penyelidik kajian ini, Aladdin Shadyab berkata, “Kajian kami menunjukkan sel-sel tubuh badan mengalami penuaan dengan lebih cepat pada individu yang kurang aktif. Umur kronologi tidak semestinya sama dengan umur biologi. Perbincangan mengenai kelebihan bersenam seharusnya bermula sejak usia muda dan aktiviti fizikal perlu diteruskan sebagai sebahagian daripada aktiviti seharian apabila usia semakin meningkat.”

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional